online counter

30 Mac 2011

33 Header Blog Biskut Cipmo

Header untuk blog Biskut Cipmo. Aku tak tau blog yang mana sebab dia tak bagitau. Dia tak nak kongsikan link blog. Malu katanya.
border adalah dari template AKU is AKU: halakan mouse pada header.
Aku asyik buat kaler pink. Ekceli diorang yang nak. Dia nak rupa macam header  blog seseorang yang aku pernah buat sebelum ni. Rasanya tak adil macam tu. Aku kena jugak buat kelainan sedikit.

Aku bingung sikit nak susun aturkan benda-benda yang dia sebut seperti laptop, iphone, heels, kereta dan dslr tu. Bila banyak sangat, takut jadi banner iklan jual barang pulak. Nak mengelak benda ni jadik, aku letak wording di setiap benda tu. 

Harap Cik Biskut Cipmo Suka. Sila komen. Sekian.

22 Mac 2011

48 Template Baru AKU is AKU

Blog ini sedang bercelaru kerana baru sahaja bertukar rupa. Terus terang aku tak sampai hati nak ubah sebab dah lama aku mengadap template lama tu. Ekceli nak ubah warna jugak. Warna putih meningkatkan prestasi kelajuan dan umumnya mata manusia sudah biasa membaca teks hitam di atas latar putih. Harap maklum (Hentam ja).

Namun memandangkan banyak entri lama yang aku warnakan teks putih secara manual, automatik blog aku akan jadi blog kosong latar putih + teks putih. Terpaksa kekalkan warna asal.
Gambar Eksyen: Ini template kedua sejak awal tahun 2010 hingga sekarang. Sedih pulak. Aku jenis setia tahu.
Template yang aku dengan perasan merasa ia agak strategik namun celaru sangat. Sekian.