online counter

09 Februari 2013

14 Karya Maha Pencipta

Gunung Kinabalu, pemandangan dari Kota Belud, Sabah. Gunung tertinggi di Asia Tenggara
Hanya mampu merakamkan sekecil zarah daripada ciptaan tuhan. Setitik daripada seluas semesta. Tidak terjangkau akal insan betapa besarnya Maha Pencipta. Kita hanya sekecil-kecil insan. Subhannallah, Allah Maha Besar.

7 Tanpa Tajuk


Sudikah kau menjadi isteriku hingga ke syurga? Kepada siapakah harus aku bertanya soalan ni? Ya Allah aku hilang arah. Aku tersesat Ya Allah. Setiap kali aku ingin memohon padaMu terbeban sesuatu di lubuk hati. Aku mohon kurniakanlah aku seorang insan yang membimbing aku semula ke arah yang benar Ya Allah. Yang akan menghilangkan segala yang terbeban di hati. Amin Ya Robb..

20 November 2012

32 Fotografi Alam Berani Mati

Berhadapan dengan alam dan merakamkan gambar seindah mata memandang tidak semudah yang anda bayangkan. Keindahan alam tidak ditonjolkan secara manipulasi digital atau teknik fotografik.
Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah.
Banyak khabar yang disampaikan terutamanya berkenaan pelawat yang hilang secara misteri di puncak ini. Namun saya percaya ianya humor sahaja, dan ini sekiranya kita berhati-hati. Hasilnya saya dapat merakamkan keindahan ini untuk dipaparkan kepada anda. 

Walau bagaimana pun, ingin juga saya kongsikan bahawa ianya tidak semudah seperti yang anda bayangkan.Beginilah caranya.

Untuk berada di pulau ini anda perlu memohon permit kebenaran daripada pihak Taman-taman Sabah. Mendaki sekurang-kurangnya selama 50 minit, bergantung kepada stamina individu. Info seterusnya diserahkan kepada Encik Google. Assalam.

16 November 2012

13 Selamat Tinggal Sasa

Kepergian Sasa akan diganti. Blog akan diubah ke nama Asri Alam sempena nama sebenar beliau. Seterusnya saya akan mengambil alih. Selamat tinggal Sasa.