Hairan dengan remaja zaman sekarang ni. Budak perempuan ni muka baik tapi minat pulak dengan seorang budak lelaki nakal tu. Bukan meneka, aku pernah jadi remaja lah. Aku tau lah ada perkara macam tu. Aku masa sekolah dulu tergolong jugak sebagai budak nakal. Tapi aku tak la bongok sangat melayan perkara-perkara bongok.
 |
| Gambar ni lepak dalam laptop aku sejak 2008, last semester. Diorang Otai, bukan otai bongok (sekadar gambar hiasan) |
Tapi yang tak boleh layan bongok, ada awek muka baik yang admire dengan budak-budak nakal lagi bongok. Berbekalkan kefemesan sebagai Otai di sekolah semua awek ni pun terjatuh cintan dengan kemachoan beliau. Tanpa mengisahkan betapa bongoknya beliau dengan ilmu dan gejala sosial bagai.
Banding pulak dengan budak-budak skema, manusia pengusung buku. Tidak sedar dengan kelebihan diorang ni. Diorang ni baik, jujur, dan yang paling penting suatu hari bakal jurutera, polis, pegawai, doktor dan segala yang super cool. Woi! Siapa kata kaki rempit tak cool? Otai-otai sekolah ni boleh jadi ada harapan untuk menjadi seorang Mat Rempit yang berjaya suatu hari nanti. Buat-buat hebat la sikit.
Apa punca diorang diminati ramai awek? Jangan tanya pada awek-awek belum matang ni. Nanti dia jawab apa? "Jurutera, polis. pegawai, doktor? Peduli apa aku muka skema semacam tak cool langsung. Tengok Otai tu, cool, macho, trendy pulak tu. Memang jiwa aku tu". Esok-esok dah tercapai hasrat berkapel dengan Otai, rasa femes pun ada. Femes kawan dengan Otai yang bongok. Siapa tak bangga boifren Rockers, bakal Raja Rempit pun ada. Fuyoh, cool sungguh.
Hidup diorang tak pernah bosan sebab jiwa mereka kini sama. Merayau sana sini, lepak tayang macho trendy, Rockers weh!!. Paling best, ada pulak segelintir Otai ni boleh layan kesedapan.. Bab ni lah nikmatnya. Malah yang terbest, awek tu nanti boleh menikmati hidup yang ekstrim. Misalnya menanam bayi hidup-hidup. Gila tak ekstrim tu? Mengalahkan aktiviti Jackass tau.
p/s: kau fikirlah sendiri, masa depan kau nak hidup yang macam mana. fikirkan tajuk yang aku buat tu. Penat aku berfikir selama 25jam untuk mencapai tajuk yang terbest macam tu. Renungkan. Bongok tak apa, mungkin setakat tu kemampuan diri. Tapi bongok sambil nak layan samseng tu memanglah tersangat.... Apa?