online counter

29 September 2013

13 Bapak Guru Rarindra Prakarsa : International Photographer

Pertapaan saya di Gunung Bromo Indonesia demi untuk berguru dengan International Photographer yang agak dikenali ramai ini. 
Bapak Guru Rarindra yang memakai sweater hijau : Gambar oleh Alawi 

Sebagai Perkenalan, berikut adalah hasil rakaman Rarindra Prakarsa yang terkini.



Apa yang menariknya di sini adalah pencahayaan semulajadi serta bantuan set cahaya menjadikan subjek lebih menonjol. Malah hasil gambar lebih menarik dengan latar semulajadi yang indah. Embun kabus pagi amat membantu pembiasan cahaya yang mana menghasilkan cahaya lembut. Serba sedikit daripada perkongsian beliau. Sekian. 

06 Ogos 2013

13 Moon Light Photography

Saya terus kepada moonlit shoot atau secara mudahnya rakaman ketika cahaya bulan penuh. Menariknya rakaman pada saat ini (moonlit) adalah kerana keadaan cahaya yang lembut dan sekata. Ia membolehkan anda merakamkan dataran bumi dan langit pada cahaya yang sekata.

Rakaman diambil di kawasan berhampiran Tambatuon Homestay yang bertempat di daerah Kota Belud Sabah. Latar belakang menampilkan Gunung Kinabalu (kiri) dan Gunung Nongkok (kanan).
Pencahayaan menjadi salah satu asas daya tarik sesebuah rakaman gambar sama ada cahaya neutral atau pun set lighting. sekian

09 Februari 2013

17 Karya Maha Pencipta

Gunung Kinabalu, pemandangan dari Kota Belud, Sabah. Gunung tertinggi di Asia Tenggara
Hanya mampu merakamkan sekecil zarah daripada ciptaan tuhan. Setitik daripada seluas semesta. Tidak terjangkau akal insan betapa besarnya Maha Pencipta. Kita hanya sekecil-kecil insan. Subhannallah, Allah Maha Besar.

20 November 2012

29 Fotografi Alam Berani Mati

Berhadapan dengan alam dan merakamkan gambar seindah mata memandang tidak semudah yang anda bayangkan. Keindahan alam tidak ditonjolkan secara manipulasi digital atau teknik fotografik.
Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah.
Banyak khabar yang disampaikan terutamanya berkenaan pelawat yang hilang secara misteri di puncak ini. Namun saya percaya ianya humor sahaja, dan ini sekiranya kita berhati-hati. Hasilnya saya dapat merakamkan keindahan ini untuk dipaparkan kepada anda. 

Walau bagaimana pun, ingin juga saya kongsikan bahawa ianya tidak semudah seperti yang anda bayangkan.Beginilah caranya.

Untuk berada di pulau ini anda perlu memohon permit kebenaran daripada pihak Taman-taman Sabah. Mendaki sekurang-kurangnya selama 50 minit, bergantung kepada stamina individu. Info seterusnya diserahkan kepada Encik Google. Assalam.