online counter

06 Ogos 2013

13 Moon Light Photography

Saya terus kepada moonlit shoot atau secara mudahnya rakaman ketika cahaya bulan penuh. Menariknya rakaman pada saat ini (moonlit) adalah kerana keadaan cahaya yang lembut dan sekata. Ia membolehkan anda merakamkan dataran bumi dan langit pada cahaya yang sekata.

Rakaman diambil di kawasan berhampiran Tambatuon Homestay yang bertempat di daerah Kota Belud Sabah. Latar belakang menampilkan Gunung Kinabalu (kiri) dan Gunung Nongkok (kanan).
Pencahayaan menjadi salah satu asas daya tarik sesebuah rakaman gambar sama ada cahaya neutral atau pun set lighting. sekian

09 Februari 2013

17 Karya Maha Pencipta

Gunung Kinabalu, pemandangan dari Kota Belud, Sabah. Gunung tertinggi di Asia Tenggara
Hanya mampu merakamkan sekecil zarah daripada ciptaan tuhan. Setitik daripada seluas semesta. Tidak terjangkau akal insan betapa besarnya Maha Pencipta. Kita hanya sekecil-kecil insan. Subhannallah, Allah Maha Besar.

20 November 2012

29 Fotografi Alam Berani Mati

Berhadapan dengan alam dan merakamkan gambar seindah mata memandang tidak semudah yang anda bayangkan. Keindahan alam tidak ditonjolkan secara manipulasi digital atau teknik fotografik.
Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah.
Banyak khabar yang disampaikan terutamanya berkenaan pelawat yang hilang secara misteri di puncak ini. Namun saya percaya ianya humor sahaja, dan ini sekiranya kita berhati-hati. Hasilnya saya dapat merakamkan keindahan ini untuk dipaparkan kepada anda. 

Walau bagaimana pun, ingin juga saya kongsikan bahawa ianya tidak semudah seperti yang anda bayangkan.Beginilah caranya.

Untuk berada di pulau ini anda perlu memohon permit kebenaran daripada pihak Taman-taman Sabah. Mendaki sekurang-kurangnya selama 50 minit, bergantung kepada stamina individu. Info seterusnya diserahkan kepada Encik Google. Assalam.

17 April 2011

23 Header Ringkas Afida

Aku terima gambar low pixel dari Afida untuk dibuat header. Gambar kali kedua dan ketiga pun sama jugak  la Afida. Ekceli aku dah ragu sikit nak buat atau tak. Tapi tak sanggup nak hampakan orang kan. Bukan setakat tu, ada beberapa yang lain dah PM aku tengah tunggu. Lambat sikit boleh kan kan.

Transparent header: Hala cursor ke arah header
Cuba perbaiki gambar semampu boleh. Kemudian reka bentuk ringkas sebab tak nak watak utama dalam header tenggelam.

Suka atau tidak, atau dah tak sudi, atau nak perbaiki. Afida sila komen.