online counter

28 April 2011

21 Penyerapan GSTT Adalah Pemilihan dan Pengambilan Yang Telus

Tumpang gembira dengan rakan-rakan 'guru kontrak'. Akhirnya mereka mendapat khabar yang menyenangkan hati. Baiklah, cuma ingin memberi pandangan. Dewasa ini telah banyak berita yang melibatkan guru seperti kes belasah dan bunuh pelajar, guru merogol, guru mengedar dadah dan guru samseng. 
 Sulitnya pemilihan, ruang temuduga tempat berlakon

Bagi mengelakkan kesilapan pengambilan, GSTT yang akan diserap ke jawatan tetap perlu mendapat kenyataan sokongan daripada ketua pentadbiran sekolah dengan menyatakan prestasi dan karakter sepanjang bertugas dalam tempoh tertentu. Seterusnya yang terpilih wajar diberikan kursus profesional seperti yang sedia maklum.

"Mereka telah dikenali terlebih dahulu sebelum diserap tetap". Almaklum, langkah penyerapan ini adalah lebih telus berbanding pengambilan guru berdasarkan ujian dan temuduga. Amat sukar untuk mengenalpasti seorang manusia jujur atau licik sehingga kita kenali lebih lama. 

Petugas kontrak akan menunjukkan keihlasan semasa bertugas andai kata mereka jujur, manakala yang licik akan menunjukkan ragamnya. Hanya dengan taraf kontrak secara mudah petugas negatif boleh dilucutkan. Berbanding petugas tetap, sudah melakukan kes baru boleh dikenakan tindakan atas sebab 'prosedur'. Entri disingkatkan, orang kata lebih baik mencegah daripada mengubati bukan?

Walaubagaimanapun ini sebagai langkah kedua kerana perlu juga memberi laluan kepada golongan berhak seperti langkah pengambilan yang utama sekarang. Sekian.

27 April 2011

29 Mujur Ada Sahabat

Wallet tercicir, sudah tentu poket kosong sepenuhnya. Cucuk mesin ATM pun tak boleh tanpa kad ajaib. Mujur tangki minyak kereta sentiasa isi penuh. Jadi masih boleh bergerak ke sana ke mari untuk berurusan.
Selamba tapi siapa tahu tahap kejayaan dia. Ada masa aku cerita sebagai teladan. Terima kasih sudi membantu, kawan.
Kamu tahu kad smartshopping? Almaklum wallet tercicir pada hari cuti. Hari ketiga kehilangan baru dapat berhubung dengan pihak bank untuk mansuhkan kad. Aku risau ada orang riang gembira shopping sakan dengan duit aku. Cis! kalau terjadi aku tak halalkan tahu. Pegawai bank pun terer psiko aku, tapi mujur tidak berlaku.

Aku juga bersyukur kerana ada sahabat yang membantu. Aku tahu semua sahabat aku boleh diharapkan. Sekarang ini aku dalam proses membuat kad-kad ATM yang baru. *Mood blogging jauh sekali.

24 April 2011

33 Hari Yang Malang, Jiwaku Kesakitan

Sesekali langit cerah akan mendung. Pasti cerah semula


 Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Aku jarang nak cuai tapi semalam wallet dah tercicir. Memanglah dah buruk sejak tahun 2003 lagi. Wang tak kisah berbanding semua kenangan yang ada di dalam tu.


Nampaknya lepas ni kena banyak berurusan lagi. Semua kad chip dan lesen ada dalam tu. 

 Sebab dah celaru, aku dah senaraikan perkara yang perlu dibuat bila wallet hilang (nak sedapkan hati):
1. Buat laporan polis dengan menyediakan salinan mykad dan 2 keping gambar passport.
2. Nyah aktif dan blok semua kad chip yang hilang dan permohonan kad chip baru.
3. Buat Mykad baru dengan bukti laporan kehilangan dan denda sebanyak RM200 ke atas untuk kali kedua.
4. Mengurus lesen memandu dekat JPJ, aku masih tak pasti tentang lesen hilang. Nak setel macam mana?
5. Pasrah saja untuk wang dan item yang jadi kenangan kerana semua tu tak boleh nak dapat semula.
6. Gambar yang ada, berdoalah agar tiada apa perkara tak baik berlaku.

Aku sedih tapi nak buat macam mana. Dah bukan rezeki. Allah sedang menguji aku. Aku percaya ada hikmah disebalik kejadian, mungkin sebelum ini aku terlalu sombong kerana jarang meminta kepadaNya, mungkin juga ujian tahap keimananku kepadaNya. Aku kena Redha.

Semoga rezeki aku dipermudahkan selepas ini. Amin

20 April 2011

49 Dunia Macro Lagi

Aku cuba lagi. Dulu pernah cerita tentang dunia makro sambil merungut. Fotografi Makro memang agak sukar bagi aku. 

Maklum saja peraturannya perlu fokus kepada mata subjek. Sedikit sahaja pergerakan akan menyebabkan terhasilnya output yang out of focus.
Salah satu yang terbaik daripada 5 percubaan yang gagal dan ini cuma hasil output orang baru seperti aku
Fotografer Makro perlu berotot teguh dan ketika dalam bentuk kaku otot perlu dalam keadaan stabil. Namun salah satu cara lain fotografer adalah dengan sokongan tripod atau monopod.

Lebih sulit lagi, apabila subjek liar dan sukar untuk didekati. Kemungkinan subjek pergi sebelum fotografer mengambil gambar. Kempunanlah si fotografer. 

Bukan setakat kempunan, rasa kecewa pun ada. Jangan ketawa, inilah dunia fotografer.

19 April 2011

43 Kadang-kadang Aku Buat Bongok

Memang betul sesekali perangai agak gila sedikit. Tapi sedang aku serius pun orang kata aku buat bongok. Ok la, itu dulu. Sekarang aku dah tua, jadi tak payah buat perangai bongok lagi.
Gambar sekadar eksyen
Ok lah, gurau saja. Dah tua pun mestilah boleh bergurau kan. Kalau tak boleh, hidup aku suram tahu.

Tapi nak cadang sikit, kalau ingin bergurau jangan tiru aksi beruk. Semalam nampak budak lelaki mengorat awek dekat bustop sambil berjuntai hampir menjadi cimpanzi. Tak macho ok dan tersangat bongok. Sekian.

17 April 2011

23 Header Ringkas Afida

Aku terima gambar low pixel dari Afida untuk dibuat header. Gambar kali kedua dan ketiga pun sama jugak  la Afida. Ekceli aku dah ragu sikit nak buat atau tak. Tapi tak sanggup nak hampakan orang kan. Bukan setakat tu, ada beberapa yang lain dah PM aku tengah tunggu. Lambat sikit boleh kan kan.

Transparent header: Hala cursor ke arah header
Cuba perbaiki gambar semampu boleh. Kemudian reka bentuk ringkas sebab tak nak watak utama dalam header tenggelam.

Suka atau tidak, atau dah tak sudi, atau nak perbaiki. Afida sila komen. 

16 April 2011

33 Eleh! Gambar Motion, Bukan Kabur

Sekarang mana ada masa untuk keluar bergambar dan berposing bagai. Semalam aku saja klik-klik kamera  sebab dah lama lepak dalam beg. Takut dijangkiti fungus pula.
Ekceli aku nak photoshoot awek seksi cun melecun. Apa daya, dekat tepi rumah aku cuma  ada bunga dan pokok saja. Mujur ada Misai Kucing yang seksi. 

Gambar kabur kerana menggunakan manual slow shutter. Saja nak hasilkan benda lain daripada yang selalu dipandang. Ok, ekceli sebab tak terer. Sekian.

12 April 2011

39 Sesi Posing dan Aktiviti Conteng Tembok

Jangan tangkap kami. Bukan kami yang conteng! Baiklah, sikit saja takkan tak boleh?
Apahal corak tiang pertama tu mirip background blog aku? Pelik pelik. Encik Ejal pulak posing di situ. Cis! Inteprem betul!
Ekceli ruang ini khas untuk tunjuk terer berkarya. Satu cara untuk mengawal aktiviti vandalisme conteng adalah menempatkan suatu ruang kepada pengkarya grafitti seperti di ruang ini.

Walaupun menanggung kos hasilkan grafitti tapi agak berpuas hati. Buat cantik-cantik kalau tak nanti karya kau kena lapis cat baru pengkarya otai. Hah, challenge tu!! Lapis balik weh! (Kalau yakin terer).

10 April 2011

32 Perlu Kikis Sikap Pemalu

Perasaan malu perlu ada tetapi tidak perlulah seperti siput. Sikap yang terlalu pemalu akan membentuk individu pasif.
Gambar sekadar eksyen malu: Kak Ina konpem la tak tau malu. Gurau saja, Kak Ina jangan marah.
Sukar untuk berjaya jika segalanya malu. Akhirnya tidak mampu berdikari, kurang yakin, rendah diri dan pendiam. 

Cuba kikis sikap pemalu, cabar diri  dan keluar bergaul dengan masyarakat, berkawan dan cipta keserasian dengan persekitaran. Seterusnya haruslah pandai menapis baik dan buruk. Sekian.

08 April 2011

23 Header Amirah's Territorry

Jangan kata aku asyik buatkan header awek saja. Aku terima tempahan ok. Ramai yang jerit dekat mesej fesbuk dan semuanya awek.  Dekat shoutbox pun ada. Tapi aku anggap itu tidak serius sebab dah pesan mesej dekat fesbuk.

Aku tak dapat nak layan semua. Aku bukan bisnesmen, aku layan hobi  sambil bantu saja. Tapi dalam aku korban masa perlulah berbaloi kan. Aku kena agih masa untuk tugas. Harap fahami aku.
Aku setelkan header Amirah sebab tertarik dengan background dia yang berbentuk blok. Mendengarkan muzik indie yang terpasang di blog Amirah memberi tanggapan bahawa aku sejiwa dengan Amirah. Maksud aku dari segi rekabentuk grafik yang akan aku hasilkan.   

Aku tak terima tempahan untuk reka template, tapi aku akan bantu Amirah perkemaskan rekabentuk blog.  Nak rekabentuk yang lagi best boleh berurusan dengan Cik Liz. Sila komen dan harap awak suka. Sekian.

06 April 2011

47 Apakah Street Photography?

Lepak di kawasan umum sambil "curi" gambar orang dengan sesuka hati. Gambar daripada aktiviti inilah yang digelar street photography. Subjek sudah pasti dalam bentuk kandid.
 Street photography juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang documentary photography. Perjalanan merakamkan suatu gelagat sosial agak sesuailah disebut 'experience of walk of life'.

Aku suka jadi pemerhati sosial dan kerana itu juga aku lebih cenderung menggemari street photography. Ehem.. Pasangan kapel jangan buat wayang umum. Sila takut ada fotografer skodeng. Teropong dari jauh pun nampak tahu.

04 April 2011

22 Perlukah Sibuk Mengejar Wang?

Sudah tentu semua orang inginkan wang. Begitu juga aku. Aku pernah sakit untuk wang. Aku risau kerana masalah wang. Kurang masa untuk keluarga demi wang. Ringkasnya, aku sibuk mengejar wang. 
Namun, jauh di lubuk hati timbul persoalan mengapa manusia sibuk mengejar wang? Kita tidak boleh hidup tanpa wang? Ya atau tidak, zaman ini kita memang memerlukan wang. Bagaimanapun, banyak kesan positif dan negatif  yang berpunca daripada wang. Maka biarlah memadai.

Aku dah kurang aktif blogging sejak Januari 2011 kerana dulu niat aku dua dalam satu... Keluarlah bergembira. Sekian.

01 April 2011

32 Curi Gambar Awek Brunei dan Bumi Kenyalang

Brader ni dah shoot banyak gambar budak kecik la. Ada yang korang kenal? Aku boleh tolong uploadkan gambar penuh, tanpa crop. Semua aku tak kenal, saja suka hati datang ambik gambar anak orang.

 

Gambar awek kecik saja. Awek remaja ada jugak. Gambar senyum lebar, entah apa hal. Mungkin sebab nampak fotografer hensem kan. Tapi tak boleh la aplod, kesian diorang. 

Aku demam ni. Aku nak rehat. Sekian.