Sejak aku mula memblogging, blog ini dah banyak mengalami transformasi. Bermula dari blog maki hamun, kepada blog berciri kerjaya, tempat luahan rasa, fotografi, dan sekarang entah. Dari segi rekabentuk jugak sering berubah. Kau beritahu aku, widget apa lagi yang aku perlu tanggalkan dari ruang ini?
Dulu aku pernah letak gambar background blog, lagu mp3, video, glitter teks, traffic feed, gambar kawan-kawan, family dan nenek sekali dan banyak gadget lain yang aku dah lupa. Warna jangan cakap, pelangi semua ada. Gila canggih blog aku, sambil senyum riang ria aku letak semua benda tu. Walhal, ramai pelawat yang surender untuk datang blog aku dengan loading yang lembab dan mata tersengat neon pelangi, tahu.
Kesimpulannya, ringkas, kemas dan yang penting kau isi entri itu. Jangan serabut, jangan semak kerana pedih mata melihat. Oh, blog orang pun memedihkan mata. Macam mana orang nak kemas blog bersepah ni?