online counter

31 Januari 2011

32 Pesaing Sengit Teacher Shida

Jika ada kanak-kanak ribena maka bapa ribena pun ada. Kau kata ini memalukan atau normal? Memalukan bagi seseorang yang tidak berfikiran terbuka. Aku berfikiran terbuka dan aku ingin seperti dia.
Orang dah biasa kata "jangan suka marah, nanti cepat tua". Ada betulnya pernyataan ni. Misalnya, bandingkan wajah orang yang suka tersenyum dengan orang bengis.

Sihat dan awet muda. Mudah saja, sentiasa hadapi sesuatu dengan senyuman, redha dan sabar.  Ringkasnya terima dengan minda dan hati yang terbuka. Aku dah terpesong dari tajuk? Sebenarnya aku ceritakan tentang gelagat seseorang yang aku perhatikan. Namun dalam keterbukaan masih ada ketegasan. Benar, aku ingin seperti dia.

Tapi tak semestinya orang buat gila-gila tu semuanya berfikiran terbuka. Hal teacher Shida aku tak tau la sebab aku tak kenal dia. Melihat kereta saga usang tanpa disangka dalamnya enjin modifikasi.

30 Januari 2011

59 Cuba Reka Header Rakan Blogger

Amat sukar untuk menjadi comel. Tapi aku kena belajar jugak untuk menjadi comel. Aku tahu kau dah mula rasa seram. Baiklah, ini kisah header gadis. 

Hari tu aku sembang pasal header dengan Puteri Katek, kawan lama aku dalam dunia blog ni. Kata puteri, "comel, brutal dan seorang puteri katek". Itu ciri-ciri yang dia nak.

Pendekkan cerita, ini header yang aku reka untuk Puteri Katek seperti yang dia kata.
Ada puteri brutal tapi tak katek, malah tiada ciri comel seperti yang dia nak. Aku tak puas hati dan buat lagi.

Sekali lagi aku mencuba, dan kali ini tiada ciri brutal langsung. Background transparent. Abaikan border tu, itu dari templat blog aku. Sangat penat la, bukan penat buat tapi penat memikir. Tahap imaginasi kecomelan otak aku agak cetek. 

Tapi header lelaki tak payah la nak comel. Rekabentuk kena nampak formal dan matang kan. Macam header aku cuma kaler plain asap dan ada ertinya bentuk macam tu. Ambik kau samizul.net. Hari tu kata header kau tu copyright kan. Ini dari gambar hak milik aku sendiri, gambar kau jugak.
Ada kawan lain yang minta tolong buatkan tapi aku kena berlatih jadi comel dulu. Sangat penat untuk menjadi kreatif. Kalau dah jadi kreatif dan comel, aku nak bisnes buat header seketul seringgit pulak. Konpem seminggu jadi kaya aku.

29 Januari 2011

35 Aku Dirisik Dua Wanita

Mereka tagging backlink untuk aku. Lina Ramsah dan Catherine. Tujuannya juga adalah untuk menjawab soalan-soalan wajib. Ya, aku sedar diriku begitu hensem sebab tu diorang risik dengan soalan-soalan ni. Cik Cat soalan kamu berbeza, aku ambik soalan Lina ja ok? 

~Dua soalan tentang blog~
1. Nama blog anda dan sebabnya.
AKU is AKU atau aku adalah aku. Tajuk mengarut sempena kecetekan idea.

2. Kategori blog anda ;personal, photography, food, place, fashion etc...
Peribadi, fotografi, info.


~Soalan rawak~
1. Warna kesukaan anda.
Hitam, merah, ungu.

2. Kenangan indah zaman kanak-kanak anda.
Semuanya menarik semasa zaman kanak-kanak.

3. Lagu kesukaan sepanjang zaman anda. Link daripada youtube.
Air Supply - All Out of Love

4. Lagu terakhir anda dengar.
Tak ingat

5. Lagu kegemaran anda ketika bersenam/bertugas.
Tak suka dengar lagu ketika bertugas dan dah lama tak bersenam.

6. Lagu yang akan anda dengar ketika hendak tidur.
Estrella pun ok jugak.

7. Orang terakhir yang anda sms.
Cik Doktor Jiwa

8. Percutian menarik yang pernah alami.
Percutian terbaik dalam bilik aku.

9. Makanan dan minuman?
Makanan Kampung adalah terbaik dan air putih jernih.

~Favorite quote~
Do what u wanna do, say what u wanna say. Quote ni sesuai untuk orang yang kepala betul ja.

~Foto inspirasi anda~
Karya Ustaz Azhar Idrus daripada Mukmin Photography. Semua aku suka dan jadi aspirasi.

~Foto senyum anda~
Ok fakta, aku jarang senyum lebar ketika bergambar. Gambar zaman belajar kecuali pertama atas tu muka orang tua sekarang ni. 
Aku nak sembunyi muka pun geng blogger jumpa jugak fb aku. Serius, aku terkejut dari mana kau tau? Aku pakai identiti lain tau. Seterusnya aku tag rakan baru aku yang aktif untuk dirisik.


28 Januari 2011

40 Pantulan Imej dan Bayangan

Lepak sendirian di tepi pantai agak menenangkan. Sambil memerhati gelagat manusia membuat kau berfikir dan juga adakala memberi kesedaran bagi mereka yang berfikir. Aku suka begitu. Sesekali aku akan rakamkan gelagat menerusi lensa kamera.
Baiklah, aku terpandang sesuatu yang membuat aku kebingungan seketika. Aku lupa sesuatu. Ia istilah shadow dan image serta bayang-bayang. Adakah wajah dalam cermin tu kita sebut bayang-bayang juga?

Masa tu aku tak tunggu hingga senja, aku balik awal sebab komposisi agak tak menarik. Malah tanpa rakan sebagai subjek untuk hasilkan POI.

27 Januari 2011

30 Aku Follow Kamu Balik

Award ini diterima daripada Jann Rempit, telah ditangguh sejak berapa lama entah. Ekceli kebelakangan ini ada ramai follower yang belum sempat aku respon balik. Apatah lagi semalam sejak aku terbitkan entri pasal header Apezs. Woi! Kau orang belasah aku kah? Agaknya geng kongsi gelap Apezs yang datang belasah aku. Tapi maaflah, agaknya mengambil masa yang lama untuk aku respon balik. Tunggu aku.

Penatlah, datang ke setiap blog follower sambil baca entri. Melalui entri kau tu, aku boleh kenali kau. Jika  tertarik, aku akan letak dalam ruang ni. Demikianlah prosesnya.

Seterusnya masa untuk jawab soalan wajib.

1. Bagi ucapan.
Terima kasih kepada yang sudi ikuti aku. Sama ada sebab suka entri aku atau saja nak kena follow balik. Jumpa kamu di blog. Kepada Jann aku minta maaf sebab melambatkan entri backlink ni.

2. Berikan 4 ciri-ciri lelaki/wanita idaman untuk dijadikan suami/isteri..
  1. Baik hati, peramah dan penyayang.
  2. Berfikiran matang, pandai berdikari.
  3. Periang dan pandai jaga perwatakan.
  4. Ingat Tuhan.

3. Berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan..
Kalau Cik Awek marah, kau buat dunno ja. Kalau kau perokok baik kau pekena sebatang sambil buat muka cool. Ok terus terang aku tak arif bab ni.

4. Pernahkah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta..
Pernah tapi lupa. Maksud ayatnya lebih kurang macam ni. "Andai dia jodohku maka satukan kami dan jika dia bukan jodohku bawa dia jauh dari fikiranku". 

5. Letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka telah memenangi award ini..
Aku kena sampaikan award kepada blogger yang guarantee follow back. Namun aku tak guarantee tapi aku akan tag mereka yang pernah aku follow dan mereka follow aku balik.



Follow dengan ikhlas. Mudah saja, kau suka blog dia? Kau follow. Tak minat? Jangan follow. Berbaloi follow diorang sebab boleh kongsi ilmu, pengalaman, info, kongsi gelak ketawa dan kesedihan.

26 Januari 2011

36 Header Terbaik Buat Apezs

Ini adalah contest yang dianjurkan oleh Apezs. Baru kemarin aku mengenali dia namun entri  dia pasal mendesign ni betul-betul buat aku tertarik.  Maka aku pun join. Kau nak join klik header dia ni.

1. Letak header Apezs yang sekarang ni [Selesai ]
2. Jadi follower [Selesai]
3.Tajuk The Best Header For Apezs dan Backlink [Tajuk aku versi BM, boleh?]
4. Design header yang cun [Selesai]
5. ucapan ikhlas header dibuat minimum 100 patah perkataan. [Selesai]
6.Tinggalkan url entri yang dah dibuat di entri contest.[Selesai]

Orait bro, ini header yang aku designkan.

Ucapan khas buat rakan baru ku Apezs. Aku tak tau bagaimana memberi ucapan ikhlas kepada kau. Mungkin kalau wanita lebih mudah untukku ucapkan kata semanis madu, ikhlas jujur setia. Tapi ini tidak, kita lelaki. Malah lelaki macho. Termasuk aku sekali macho.

Ringkasnya, aku dah cuba buat yang terbaik. Sebelum ni pun memang ada  tolong buatkan header untuk beberapa rakan blogger.

Seperkara lagi, aku tiada arah tuju untuk design header kau, sebab aku belum tau kau suka bentuk yang macam mana, karakter, warna yang kau suka dan macam-macam lagi. Maka aku berpandukan tajuk blog kau iaitu sayap, halusinasi dan Apezs iaitu kau sendiri. Header ini tergabung dari tiga elemen ini. Motto kau aku rembat sekali letak di situ. Itu saja, sekian.

Aku sedang berlatih mengarang surat tak rasmi.

25 Januari 2011

41 Peperangan DSLR Pro: Canon 1D Mark IV dan Nikon D3X

Pertama sekali aku nak kata yang aku bukan nak perbandingkan dua model ni. Sebab sememangnya aku belum layak jadi pengkritik. Aku cuma nak perkenalkan benda ni.
dslrphoto ada cerita pasal benda ni lebih lengkap. Model Nikon D3X dan Canon 1D Mark III, terbaru 1D Mark IV

Kedua-dua model yang disebut adalah kegilaan ramai fotografer. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Bergantunglah kepada fotografer, yang mana lebih jadi keutamaan. Kualiti gambar tak payah cakap. Agaknya 50x ganda keupayaan DSLR separuh kecik aku tu.

Yang lebih menarik, kamera gedabak ini amat sesuai untuk fotografer yang berbadan sasa kerana ia amat menyeronokkan ketika mengantung benda ni di tengkuk dengan berat 1.2kg. Bayangkan shoot event guna benda ni. Lelah beb!

Tidak seperti DSLR yang lain kedua benda pro ni tidak mempunyai flash dalaman. Almaklumlah boost ISO tahap tinggi gila babi. Gambar sepetang ibarat siang. Nak guna flash, pakailah external flash yang gedabak tu, yang mana akan menegapkan lagi bahu fotografer yang memikul.

Malah lebih seronok ketika mana ditanyakan harganya kepada taukeh kedai. Canon 1D Mark IV serendah RM16,888 dan Nikon D3X sejumlah RM29,988 tanpa lens. Lagi sebijik, Nikon D3S juga RM16,888. Oh aku muda lagi, aku tak sudi beristerikan kamera. Sekian.

23 Januari 2011

29 Award Berlambak 2011

Award berlambak ni aku terima daripada Kak Fuzjee penulis blog Cetusan Seikhlas Rasa. Aku mengikuti penulisan blog Kak Fuzjee sejak tahun lepas. Blog yang diisi dengan cerpen, artikel  ringkas dan diari. Kak Fuzjee seorang yang supportive dan spoting. Cuma kebelakangan ni dia kurang aktif sebab ada masalah. Pernah dia ceritakan di entrinya.

Macam-macam award la kan. Aku pun tak tau award apa entah. Janji aku dah entrikan backlink kepada Kak Fuzjee. Harap dapat bantu mempromosikan blog Coretan Seikhlas Rasa di sini.

Seterusnya award-award ini aku majukan kepada siapa entah. Banyak award yang berbeza-beza. Aku pun tak tau kepada siapa yang patut aku tag.

22 Januari 2011

48 Foto Abstrak Dunia Terbalik?

Aku dah bosan dengan gambar sama yang aku ambik. Rasa macam tiada peningkatan. Aku kalau boleh nak sangat ambik gambar haiwan liar sedang beraksi macam dalam chanel haiwan tu atau gambar berkisah sosial. Gambar abstrak pun menarik jugak tapi perlu daya imaginasi tinggi dan aku tiada idea untuk itu. Sekali dua boleh la.
Agaknya ini boleh kita namakan ibu guli. Ada gelas kaca pelik adakala jika pandang menerusinya pemandangan dunia jadi terbalik. Kau pernah jumpa tak? Apa pasal hah? Komen teori sikit.

Ekceli istilah dunia terbalik ni dah biasa. "Dunia dah terbalik" agaknya lebih banyak dikaitkan dengan jantina lelaki dan perempuan serta jantina versi lain? Kau pernah jumpa tak? Apa pasal hah? Pelik bukan.

20 Januari 2011

34 Kerjaya dan Karakter Positif

Kesinambungan daripada entri Kelayakan Akademik atau Keterampilan Diri. Ada yang tersalah faham dengan tajuk kerana aku bubuh perkataan "atau" di situ.

Baiklah, nak tegaskan sekali lagi. Akademik adalah yang utama manakala ketrampilan diri adalah nilai tambah kepada sesiapa yang ingin berkerjaya. 
Lomografi versi budak pulak. Amat sukar membentuk atitud namun di bangku sekolah jawapannya adalah ini (ko-kurikulum).

Umumnya, aku suka labelkan dua jenis karakter dalam pekerjaan iaitu aktif dan pasif. Kau faham bezanya bukan? Individu pasif jenis yang suka dipandu dan diberi arahan. Tidak sesuai jadi kapten seperti Jack Sparrow yang sangat aktif. (Kapten lanun dalam cerita wayang).

Membentuk karakter ini memang amat sukar terutamanya apabila ianya merupakan sifat semulajadi. Misalnya pendiam dan pemalu. Pernah nampak seorang ulat buku pendiam kan? Ada sesiapa punya ciri ini sila perbaiki untuk maju. Jadi seorang periang dan peramah ok.

Sesetengah individu punya sikap yakin dan berani. Namun sebaliknya ada pula manusia pasif yang suka gunapakai perkataan "entah", "tidak pasti", "mungkin" atau "takut". Lagi satu, aku tak ajar kau jadi over-confident ok. Adakala ianya memakan diri. Kebarangkalian penilai akan anggap kau seorang tegas atau degil, lain orang lain pandangannya.

Manusia yang suka mengarah atau sebaliknya. Tidak suka mengarah tidak semestinya tiada kualiti kepimpinan. Perkara ini amat sukar dinilai kerana sejuta macam sifat manusia. Aku sendiri tidak suka mengarah. Yang suka mengarah pula, boleh jadi pemimpin yang berkualiti atau boleh jadi jugak seorang yang pemalas. Kalau boleh, tangan dia pun nak suruh orang basuhkan selepas makan. 

Cukup untuk membuka minda dan sedikit kefahaman di situ. Aku tulis banyak nanti automatik jadi jurnal pulak. Dem! Teringat zaman buat esaimen dulu. Wajib ada teori, fakta dan bukti. Bagus sebab ilmu bertambah.
 
Ingat ya, akademik adalah yang utama. Rajin belajar sambil tu perlu bersosial, ikut program luar universiti, persatuan, kelab dan sebagainya. Kalau boleh cuba sandang jawatan, cabar diri jadi pemimpin. Jadi pengarah program atau persatuan pun lagi cun. Semua itu akan membentuk daya kepimpinan, keyakinan diri, kualiti komunikasi dan berbagai lagi. Ringkasnya ketrampilan dan atitud yang positif.

19 Januari 2011

25 Wang Percuma daripada Samizul.net

Tadi aku dapat RM30 dari blogger Samizul.net. Ekceli kredit henpon. Taklah banyak mana, tapi seronok jugak dapat percuma kan. Semuanya berpunca daripada benda ni kisah duit percuma Sasa (Amaran keras! pautan ini akan membawa anda ke weblog yang lain. Bekayful!). Tengkiu Encik Samizul.

Pertama sekali aku minta maaf dengan samizul.net sebab 'ter'edit header kau ni sedikit. Masa aku ambik header kau ni, aku terkejut dan saspen sebab ekceli gambar tu kosong saja. Maknanya tajuk blog yang terpampang tu sekadar daripada aplikasi blogspot la kan. 

Maka aku edit sedikit agar gambar tu ada kena-mengena dengan samizul.net. Orait soalan bonus, sematkah aku tacap header ni? Sebelah kanan nampak kosong. Tadi mau letak jata negara. Tapi aku dah mula malas.. 
Aku 'ter'melalut sedikit. Baiklah, samizul.net dah berbloging sejak tahun 2008 lagi ketika menelaah di UMS. Blog putih ringkas namun banyak iklan churp-churp. Bukan nak review, cuma memperkenalkan. Ok, beliau juga bukan gay. Maka para gay jangan cuba menggoda.

Aku ada cadangan sikit tapi aku malu-malu kucing. Almaklum aku blogger baru dari dia, cis lupakan ja la.  Nasib baik aku lebih hensem banyak.

Lagi satu hal, siapa yang suka folo-molo tu? Kau jumpa orang yang betul, samizul.net. Cuma adakala lambat sikit la kan, macam aku la kan. Aku nak bagitau kredit RM30 tu ekceli aku menang contest samizul.net. Sekian.

16 Januari 2011

63 Kelayakan Akademik atau Keterampilan Diri

Hari ini aku nak cerita sikit tentang atitud. Tugas aku sebagai seorang Human Resource Personnel dulu memberi aku satu pengalaman untuk mengenali beberapa jenis graduan dalam dunia pekerjaan.
my style is not my attitude- Gambar tiada kena-mengena ok. Zaman muda dulu pergi conference tahun 2008. Tag nama gedabak tu ekceli untuk letak passport.

Pengambilan dan pemilihan staf salah satu tugas aku. Maka kenalah menemuduga pemohon jawatan. Namun 50% risiko kesilapan memilih itu tidak dinafikan.

Graduan kelas pertama, secara automatik kau akan simpulkan bahawa mereka ini golongan yang rajin. Rajin belajar hingga cemerlang. Graduan yang cukup makan tak payah cakap, masih ok.  Manakala graduan gagal kau akan simpulkan calon ini seorang yang sambil lewa atau pemalas

Tapi kau takkan pernah menyangka bila aku ceritakan tentang kualiti dan keterampilan diri. Aku pernah menghadapi staf dengan kelayakan akademik yang baik namun pasif,  terlalu bergantung dan  kurang keyakinan diri. Bertambah satu tugas untuk pandu arah dan latihan.

Namun ada staf yang punya kelayakan akademik yang sederhana tapi punya kualiti dalam melaksanakan tugas, sangat aktif, indipendent dan punya daya kepimpinan. Pendek kata mereka punya kualiti dari segi atitud dan karakter. Benda ni penting ok.

Khas untuk graduan yang di luar sana, mulalah membentuk atitud yang positif ok. Kau bakal menjadi pemimpin, maka kau perlu faham beza bila aku kata pasif dan aktif. Ketika belajar kau perlu lebihkan teori, ketika bertugas teori kau praktikkan namun dengan kreativiti.

14 Januari 2011

41 Gambar Hitam Putih Paling Cool

Semalam aku lepak rumah kawan aku. Saja jalan-jalan sebab dah lama tak jumpa. Kau tahu bukan  yang aku sangat pentingkan persahabatan. Maka semalam hingga lewat subuh bersembang.
Kedegilan kita, kenakalan kita dahulu. Jangan pernah kau lupakan, kawan. Ini kenangan kita. Kita pernah berada di sini.

Pagi tadi aku buka blog di cafe, kemudian nampak Kila Punk Rocker kawan baru aku telah tag untuk sertai contest "pic hitam putih paling cool". Kau tau aku jarang join contest, tapi kali ni layan lagi!

Kalau nak join klik saja banner si gadis bermata coklat tu. Aku pun baru kenal dia semalam setelah follow dia. Syaratnya:

1. Jadi follower (selesai)
2. Letak banner dan link ke blog si gadis bermata coklat (selesai)

3. Buat entri pasal contest dan berikan idea hadiah yang korang nak kalau menang RM100 tu.
~Baiklah, aku nak tambah gift tu untuk beli trigger flash, aku mengidam nak buat teknik strob. Bolehkah idea macam tu?

4. Tag kawan-kawan yang mesti nak join contest ni. (selesai)
Yang tak tertag tu maaflah, sebenarnya aku penat. Tapi kalau nak join, silakanlah. 

5. Tarikh tutup 1 Mac 2011

11 Januari 2011

69 Nikon D3000 VS D3100 : Pengguna Baru

Dah lama aku tak apdet blog ni. Maklumlah, sekarang ni aku dah tak ada masa untuk mengambil gambar. Sesekali aku keluarkan kamera untuk mengelakkan ianya dijangkiti fungus. Tak boleh biar ia rehat lama sangat.

Nikon D3100 Digital SLR Camera with 18-55mm NIKKOR VR Lens (Free Nikon DSLR Bag + 4GB Memory Card)
klik pada gambar untuk rujuk harga terkini.

Baiklah, Nikon ada model baru untuk pengguna baru (beginner). Benda ni dah lama, namun saja nak kongsi kepada pengguna baru yang masih kebingungan untuk memilih antara model lama D3000 dan baru D31000.

Apa yang menariknya D3100 menggunakan sensor CMOS berbanding D3000 yang menggunakan sensor jenis CCD. Sensor CMOS menghasilkan gambar yang lebih teliti dan warna yang lebih jelas. 

Di bawah cahaya rendah (low light) D3100 menghasilkan gambar yang kurang noise pada ISO919 berbanding D3000 pada ISO563. Jauh beza bukan? bermakna D3100 menghasilkan gambar yang lebih halus pada keadaan low light. ISO bagi D3100 adalah terbaik berbanding D3000 iaitu maximum ISO3200 dan boleh boost sehingga ISO 12,800.

Dari aspek lain,  D3100 dan D3000 adalah sama kerana masing-masing mempunyai 11 focus point. Tiada built-in motor, iaitu benda yang berfungsi untuk Auto Focus. Maknanya kau kena beli lens yang ada motor  dalaman (AF-S Lens) dan jugak maksudnya ia lebih mahal. Apa jadi bila tak beli lens jenis ni? Ok jawapannya Manual fokus.

D3100 dan D3000 jugak sama kerana masing-masing punya kelajuan 3 fps jika shoot berterusan. Maka tiada beza sangat kan. Sama saja, cuma yang menariknya D3100 boleh merakamkan video dan mempunyai Live View. Masih tak faham Live View? Mengambil gambar merujuk kepada skrin LCD seperti kamera digital. Benda ni berguna ketika ingin mencapai angle yang sukar seperti terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Tak jauh beza sangat, mode movie pun memang jarang digunakan oleh fotografer. Memanglah sebab fotografer tak minat rakam video segala kan. Kualiti tak jauh beza sangat. Jika harga sebagai perbandingan, nak yang hebat sikit mungkin boleh tinjau D90.

 
D3100:
  • Sensor: 14.2mp 23.1 x 15.4mm
  • ISO: 100 - 3200
  • Saiz gambar max: 4608 x 3072
  • Mod Movie: Yes 1080p
  • Live View: Yes
  • Expeed 2 processing engine
  • Auto chromatic aberration correction: Yes
  • Harga : RM2090

D3000:
  • Sensor: 10.2mp 23.6 x 15.8mm
  • ISO: 100 - 1600
  • Saiz gambar max: 3872 x 2592
  • Mod Movie: No
  • Live View: No
  • Expeed processing engine
  • Auto chromatic aberration correction: No
  • Harga  : RM1850


06 Januari 2011

38 Plan Sambutan Tahun Baru Yang Malang

Bukannya aku sengaja untuk membiarkan Cik Awek datang dari jauh-jauh dengan hanya terpaksa keluar bersama kakak dan adik. 

Cerita yang sangat mudah, hujung tahun lalu rancangan dengan Cik Awek untuk menyambut tahun baru bersama tidak tercapai. Aku pulak tak mau ketinggalan untuk ambik gambar firework sempena coundount tersebut. Namun akhirnya aku sakit.

Siap aku dengan jarum sepanjang dua inci menusuk di urat lengan, dengan benda cecair yang tergantung di sisi kepalaku. Perasaan seram sejuk hingga menusuk ke sendi tulang ini sangat menyeksakan aku sehari-hari ni. Ah! Kenapa kulit aku menjadi sensitif? Gosok sedikit pun akan terluka. Sakit tahu!!