online counter

28 Disember 2010

53 Melayu Miskin, Melayu Malas!

Aku cukup sakit hati bila ada mulut cabul yang cakap tanpa usul fakta. Terutama bila melibatkan bangsaku sendiri. Melayu bodoh, malas sebab itu miskin sejak dulu hingga sekarang. Melayu dimanja, harap dibantu subsidi, sedekah. Orang lain berniaga kaya-raya!
Nah! Siapa tahu di sebalik itu ketekunan mereka berlipat ganda. Kau sendiri takkan mampu melakukan pekerjaan mereka yang kau katakan malas! Kehidupan turun temurun daripada nenek moyang. Pantang kata kau dagangkan tanah moyang ini. Bukan untuk kau hina, kebodohan kata kau. Namun kau hormatilah erti kehidupan bagi mereka. Bukanlah mengejar wang semata-mata.(Baca kisah kehidupan).

Keuntungan mereka tidaklah sepertimana yang kau perolehi. Sekadar meneruskan kehidupan dengan tradisi. Namun hulur bantuan janganlah kau ungkitkan. Jika tidak ada tak mengapalah, jika ada syukurlah jangan kau hinakan. 

Mereka boleh saja menjadi pedagang berjaya. Tanah yang saujana mata memandang, kau pasti mengerti nilainya. Tetapi adab tradisi nenek moyang itu mereka hormati. Siapalah kita tanpa mereka, beras sebutir mungkin kau takkan pernah kenal.

27 Disember 2010

44 Peminat Sasa Sanggup Tunjuk Kemaluan

Pagi tadi aku sangat saspen! Mana taknya bila aku nampak ada follower terbaru tu sanggup nak tayang anu dia dengan aku. Apa dia ingat aku suka sangat? Cis! Ngeri tahu tak! Aku dah la tengah tak sihat ni, ada pulak yang sudi tayang anu dengan aku.


Lagi tak syok bila dia menayangkan pedang dengan aku. Sesungguhnya aku hanya stim melihat kesenian tubuh wanita dan tidak pada lelaki. Lalu dengan pengalamanku bermain blog sejak 2 minggu, aku telah pun menghilangkan dia dari pandangan kau semua di ruang follower itu. 

Namun Kelihatan kelibatnya masih ada di ruang ahli pelawat terkini. Gara-gara dia, aku tak masuk blog aku dari tadi. Cis! Sangat menggeramkan. Blog aku beralih menjadi ruang 18SX. Tidak sesuai dibelek oleh budak bawah umur buat sementara waktu sehingga gambar profil manusia lucah tu ghaib dari situ. Gambar ni dah censored. Yang lain tu, muka-muka hensem dan cun tu semua kawan-kawan aku.


Aku tau Cik Catherine dan Cik Naj mesti suka. Kalau diorang tau, konpem laju datang sini. Dem!

26 Disember 2010

20 Creative Award Daripada Menteri Blog

Pertama sekali, aku belum sihat dah hampir seminggu. Ini sangat pelik, sampai ada yang kata bahawa aku dah kena santau. Maklumlah aku ni hensem, follower twitter 8 orang pulak tu. Aku tak pening tapi badan  lemah tak boleh kena angin sempoi. Seram sejuk hingga ke tulang lutut bila kena angin. Di kala malam aku menjadi udang yang berbungkus dalam sleeping bag.

Baiklah, ini award dari Arie Richi khas untuk aku.

Ok, korang tak payah cakap. Aku dah tau sebab aku hensem aku dapat award ni. Ciskek nampak ni konpem menyampah habis-habisan dengan aku. Nasib baik dia dah bosan main blog.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Arie Richi kerana menganugerahkan award berupa gambar bergerak-gerak ini (Lain kali kirim pingat ke rumah ya, topup pun jadik lah). Sekian.

p/s: masih banyak award yang aku tak entrikan. Aku dahulukan yang dah hampir expired ni. Ekceli entri  tag backlink sebenarnya.

24 Disember 2010

44 Saham Keuntungan Fotografer

Aku kalau tengok gambar posing model yang cun lagi seksi memang cair aku. Gambar pun akan kelihatan sangat cun. Sekarang aku cuma upload gambar pokok, sungai, kereta, keldai, semut merah, zirafah dan seumpamanya. Tapi tak kisah la kan. Aku cuba jugak buat kau semua stim dengan lentok rusa yang seksi ni.
Tu dia, nampak tak air liur meleleh tu? Dia ni ramping jugak.

Baiklah, berbalik kepada cara nak dapat saham keuntungan oleh fotografer sila rujuk pautan di bawah ni ok.

Bukan setakat fotografer, blogger pun boleh main saham jugak tau. Boleh rujuk di situ. Aku agak saham dia tu ibarat bisnes sistem piramid la kan. Tak pun ibarat BE agaknya. Makin ramai tonton makin banyak income.

p/s: baru cadang nak aplod gambar lentok Cik Catherine Gebu

21 Disember 2010

31 Demam Sambil Memandu

Aku tak banyak kata, aku demam hari ni. Dah tu aku travel pulak. Aku driving seorang diri selama 6 jam sejak subuh tadi sambil buat dunno depan muka ibu aku. Maksud aku buat-buat sihat depan dia.
*credit to google

Jangan salah cam. Dah demam masih sempat main blog. Addicted tahu.  Eh, ADDICTED kah?  Aku nak rehat kejap. Tulang empat kerat rasa nak lumpuh dah



19 Disember 2010

49 Maaf, Aku Pergi Dulu

Pertama sekali aku minta maaf kepada pengunjung yang ingin dikunjungi semula blog mereka. Aku tak sempat untuk mengunjungi ruang kamu. Nanti bila ada kesempatan lagi aku akan ronda ruang kamu. Aku berada di kampung sekarang ni. Aku nak melayan perasaan, konon.
Ya aku tau gambar nampak kosong aja. Jadi siapa nak jadi model PM aku ok. Hari tu dalam perjalann balik, aku lepak kejap di sini. Seorang diri ja.  Syok jugak  layan jiwa depan pantai ni kan.

Aku tau la, ada beberapa awek sedang tenung aku yang sedang duduk santai bawah pokok tu. Angin pun sangat spoting sambil meniup rambutku, makin kelihatan hensem la aku ketika itu. Mata ku tutup separuh kononnya nak tunjuk macho. Lalu aku pun semakin layan cool kerana asyik dipandang.

Aku seperti biasa akan pandang semula dan lontarkan senyuman yang sangat menggoda. Baiklah, sebelum kau semua kata aku kuat  perasan, baik aku kata awek-awek tu sedang mengumpat aku yang sedang main kamera seorang diri di situ. Serius aku peduli apa? Ini dunia aku, sebab tu aku senyum saja. Orait aku pergi dulu, mau tengok majlis kahwin kawan lama aku.

17 Disember 2010

41 Rindu Zaman Kanak-kanak

Dem! Semalam aku jumpa masa silam aku. Aku jadi tak senang bila terkenang semula. Kau tau lah apa yang aku buat bila dah mula perasaan macam tu. Aku sensitif! Berkali-kali aku kata dengan kau semua yang aku suka termenung. Ya itulah yang aku lakukan semalaman sehingga serta-merta aku tutup laptop untuk baring merenung tembok dinding bilikku.
Aku tidak sempat merakamkan kenangan kita dulu. Namun melihat kau semula membuat aku mengingati kenangan yang hampir aku lupakan.

Kepada Nina, telah jauh kita melangkah menerusi takdir yang telah ditentukan Ilahi. Sayangnya masa tidak dapat kita undur semula. Namun, aku harap kau berjaya dalam hidup dan sentiasa gembira. Rindu sangat dengan kampung, main tepi pantai, rindu arwah datuk dan rindu zaman kecik kita.
Untuk kau kenang balik aku suatu ketika dulu. Kau abaikan spek besar tersebut. Itu adalah teknik menyamar di alam siber. Aku pelik la, apa pasal spek menyamar tu membuatkan aku kelihatan macho?

16 Disember 2010

22 Tetapan Kostum Pic Style Canon

Cerita mengenai costum Picture Style pada DSLR. Kadang-kadang aku gatal tangan  jugak  mengubah tetapan pada kamera gedabak tu. Ini terutamanya pada tetapan Picture Style tu. Aku ada daftarkan beberapa style yang aku suka. Paling mudah style vivid dan hard tone. Asyik gunapakai standard, portrait dan faithful bagai menyebabkan aku boring melihat gambar yang ada. 
Nak daftar picture style ni kena faham dengan konsep sharpness, contrast, saturation dan color tone dulu. Kalau main lantak ja akibatnya pic style yang kau daftar tu biasanya akan jadi over vivid, over contrast atau kelabu asap. Kalau kaler dah over sangat pun pedih mata tengok, bila terlebih contrast pulak helaian rambut pun tak nampak, hitam ja macam kena tumpah cat. Lagi tak syok bila gambar nampak kelabu asap ibarat pandangan mata menembusi tinted kereta aja.

Gambar di atas bukanlah baik mana pun kan. Sekadar kongsi apabila cerita pasal benda ni. Kuning sikit sebab saja pakai white balance shade konon nak bagi suasana ala-ala musim daun gugur di London. Manalah tau ada yang tertipu kan.

p/s: nombor daftar kereta tu aku dah tampal, Cik Ros Putih jangan tiru buat nombor daftar macam tu pulak. Aku bukan apa, kesian dengan pemilik viva tu kan. Tak mau la publish nombor kereta dia kepada umum.

15 Disember 2010

38 Cik Blogger Cinta Sasa

Pertama sekali aku minta maaf sebab lambat sikit respon benda ni. Aku sendiri tidak menyangka aku akan terima ini dari kau. Bukan aku tidak sudi tapi kau harus memahami aku. Ya, walaupun aku belum berkahwin tapi aku sibuk sangat melayan jiwa aku yang cool ini. Namun aku berterima kasih kepada Eyka Elisha kerana sudi memberikan gambar merah ni kepada aku.
Baiklah aku terus terang. Soalan-soalan canggih ni yang membuat aku mengambil masa untuk mempublish benda ni. Aku jawab saja walaupun belum buat ulangkaji.

1. Siapa orang yang korang paling sayang?
Keluarga aku dan Cik Awek

2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?
Paham-paham ja la. Aku tau siapa pembuat soalan ni aku nak tanya dia balik.

3.Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.
I lap u, ulap me. I miss u, u miss me. Tak malu agaknya, cakap aja. Yang tak mampu lafaz adalah berapakah wang hantaran Cik Awek

lepas tue,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)
Bab ni aku segan sikit untuk tag sebab gambar merah tu ada tulis lob. Orait, bukan lob yang gitu-gitu. Sayang kawan la kan? Ya, aku tau aku hensem.

Oleh yang demikian, sudi-sudilah menerima gambar merah tersebut untuk dientrikan. Seperti biasa ianya wajib jawab terutamanya Cik Ros Putih. WAJIB jawab ok! Fuh, penat aku tag semua. 

Yang aku tak tag tu sebab aku faham kamu ada masalah talian sipu macam Ciskek dan Sayuri yang selalu merungut. Tidak lupa yang sedang bizi jugak.

14 Disember 2010

51 Berdiri Di Mata Dunia

Aku seronok membantu orang terutama bila sesuatu yang aku minat dan suka. Seronok hingga tak berhenti senyum selama 25 jam. Tiada kena-mengena dengan perasaan bangga diri tapi ia berkaitan dengan suatu perasan dalam hati yang tidak dapat aku gambarkan. Ini tidak berkaitan dengan tajuk, cuma perasaan aku kebelakangan ini.
Baiklah, bagaimana untuk mengenali itu adalah dia? Bagaimana pula kau mampu menampilkan diri di mata masyarakat? Cis! Banyak melalut. Ekceli idea aku hilang secara tiba-tiba.

Cuma aku mahu kau pilih sekuntum bunga yang terbaik dalam banyak-banyak bunga tu. Ini kisah bunga ok.

Dem! aku bingung sikit, dua kali aku terpublish benda yang belum siap. Akhirnya mood  mengarang dah hilang

13 Disember 2010

31 Perbezaan Watak

Ada manusia yang punya dua watak yang berbeza. Salah seorangnya adalah aku. Misalnya dalam pekerjaan kau akan nampak aku seorang yang serius dan tegas. Tapi di luar bidang kerja aku seorang yang gila-gila dan sedikit bongok. Maka kau takkan hairan bila lihat seseorang itu suatu ketika kelihatan kemas, dan suatu ketika serabai rockers. Kau macam mana pulak?
Entah apa-apa, aku tiada idea tapi ingin melalut. Kalau boleh aku teringin lepak dengan geng aku yang gila-gila  masa ni. Dah lama tak jumpa. Agaknya satu malam sembang tak habis. Kalau dah jumpa tu biasanya tak lepas cerita pasal muzik. Kau kena faham drummer otai macam aku ni, tak sah kalau tak cerita pasal benda ni.

p/s: prinsip pasal kerja yang aku pegang sejak zaman study lagi. "Masa main, mainlah sepuas hati. Masa belajar, belajarlah dengan tekun". Masa main jangan sibuk belek nota, masa belajar jangan sibuk main. Boleh begitu?

12 Disember 2010

17 Blog Walking Tool Versi Baru?

Aku tak pasti sangat apa benda ni. Tapi memandangkan bunyi macam canggih maka aku support la, jugak sebab Ibu Intan pun dah support.
Blogwalking Software New Version
Kau semua nak tau lebih lanjut datang saja ke blog Jiwa Kacau ni. Klik pada banner pun akan sampai ke blog beliau. Dia nak aku info kepada kawan-kawan jugak. Maka di kesempatan ini aku pun tag lah kawan-kawan aku yang kaki BlogWalking ni. Antaranya  Ciskek blogwalking dengan siput, Halia blogwalking laju. Agaknya tu aja nak kena support kali ni

11 Disember 2010

30 Taman Landskap Sebagai Kenangan

Hari ini aku rasa macam hilang mood blogging. Bukan setakat blogging, melayar internet pun rasa macam tak seronok aja. Adakah aku dah bosan dengan blog ni? Aku tak pasti sangat, cuma aku terasa hati sangat bila ada beberapa kawan blogger yang mana blog mereka dah sunyi sepi. Diorang hilang macam tu aja, entah dah ke mana.
Sesekali lepak dekat taman seronok jugak. Lebih-lebih lagi bila ada tasik macam ni. Ada joran sambil relaks, sambil termenung. Tenang aja kan? Bersama dengan keluarga pun seronok jugak. Nanti  bila dah  nak balik rumah rasa sedih pulak. Santai bersama keluarga di taman ini akan jadi kenangan manis. Cerita gambar melalut sikit. Gambar kelabu asap ja ku tengok.

Aku santai dekat blog Encik Grunge dulu. Akhir entri dia bertajuk Walk Away. Tak sangka tajuk tu sangat serius. Sekarang sepi dah dia. Blog dia tak payah la letak link memang dah sepi pun. Awin pun kenal dia jugak kan? 

10 Disember 2010

24 Remaja dan Cabaran Dunia Hiburan

Buka tv keluar cerita budak nakal, budak gengster, kartun budak nakal, budak penjahat. Buka internet, taip istilah saja, keluar segala benda termasuk anu. Dunia luar pulak fesyen seksi, rockers, kepala berjambul, tindik telinga lubang hidung. Semua budak nak tiru. Di mana kau nak sembunyi anak-anak kau? Semua tempat dah tak selamat untuk hati dan jiwa diorang.
Mahu kawal lebih? Peraturan, garis panduan dan undang undang? Dalam jiwa remaja kini, mereka ada istilah ini; terkurung, terpenjara, terkongkong dan berontak. Dari segala macam segi, mereka adalah benar. Klik sini untuk menyaksikan ruang fesbuk remaja selalu benar yang bertajuk KAMI ANTI GURU DISIPLIN. Semoga anda terhibur.

09 Disember 2010

50 Bunga Mekar Akan Layu

"Kekasih secantik bunga mekar", "bunga indah lambang cinta", "indah cinta ibarat bunga mekar mewangi". Sesuaikah? Aku tau kau nak muntah, tiba-tiba aku jiwa-jiwa sikit.
Bunga semalam pasti akan layu. Bunga baru kan mekar. Pantun agaknya. Pantun tak jadi. Kau perhatikan gambar tu. Bunga indah saja yang kau pandang. Bunga lambang cintakah? Ya, lambang cinta playboy.

p/s: tiba-tiba kejiwangan melanda hasil berkarya dari hati. Orait, aku tau kata-kataku melalut-lalut gara-gara ada seorang otai tu kata komposisi gambar boleh menceritakan sesuatu. Puas aku berfikir hingga terjiwang sikit.

08 Disember 2010

42 Twitter vs Facebook

Review apakah? Bila aku letak tajuk macam tu bukan bermaksud aku sedang membuat review perbandingan. Ceritanya begini, aku dah buat akaun fesbuk sebab ramai orang daftar fesbuk. Kemudian aku daftar twitter  sebab ramai blogger daftar twitter. Fesbuk tu aku tau la, untuk aku cari kawan lama aku. Bab bersosial jarang pulak, chat selalu bagi offline.

Benda twitter ni pulak, ekceli aku tak paham apakah fungsi benda ni. Ada sesiapa boleh jawab persoalan aku apa kelebihan twitter berbanding fesbuk?

Ekceli menarik jugak, aku boleh melalut suka hati. Ada gambar aku. Saspen sikit, ekceli kecik ja.

07 Disember 2010

29 Tukang Skodeng di Awal Muharam

Itulah dia manusia di sebalik blog ini menonjolkan diri. Itu aku sedang syok sendiri di hadapan cermin. Seorang yang sangat hensem. Setakat tunjuk dahi aja mesti kau dah perasankan kehenseman aku. Saja tak tunjuk muka takut pulak ramai yang jatuh cinta dan follow blog aku sebanyak 3 kali. Yang dah terlanjur nampak muka aku, itu rahsia kita. Shhh...
Gambar hitam putih jadi pilihan agar kau semua tak nampak wana kulitku yang putih melepak. Seperti biasa sebab dan alasan yang sama.

Dah puas bagi orang menyampah, maka aku nak ucap selamat tahun baru dan salam Awal Muharam kepada semua geng dan rakan maya. Semoga persahabatan kita berpanjangan. Aku pun tak tau sampai bila aku main blog ni. Main blog sebab sunyi. 

Walaubagaimana pun, kita tetapkan azam baru dan hasrat yang perlu dicapai sempena tahun baru ini. Semoga azam itu dapat kita laksanakan dan hasrat tercapai. Semoga dipermudahkan. Amin...

06 Disember 2010

43 Spot Metering Warna Kontra

Kamera gedabak ada butang mode spot metering yang membolehkan penghasilan gambar yang  hanya menampilkan kepada suatu titik yang menarik. Tujuannya supaya mata pemerhati hanya fokus pada bahagian yang ditampilkan sahaja. Jujur aku masih bongok dalam bahagian ni. Mari tengok suatu kebetulan ketika praktis di petang hari.
Latar belakang rumput dan tanah. Hanya subjek yang terfokus untuk ditampilkan kepada kau semua yang melihat. Mode spot metering membolehkan hasil seperti ini. Sekian.

p/s: nanti aku akan eksplen lagi bila dah faham banyak dengan mode ni.

05 Disember 2010

33 Romantik di Khalayak Ramai

Sedang aku merayau petang tadi. Aku terpandang sesuatu. Tak malukah bermanja-manja, bercumbu-cumbu di khalayak ramai? Walaupun dah kahwin tapi tak elok ketika mana kau membuat tayangan percuma di hadapan umum. Apatah lagi sekadar  pasangan kapel. Nafsu sedap konpem lupa. Agaknya stim macam hisap dadah hingga tak ingat dunia.
Ini adalah kambing. Kambing ini sedang beromens antara satu sama lain di tontonan umum.  Serius tak bernafsu melihat aksi diorang ni.

Apa kena-mengena pulak? Orait aku bukan kambing, aku ada perasaan malu walaupun selalunya aku tak malu. Tapi buat persembahan macam ni aku agak malu. Sekian. Renung-renungkan.

p/s: jangan buat tayangan umum. Nanti para penonton akan menjadi stim, tukang skodeng menjadi penerbit muvi.

04 Disember 2010

52 Maaf, Aku Naik Pelamin

Aku minta maaf sebab tak info dengan kau semua. Hari ini aku naik pelamin. Aku tak sengaja sebab aku sendiri tak sangka secepat ini. Penat sungguh rasanya walaupun majlis sekadar santai.
Gambar candid paling mahal. Ya, aku sengaja aplod gambar candid supaya wajah watak-watak staring di dalam gambar ini tidak mampu dicamkan dengan tepat oleh kau semua.

Penat aku naik turun atas pelamin untuk membisikkan posing yang best, gara-gara live band yang membingit telinga menyulitkan komunikasi. Terus terang aku serender dengan kaler kuning. Dah la baju kuning, pelamin kuning, lampu pun kuning. Tak kontra langsung. Akhirnya wajah pun sedikit kuning. Macam mana nak handle ni? Sesiapa boleh bagi tunjuk ajar sikit dengan aku. Oh ya, malam ni aku kena pergi lagi.

36 Perodua Bezza Mesra Alam?

Baca Berita Harian berkenaan Perodua hasilkan kereta enjin hijau. Aku dengan eksaitednya saspen dengan tajuk enjin kaler hijau tersebut. Ternyata aku silap. Hijau itu ertinya mesra alam di situ. 

Kata artikel tu model baru ni adalah prototaip yang dinamakan sebagai Perodua Bezza. Tengok gambar dia. Bila tengok muka depan aku teringat kereta audi dalam muvi i-robot.
 Lebih banyak perspektif di paultan.org

Tiba-tiba eksaited tengok benda ni, kononnya tak pakai minyak petrol atau diesel. Sistem PMLFC, entah apa benda yang digunapakai. Seperti biasa kerjasama dengan syarikat Daihatsu jugak.

p/s: persoalannya, bila tak pakai petrol kereta ni boleh join race tak? Bahan api canggih yang dia pakai tu jimat tak? Bunyi enjin sedap tak? Orait, aku nak bersiap untuk pergi ke majlis perkahwinan yang dah upah aku RM1000 sebagai kameramen. Ok gurau, free ja.

03 Disember 2010

15 ABC Kehidupan : Sebenarnya Tag

Tag dari Kak Fuziani a.k.a. Fuzee yang lama tersimpan dah berkarat. Kak Fuzee ni kalau kau ikuti entri dia, kau asyik nak nangis ja, terutama blogger wanita.Kak Fuzee seorang cikgu yang spoting. Beberapa hari ni dia sepi sikit. Apa pun semoga dia bahagia selalu. 

Ambik masa  jawab tag ni sebab soalan sangat mencabar seperti mengambil peperiksaan SRP.

Instruction: fill out these questions and make a new note called ABC about you, then tag 25 people, if you got tag by me...
you have to take survey and repost it..!!!

Kau tak paham aku tolong eksplen untuk kau. Dia kata yang istreksyen tu : isi keluar ini soalan banyak dan buat baru nota ABC mengenai anda, kemudian tag 25 manusia, jika anda dapat tag oleh saya. Anda mempunyai untuk ambil tinjau dan   dan terbit semula ia.. Jangan lupa tanda seru 3 bijik !!! 

Baru kau tau aku terer. Tapi ABC tu aku kopipes jawapan Kak Fuzee 


A. AVAILABLE = Suda tua ni... kata kak fuzee. Aku jugak masih wujud. Moga panjang umur.

B. BIRTHDAY = 13 April

C. CRUSHING ON = ya, pernah terhantuk ke dinding

D. DRINK YOU HAD LAST = air minum

E. EASIEST PERSON TO TALK = orang

F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT = lagu syok  di blog TRAGIC EPISODE ni

H. HOMETOWN = di kampung

I. IN LOVE WITH = ibu

J. JUNGLE = entah apa, semak, banyak pokok

K. KILLED SOMEONE = Dulu ketika main game

L. LONGEST CAR RIDE = From PJ to Sabak Bernam

M. MILKSHAKE FLAVOUR = Cekelat

N. NUMBER OF SIBLING = Ada

O. ONE WISH =  bahagia

P. PERSON YOU CALLED LAST = orang

Q. QUESTION = kenapa WAN berak batu?

R. REASON TO SMILE = mulut nak senyum terutama ketika baca blog SENYUM-SENYUM

S. SONG YOU LAST HEARD = lagu entah dari blog Iqa ABC keladi hutan

T. TIME YOU WAKE UP = 5.30am

U. UNDERWEAR COLOUR = merah

W. WORST HABIT = Mengarut tapi kurang mencarut macam Cik Keterin

Y. YOYOS ARE = entah

Z. ZODIAC SIGN = Aries

Orait selesai, aku tag semua orang yang follow sini. Memandangkan soalan susah tahap SRP maka kali ni tidak diwajibkan. Aku terasa entri kali ini sangat mengarut. Tapi tak kisah la, etlis aku dapat buat sebijik backlink kepada Kak Fuzee. Terima kasih sudi tag ya. Sekian.

02 Disember 2010

32 Kembali Kepada Noob Fotografi

Dah puas bercerita tentang lomografi, kini kembali kepada aktiviti asal iaitu mengaplod gambar-gambar mengarut dari aku. Kononnya aku sedang berkarya. Aku tau, kau semua mesti sokong aku. Tapi kebelakangan ini, aku dah jarang main kamera. Ada banyak gambar lama tapi aku berfikir, entah kenapa perlu ku aplod? Biasanya aku akan aplod untuk kongsikan sesuatu. Kau mesti perasan ada sesuatu yang aku kongsikan, memberi sedikit info, walaupun kadangkala benda yang kau sedia tahu. Aku tak peduli, mungkin ada pembaca di luar sana masih tak tahu dan ingin tahu.
Kalau kau perasan di sidebar kanan blog aku ni, ada menu isi perut blog aku. tu semua benda yang aku isi dalam blog ni. 

Diari, sesuatu yang sangat buat aku hepi, tensyen, atau kecewa tahap sawan, aku akan menulis untuk legakan hati. Fotografi bila aku teringin berkarya dan berkongsi info dan tutorial dengan geng kamera. Monolog, kau tau aku seorang manusia yang suka termenung dan merenung. Aku jugak suka berfikir kenapa dan mengapa? Aku akan tulis di sini semua tentang monolog ketika aku sedang sunyi. Sosial pulak, ketika sesuatu isu yang membuat aku gatal tangan untuk menaip pendapat aku di sini. Muzik? Paham-paham ja la

Orait, gambar macam tiada kena-mengena. Ini adalah antara gambar lama yang aku ambik. Kau tau vignette? Benda gelap di penjuru gambar tu. Dalam fotografi, benda ni wujud kesan lens, iaitu akibat focal length yang panjang. Kau pernah nampak lens yang panjang tu? Itulah yang aku maksudkan. Biasanya efek dari superzoom lens.

p/s: vignette dalam gambar tu.... ok jujur aku reka ja. Kau boleh tengok dari perspektif, nampak sangat subjek diambil dalam jarak dekat. Maknanya vignette tipu ja. Dah cukup mengarut, aku nak BW blog geng aku pulak. Tadi aku bizi buat report pasal program aku hari tu.

01 Disember 2010

39 Lomografi Lagi

Kau pernah lihat gadget seperti ini? Fancy dan Klasikal.. Itu adalah kamera lomo.

Dan Hasilnya...
Gambar yang sangat cool sesuai dengan aku yang minat indie ni. Ekceli aku makin teruja sebab dah ronda kedai kamera dan ada pulak adapter khas untuk DSLR, yang mana boleh menghasilkan gambar sebegini. Tapi tunggu aku jadi jutawan, poket dah licin ni. Oh duit! Itu dan ini semua mau pakai duit. Cis!

p/s: ekceli isu utama entri ini adalah mengenai duit dan keghairahan. Ok, aku bukan mata duitan tapi dalam hidup ni kau terpaksa membuat pilihan dan kau punyai kos lepas. Aku sebagai abang kebun yang cool akan relaks memotong rumput dan kau tenang saja, rumput itu sentiasa kupotong dengan mulus berkat ketenangan jiwaku. Ehem, mau tidur kejap 5 minit. Nanti aku bangun terjah blog kau semua ok. Boleh gitu?