online counter

30 Ogos 2010

2 Perasaan Menunggu

Bukan seperti saat menunggu countdown Hari Kebangsaan tetapi saat menunggu seseorang. Apa beza kedua-dua detik ni?


Adakah kemeriahan dan kegirangan dirasai seperti saat menunggu detik kemerdekaan atau...?  Jangan harap, kalau setakat muka berubah jadi merah padam ok lagi. Jangan sampai tukar kaler jadi hijau, gila mau jadik hulk dah tu..
Yang ni sekadar, adik kami si Eyqa

Ok penutup cerita, sempena detik 31 Ogos ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Malaysia dan  jangan lupa, kita sambut dengan jiwa yang Merdeka! Yabedabeduuu!! Merdeka!!

25 Ogos 2010

0 Ain Puteri Kecik

Lil princess sitting on the Desk

Sekadar. Hari ni diorang join bersajak di sekolah. Ni yang siap dengan kostum lagi ni. Agak-agak Picasa ni tak support foto yang gloomy sebab ada perubahan pada foto yang asal dengan yang dah muat naik atau blogger yang memang bengong.  >:(

Esok2 aku add lagi album ni. tak syok juga kalau habiskan penulisan ku sekali ni. Nanti tak terisi masa lapangku lain kali..
Bersambung...

22 Ogos 2010

0 Bekalan Elektrik Putus

Dari petang kemarin blackout. Bosan juga tak boleh buat apa pun. Sehingga tengahari hari ni baru ada bekalan. Tak payah cakap pasal bersahur, periuk nasi kesejukan tanpa berisi, maklumlah tanpa elektrik macam mana nak masak. Nasib baik aku ada stok mi segera. Melantaklah aku rebus guna dapur gas. 

Aktiviti semalam buat dunno. Nak berNETWORKing tanpa elektrik jangan harap, cucuk plug kat lubang hidung pun takkan hidup laptop aku.

Dah bangun pagi tu, mandi dan terus gerak ke Pejabat Letrik. Siap aduan.

Semalam sunyi sendiri, yang ada hanya handphone hampir padam, kamera, touch light dan lilin. Cuma benda ni yang boleh guna bila takdak elektrik.. Nak main sms takut habis bateri. Nanti tak dapat bangun sahur sebab takdak alarm. Habis tu tengoklah kat bawah ni apa aku dah buat.. ;))

Aktiviti mengarut, main touchlight & lilin


20 Ogos 2010

1 Tiada Apa, Hanya Monochrome Mode

Sudah bosan dan boring, maka terhasil foto hentam kromo mode monochrome sambil tangan gatal mengacau aturan toning dan filter effect pada kamera.

Yang jadi mangsa kali ini, Hafeez dan Tracy. Kemudian di hari yang lain, budak tahun 4 dan 5. Tapi yang ni bukan mangsa sebab mereka suka. (Ketika program merayau)..


Noise banyak, dalam blog lagi la banyak. Makanya ingat-ingat dengan setting ISO. ;)) 

Hingga kini masih lagi gelabah mengejar saat unik. Novice macam aku perlu banyak praktis lagi kan~

16 Ogos 2010

3 Lagu Untuk Dia

Candid dia, aku tembak curi.


Dia antara perkara yang terindah berlaku dalam hidupku..

Semua diekpresikan oleh lagu ni.






14 Ogos 2010

2 Edit Foto Ciri Retro

Dah aku lepak sendiri di rumah, hujung minggu dan lapar pula tu. Entah apa nak buat sempena menunggu waktu berbuka puasa. Band Febian kata penantian itu suatu penyeksaan. Jadi, aku keluarkan mainan aku sebagai cara melupakan penantian tu. Lepas tu mulalah snap foto entah apa-apa entah. Dah tiada muka orang yang boleh aku tembak maka inilah foto mengarut yang terhasil. Dengan lost quality lagi almaklum cara upload yang termampu sebagai seorang pengguna broadband.

Foto Asal | Yang tu tangan aku. Masa ni tiada manusia yang ada dengan aku. Kononnya foto ni nak letak teks "andaiku mampu capai awan di langit" atau "if i could reach the sky" atau seumpamanya. Kemudian buka kat Photoshop dan letak teks, aku lucu sendiri tengok hasilnya terutama kata-kata tu. Rupanya aku dah mengarut banyak sangat ;)) seperti Mat Jiwang rasanya.

Foto Retro | Sebab bosan, aku teruskan bermain dengan Photoshop. Aku tak tau buat apa dengan foto tu. Oleh kerana aku suka color ala-ala retro, aku editlah macam ni. Tapi rasanya foto asal tu lagi OK. Adakalanya terdapat beberapa suasana yang tak sesuai nak edit gaya retro. Tak puas hati dengan editing ni!  >:(

Aku cari pula foto mengarut yang seumpama ni lagi. Semua foto praktis yang sah-sah tangan aku jadi mangsa sebagai model. ;))
Foto Asal | Kali ini giliran foto bokeh mengarut
Foto Retro | Akhirnya buat macam ni
Dan akhirnya sedikit masa lapang dipenuhi pada hari ini,  ketika bermain-main dengan Photoshop. Tapi aku nak tau juga pandangan orang, yang mana lebih menarik antara foto asal dan foto retro ni. ???

foto Retro seperti foto kenangan di mataku~
Aku banyak mengarut hari ni ;))

12 Ogos 2010

2 Dari Sudut Lensa, Awan dan Aku

Bukanlah hasil yang menarik. Namun aku ingin kongsikan tentang jiwa aku dan Awan...

Jiwa Tenang
Jiwa Riang. Banyak masa dan akitiviti dilakukan ketika suasana begini menjadi kenangan manis dalam hidup aku.
Jiwa Normal & Sepi. Suasana normal namun adakala aku terasa sunyi. Masa untuk mengenang keindahan lalu.
Jiwa Gusar & Sunyi. Ketika ini emosi terasa amat suram. Jiwa aku turut menjadi mendung.
Jiwa Sayu & Sedih. Indah adakalanya membuat aku sayu. terkenang ketika zaman kanak-kanak. Aku ingin kongsikan foto bulan di tepi pantai pada waktu malam, sebagai kisah di sebalik kenanganku. Namun tiada kesempatan lagi untuk ke sana.



Jiwa Kacau, Takut & Risau. Adalaka sesuatu itu kelihatan indah tapi di balik hati suasana ini membuat aku takut kepadaNya. Entah bila kita akan dipanggil.
Jiwa Tenang & Rindu. Rasa ingin pulang bertemu keluarga di sebelah sana, terutama ibuku.
Jiwa Kosong & Hampa. Sudah lumrah, sesuatu yang kita inginkan tidak terjadi namun sesuatu yang tidak kita ingini terjadi.

Aku tak tahu kita serupa atau tidak. Namun aku merasakan jiwa aku berhubung dengan alam.


11 Ogos 2010

0 Salam Ramadhan

Pada bulan yang mulia ini, banyakkanlah bersabar mengawal nafsu dan beribadat

10 Ogos 2010

2 Mengumpul Memori Manis Hingga Saat Ketelanjuran

Perkara lazim bagi pasangan bercinta. Semuanya jadi indah sehingga ada yang kata cinta bagaikan syurga. Aku tak pandai berjiwang, cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Zaman sekarang ni, seringkali aku melihat dan mendengar perkhabaran mengenai

09 Ogos 2010

3 Ramai Staf Pejabat Langgan Insurans Mulut

Kaki gosip, mengumpat, kutuk mengutuk, cakap belakang, fitnah, kritikan dan macam-macam lagi. Semuanya boleh kerana mereka ni ramai yang ada insurans mulut. Agaknya ;))

Aku pun hairan juga, kenapa tak habis-habis aktiviti umpat-mengumpat ni. Adakah sebagai hobi, minat, isi masa lapang atau pun memang busuk hati? Aku sendiri sering menjadi

08 Ogos 2010

0 Vignette Tanpa PC Editing

Mengkreatifkan dirilah konon ni. Tengoklah yang di bawah ni. Beginilah caranya, yang di hujung hood tu...

Letak CD kat hujung hood tu, kebetulan muat kat hood aku ;)

Dengan lubang CD kecik ni, vignette akan terhasil apabila bukaan aperture dimaksimumkan, agak-agak lens aku F2.0, jadi la vignette tu. Contohnya seperti foto di bawah ni. 
Cikgu Razali | Foto ni untuk contoh, color asli tanpa bantuan komputer kecuali tambahan teks dan saiznya dah aku kecilkan.
Satu hal lagi, yang background blur tu nampak dalam bentuk lingkaran seperti radial spin blur. Mungkin sebab permukaan CD tu dalam bentuk lingkaran, aku tak pasti sangat (kau semua jangan tertipu).
Bukan setakat ni sahaja, apabila aperture diminimumkan lain pula jadinya. Hasilnya akan timbul black frame yang berbentuk bulatan macam dalam gambar di bawah ni..
Black frame pada aperture F5.6
Aku pernah uji snap foto di bawah cahaya matahari dan permukaan CD yang macam mirror tu aku letak kat sebelah luar, foto susah nak jadi, adakala hasilnya foto kelihatan dreamy, adakala timbul jalur-jalur cahaya pelangi. Aku masih tengah menguji, banyak foto dreamy seperti di bawah ni, subjek tak nampak jelas.

Ujian pada aperture tahap bokeh di bawah sinar matahari

Setakat ni sahaja, kamu cubalah sendiri kalau sudi dengan idea murahan yang mengada ni. Jika ada sebarang idea berkaitan silalah kongsikan dengan aku. Sharing is Caring kan? 
 
Ok, aku chau dulu.. Until next time



07 Ogos 2010

1 Dengar Lagu Maher Zain

Aku minat lagu-lagu dia ni unsur Islamic, R&B, Soul.

 Name: Maher Zain
Age : 28 Years old
Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
Education: BA in Aeronautical Engineering
Previous Job: Music Producer
Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
Album Name: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Release Date: 1st of November 2009
Record Label: Awakening Records
Facebook Page with close to 300,000 fans: http://www.facebook.com/MaherZain
Palestine Will Be Free Music Video: http://www.youtube.com/watch?v=foSbqLi6U10
Insha Allah Music Video: http://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc
The Chosen One Music Video: http://www.youtube.com/watch?v=QbICjWI7Vrw

 Penyanyi dan penulis lagu dengan membawa Muzik Islam Moden dengan lirik lagu penuh makna dan mesej-mesej keamanan. Layan!!