online counter

17 April 2011

24 Header Ringkas Afida

Aku terima gambar low pixel dari Afida untuk dibuat header. Gambar kali kedua dan ketiga pun sama jugak  la Afida. Ekceli aku dah ragu sikit nak buat atau tak. Tapi tak sanggup nak hampakan orang kan. Bukan setakat tu, ada beberapa yang lain dah PM aku tengah tunggu. Lambat sikit boleh kan kan.

Transparent header: Hala cursor ke arah header
Cuba perbaiki gambar semampu boleh. Kemudian reka bentuk ringkas sebab tak nak watak utama dalam header tenggelam.

Suka atau tidak, atau dah tak sudi, atau nak perbaiki. Afida sila komen. 

08 April 2011

23 Header Amirah's Territorry

Jangan kata aku asyik buatkan header awek saja. Aku terima tempahan ok. Ramai yang jerit dekat mesej fesbuk dan semuanya awek.  Dekat shoutbox pun ada. Tapi aku anggap itu tidak serius sebab dah pesan mesej dekat fesbuk.

Aku tak dapat nak layan semua. Aku bukan bisnesmen, aku layan hobi  sambil bantu saja. Tapi dalam aku korban masa perlulah berbaloi kan. Aku kena agih masa untuk tugas. Harap fahami aku.
Aku setelkan header Amirah sebab tertarik dengan background dia yang berbentuk blok. Mendengarkan muzik indie yang terpasang di blog Amirah memberi tanggapan bahawa aku sejiwa dengan Amirah. Maksud aku dari segi rekabentuk grafik yang akan aku hasilkan.   

Aku tak terima tempahan untuk reka template, tapi aku akan bantu Amirah perkemaskan rekabentuk blog.  Nak rekabentuk yang lagi best boleh berurusan dengan Cik Liz. Sila komen dan harap awak suka. Sekian.