online counter

22 September 2012

11 Tentang Perasaan Aku Terhadap Dia

Aku cuma mahu menyatakan kekesalanku dengan segala perbuatan aku dengan dia dulu. Dia kecewakan aku, tinggalkan aku. Tapi sebenarnya memang aku layak pun ditinggalkan. Cuma kekacauan jiwa yang menghalang aku berfikir secara relevan ketika itu. Aku asyik mempersoalkan kekejaman dia meninggalkan aku untuk seseorang yang lain. 


Namun jika dinilai siapa yang lebih baik sikapnya antara kami berdua sudah tentu dialah yang perlu dikatakan baik. Malah suatu ketika dia yang telah mengubah sikap nakalku yang terjebak dengan masalah sosial. Dari segi amal agama, dia banyak memberi kesedaran secara langsung dan tak langsung kepadaku.

Sedar diri sendiri. Tanpa ikatan yang sah, mereka berhak memilih yang terbaik untuk mereka. Teringat pepatah yang menyatakan "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik", "menilai ketaatan pasangan dengan melihat ketaatannya kepada Allah". Terimalah kenyataan bahawa sebenarnya semuanya kesilapan kita sendiri.

Jika sebaliknya yang berlaku kepada nasib kamu, kenanglah kembali pepatah tadi. InsyaAllah ada yang terbaik untuk kamu.

Aku ingin meneruskan persahabatan ini tetapi jika ianya menganggu seseorang yang lain sewajarnya dielakkan. Walaupun dia bukan lagi kekasih, namun di hati dia tetap seorang sahabat yang telah banyak mengajarku tentang erti hidup. Tanpa dia dengari ucapan terima kasihku dengan mendoakan kesejahteraan dia.

Semoga dapat membantu kamu yang seperti aku. Jangan berhenti di sini, teruskan perbaiki diri. InsyaAllah jika jodoh akan bertemu lagi atau mungkin bertemu yang terbaik.