online counter

21 Julai 2012

17 Pasal Politik Semua Orang Gaduh

Aku benci dah debat politik dekat blog ni. Jangan datang dan syer link mengarut dekat blog aku. Dah tu sibuk cakap pasal hapuskan Ketuanan Melayu. Kata orang Melayu asyik kena hulur bagi makan tak mampu berdikari. bla bla bla.. Yang Melayu ni pun sibuk menyokong. Nak hapus sangat, hapuslah. Korang Melayu semua sokong. Dah tu korang jaminlah nanti kalau bangsa Melayu semakin mundur tanpa belaan.


Korang tak ingatkah siapa yang buka  KL tu? Bukan Melayu ok. Nak fikir betul-betul kaum kita ni dah jauh ketinggalan sejak pemerintahan British lagi. Bukan salah kita. Baca sejarah status quo. Aku nak berniaga pun tak mampu nak bersaing dengan rangkaian niaga orang Cina. Nak cakap pasal politik sangat korang kena jadi orang miskin dulu baru faham. Aku malas nak cakap hal politik. Yang aku tau bangsaku masih perlu dibela. Jadi korang nak hapus Ketuanan Melayu?

8 Perjalanan Hidup

Selepas bersahur tadi sembang dengan kawan lama tempat kerja dulu. Dah lama tak jumpa mesti dah makin gendut. Maklumlah orang dah kahwin. Banyak jugak kenangan kita bersama kan. 

Aku ketika itu tinggal seorang diri di tempat yang baru. Pernah aku terlantar sakit tenat seorang diri. Kau datang bantu aku, kejarkan aku ke Hospital. Aku pernah tumpang rumah kau gara-gara rumah aku kena banjir. Kau jangan lupa halalkan makan minum aku ok.

Hari ini kita bersama, esok belum pasti. Begitulah perjalanan hidup. Entah di mana akan terhenti. Malah banyak cubaan dan dugaan yang perlu kita tempuh. Walau bagaimana pun, semoga kita kuat menghadapi segala apa yang menghalang. Perjalanan mesti diteruskan. Jangan berhenti, jangan mengalah.


Sekian dan salam Ramadhan buat semua. 

13 Julai 2012

14 Jom Saling Follow di INSTAGRAM

Apa khabar rakan blogger? Maaflah aku dah lama tak ziarah korang semua. Aku masih ingat dengan Kak Diana Rashid, Iqa Syafikah, Kak Hanis Azla, Kak Ct Payung dan rakan-rakan photoblog, Nur, Cayril, Shatra, Fa'en, bro Edy dan yang ramai sangat. Tak larat nak sebut semua.

syok sendiri kat rumah dengan budak-budak ni.
Sekarang aku dah jarang keluar dengan DSLR. Sibuk beb. Tapi masih minat nak rakam gambar memori dalam perjalanan hidup ini. 


Kepada sesiapa yang menggunakan smartphone, jom lah layan INSTAGRAM. Seronok main dengan efek vintage dan lomo di situ. Korang pun jangan lupa saling follow dengan aku. Search aku asrisharif. Jom kongsi kisah melalui sekeping gambar.