Pagi tadi dengan penuh semangat kemas bilik tidur. Aku terjumpa handphone lama yang telah lama ku pinggirkan. Rupanya banyak kenangan yang terkandung di dalamnya. Gambar bersama teman-teman, gambar ketika remaja, gelagat dan kelakuan kami semua dirakamkan di situ. Aku tertawa sendiri, bercampur sedih juga rasanya.
![]() |
| Nokia 7610 digunakan sejak zaman belajar, banyak gambar budak sekolah sejak 2004 dan rakan-rakan di UMS . Handphone N-Gage pula sebuah pemberian daripada seorang sahabat. |
Mulai hari ini, aku akan hargai setiap barang lama yang pernah aku gunakan kerana suatu hari ia akan mengingatkan aku kepada kenangan yang lalu. Kalau boleh, aku akan sediakan sebuah ruang yang boleh menempatkan semua barang lama agar sering ku tatap dan ingati. Gadget, jam tangan, kamera, gitar, dan seumpamanya akan ku sematkan sebagai koleksi peribadi.

