online counter

02 Februari 2012

53 Cinta Tak Semestinya Bersatu

Dem jiwang! Telah lama aku tak blogging. Ini semua berpunca daripada jiwa kacau yang meracau-racau. Blog aku pun makin sepi, prestasi memang jatuh menjunam. Aku nekad nak blogging semula, seaktif-aktifnya hingga lupa masalah dunia. Haha.. 

Aku mahu berkongsi sedikit tentang masalah jiwa aku. Memanglah sekarang aku asyik merindu dengan ex-kekasihku yang tak patut dikasih. Namun aku cuba abaikan perasaan itu dengan kesibukan. Bagi manusia seperti kita, 
perpisahan itu adalah pasti 
cuma   cepat   atau   lambat 
itu  adalah ketentuan Ilahi

Aku dah boleh menerima kenyataan yang kami telah berpisah. Namun seperkara yang sukar untuk dilupakan adalah rasa perit kerana dikhianati. Mungkin untuk melupakan itu hanyalah redha dan kemaafan. Aku masih tak mampu. Tapi aku pasti akan dapat melupakan, mungkin apabila aku telah tua nyanyuk. Maka plan B aku adalah berubah menjadi buaya darat yang berjaya di alaf baru ini.  Oke! Ayat akhir tu tipu.

Next time aku mula update photography lagi.. Sekian.