online counter

29 November 2011

43 Rupanya Kecurangan Yang Aku Dapat

Alasannya masih cintakan kekasih lama, akhirnya aku ketahui kekasih lama telah pun berumah tangga. Dia berjaya membuat aku bersimpati, lalu membebaskan dia. Sejak kami berjauhan dulu dia pernah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan seorang rakan sekelasnya. Dengan kepercayaan yang ada, aku membenarkan kemahuannya. 

Aku tak sangka kepercayaan yang aku beri dibalas dengan sedemikian rupa. Wanita yang aku sanjung hormat selama bertahun mengkhianati aku. Perit sekali rasa ini, malah lebih perit lagi apabila kaca ku sangka permata. Aku mencipta cita-cita bahawa dia bakal ibu kepada anak-anakku, membina hidup bahgia. 

Aku semakin lemah, mungkin sedikit rasa benci akan mampu membakar semangatku untuk melupakan dia. Namun aku benci diri aku kerana tak mampu membenci dia walau sedikit pun.

Aku amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu dan mendorong aku untuk melupakan dia. Kawan-kawan, aku masih tak mampu melupakan dia. Semangat yang kamu ungkitkan, dialah yang rugi kerana membuang aku. Dia tak akan bertemu lagi seseorang yang benar-benar sangat menyayangi dia seperti aku menyayangi dia. Memang benarlah aku bermula dari sebelum kejayaannya, selepas kejayaannya barulah orang terhegeh-hegeh dengan dia.

Seperkara lagi, aku seorang yang kelakar, selalu memeriahkan suasana, baik hati, suka mengambil berat hal orang lain, tak suka kekasaran, penyayang kepada wanita dan sahabat. Tiada sesiapa lagi yang lebih riang daripada aku. Maaflah, aku perlu memuji diri untuk membangkitkan semangat seperti kata rakan blogger ini sha my heart. Semangat aku sedikit bangkit.Terima kasih.

28 November 2011

15 Kenangan Indah yang Menyakitkan

Setelah bertahun menyulam kenangan, aku diberi harapan menggunung. Namun akhirnya aku ditinggalkan sendirian. 

Bagaimana jika semua kenangan indah itu mula menyeksakan? Aku seperti ingin menjadi seorang yang lupa ingatan, lupa segalanya. Tetapi... 

Ya Allah.. 

25 November 2011

24 Sesuatu Yang Membuat Kamu Berasa Perit

Kau tak pernah rasa bagaimana peritnya apabila orang yang kau kasihi mengaku bahawa hatinya dimiliki orang lain terutamanya kekasih lamanya. Setelah bertahun kau memupuk rasa kasih kepadanya, kini tanpa belas kasihan dia menyatakan perasaan disebaliknya. Lebih kejam lagi bila sedikit pun tidak kisah wujudnya kau di sisinya. Kau yang dalam kebingungan tak terkata apa-apa dengan kejutan yang kau hadapi. Jantung bagai nak pecah, hancur luluh.

Dengan mendengar tangisannya, kau merasakan betapa terseksa hatinya. Kau tak mampu berbuat apa-apa. Dan kerana kau tersangat sayangkan dia, kau tak mahu dia terus terseksa, kau merelakan dia pergi kepada kekasih lama. Kau yang terpinga-pinga tanpa sesiapa pun yang peduli, tanpa dia sedar bahawa kau lebih terseksa. Betapa peritnya hati kau ditinggalkan.

Hari-hari kau sekelip mata berubah. Pandangan matamu mengubah dunia cerah menjadi kelam. Tawa senyum mu hilang. Jiwa kau kacau, hati kau berdegup kencang. Tiada satu perkara pun yang kau mampu lakukan termasuklah tidur makanmu. Kau tak akan mampu tidur apabila di kepalamu berlegar segala angan dan kenangan. Anganmu musnah. Kau rancangkan keluarga yang bahgia bersamanya namun semuanya punah.

Hatimu terasa mati. Tiada sesiapa yang mampu membuat kau bertenang. Semua orang disekelilingmu, katalah apa saja, bersabar, bertenang, pasti ada hikmah dan apa saja. Semuanya tidak mampu mengubati hatimu. Doamu dipenuhi tangisan. "Ya Allah, andai dia jodohku bukalah hatinya untukku dan seandainya dia bukan untukku, bawalah dia pergi jauh dari ingatanku". Mulut membaca doa namun hati seperti tak mahu meredhakan. 

Mendengar suaramu sejenak membuat jantung berdenyut lega walaupun cuma beberapa detik.


11 November 2011

17 Kisah Yam Yang Comel

Pada suatu hari saya berjalan-jalan. Tiba-tiba saya terjumpa dengan seorang lelaki pelik yang bernama William. Setelah berkenalan barulah saya tahu mengapa dia pelik. Dia pelik kerana telah dicampur aduk dengan darah Portugis, benih papa nya.

Saya pun berjalan-jalan lagi bersama Yam. Yam adalah William kerana dia menyuruh saya memanggil dengan nama demikian. Saya pun berasa pelik lagi kerana ia berbunyi seperti haiwan keris di kaki. Tetapi biarlah sebab Aiman pun tak kisah.

William dan kawan-kawan

Pada suatu hari lagi, kami berdua pun berkenalan dengan ramai gadis yang cantik. Kata Yam, dia suka melihat gadis yang bertudung kerana mereka menawan dan membuat dia tertanya-tanya tentang sesuatu di sebalik tudung itu. Saya pun tidak faham tetapi mungkin rambutlah yang dimaksudkannya. Saya pun ada banyak rambut tetapi pendek.

Yam kata dia paling suka gadis yang lemah lembut dan sopan. Gadis yang pendiam juga menawan katanya seperti seorang gadis yang selalu diam itu. Tetapi yang paling saya tidak boleh lupa adalah Yam suka melihat pipi gebu tembam. Kata Yam pipi gebu comel. Saya pun tidak tahu mahu berkata apa lagi, lalu saya pun bersetuju dengan Yam.

Saya pun berasa riang sekali lalu saya pergi bermain layang-layang bersama Yam. Yam pun sangat gembira. Saya berharap dapat mengajar Yam membuat kapal terbang kertas pula di lain hari. Sekian.

10 November 2011

15 Manusia Terbang Ditangkap


Ekceli kawe tok tau nok apdet mendo gapo. Dem! Takdok idea, bolok palo kawe. Nyakyo kan. Tapi ado teme blogger nok kawe aplod gambo. Takdok gambo best pom. Kawe takdok maso. Lo ni ambik ja gambo maso lepak kat pantai Ganu hari tu. Bele-bele ja. Best gak main flying kick ni. pecoh telo gok ni. Sekian