online counter

22 Oktober 2011

17 Suatu Fakta Yang Perlu Dijadikan Iktibar


Ada juga pembaca yang tak berpuas hati dengan entri aku sebelum ini. Maaflah, aku tak berniat nak mengusik perasaan korang. Tujuan utama aku hanyalah untuk memberi kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya pernilaian secara relevan. Ada jugak yang kata dengan membayar cukai adalah sumbangan kepada negara. Aku bayar cukai jugak der. Adakah itu sumbangan kita? Aku cuba terapkan jiwa patriotik dalam diri dan berharap kita semua sama.  

Negara kita kini boleh dikatakan hampir terbahagi kepada 50/50 kuasa memerintah. Mungkin juga boleh dikatakan dalam keadaan berkonflik secara dingin. Dilihat pada pelbagai perhimpunan dan demo yang riuh kebelakangan ini. Lihat pula kepada negara-negara Arab masa kini. Semua berturut-turut mengalami krisis pemerintahan. Aku tak ingin mengulas lebih banyak. Cuma nak kongsi mengenai sebuah nota yang mungkin boleh menyedarkan kita semua, Rahsia Pergolakan Pemerintahan Negara-negara Islam Arab.

Kita tak mahu menjadi seperti mereka. Telah kucar-kacir dan agaknya bilakah akan pulih semula? Siapa yang layak, siapa yang mampu memulihkan keadaan? Wallahualam

11 Oktober 2011

21 Menilai Secara Relevan


Apa yang tersirat itu Wallahualam. Aku bukan berdebat untuk mana-mana pihak. Cuma kali ini ingin menulis kerana terbaca sesuatu tadi. Ringkas saja, telah banyak sumbangan dan usaha para pemimpin, membela dan memajukan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Namun kini masyarakat berpecah-belah dan hanya tahu merungut. Namun lupa bertanya pada diri, apakah sumbangan diri kepada negara. 

Kawan, telah lama kita berbahas mengenai sebutir titik pena di tengah kertas putih itu tanpa mengambil kira betapa luasnya putih kertas berbanding sebutir titik di atasnya. Renungkan.