online counter

10 Ogos 2011

51 Puasa Yang Amat Lapar

Sejak dua minggu berpuasa, semakin hari Hamzah berasa agak lemas tubuhnya. Malah sejak kemarin beliau menikmati azab gastrik yang melanda perutnya. 

Lebih memeritkan hati lagi apabila dua orang rakan setugasnya Cik Tom dan Cik Jijah sedang dalam tempoh berdarah. Maka bercuti puasalah jawabnya. 

"Nyum, nyum, nyum!". Bukan bunyian maksiat, namun sekadar bunyi mulut mengunyah makanan yang enak. Cik Tom dengan lahap mengunyah makanan yang dibelinya dari Bun House pada pagi tadi.

"Cis! Musim kelaparan yang mencabar!", Keluh Hamzah. Di hatinya berniat untuk bersahur di siang hari. 

Seperti kebiasaannya, hari-hari bekerja Hamzah yang amat membosankan selalunya akan dihiasi dengan aktiviti mengambar yang sangat mengujakan. 

Cik Kamera memang teman yang setia. Beliau merakamkan setiap detik aksi Cik Tom yang menikmati makanan yang enak pada siang hari itu sehingga menimbulkan rasa lapar pada jiwa Hamzah.

Aksi umum yang seperti mana dilakukan Cik Tom seumpama menjadi iktibar kepada semua beribu pembaca blog. Namun bagi penulis pula, beliau sentiasa bersiap sedia menghadapi serangan daripada Cik Tom yang juga selaku blogger yang akan membaca entri lapar ini.