Pergerakan di waktu petang yang hening itu sangat tidak menyeronokkan bagi Azhar bersama dua beradik yang lain.
Azhar yang tadinya merancang untuk menggambar gadis bikini di pantai telah ditegah oleh Joyah dan Minah (bukan nama sebenar). Dia agak menyesal mengajak budak berdua bersamanya yang hanya ingin merakamkan gelagat manusia di jalanan.
![]() |
| Sekadar gambar eksyen |
Tidak pernah serik, Azhar pernah ditumbuhi ketumbit pada matanya gara-gara aktivitinya menskodeng pasangan kekasih yang berlaku romantik di hujung pantai tahun lepas. Sengaja bersikap nakal bersama rakan-rakan, mereka bersama memasang teropong pada muncung kamera mereka.
Berbeza dengan dua beradik yang lain, Joyah dan Minah memohon teropong panjang hanya khas untuk memerhatikan alam.
Walhal abang mereka Azhar sudah mula jemu merakamkan alam, menunggu suatu suasana yang unik itu mulai membosankan. Setiap gambar yang diambilnya tampak normal tanpa menghasilkan nada wow padanya, malah pada pemerhati.
"Jom amik gambar pakcik tu". Terdengar Minah kecoh sambil menunjuk lelaki tua yang berkerut dahinya. Memetik gabus meraih para dermawan.
"Pemerhati dapat merenungkan sesuatu tentang erti hidup". Tambah Joyah dengan nada matang.
Minah hanya tersenyum memandang Azhar dengan sindiran. Puas mereka menyindir Azhar.
Suasana ketika itu tidaklah begitu serius seumpama mendengar ceramah di dewan kuliah. Seperti kebiasaannya, Azhar sempat mencekik tengkuk Minah sebelum mengenakan karate lembut pada bahu Joyah.
Minah hanya tersenyum memandang Azhar dengan sindiran. Puas mereka menyindir Azhar.
Suasana ketika itu tidaklah begitu serius seumpama mendengar ceramah di dewan kuliah. Seperti kebiasaannya, Azhar sempat mencekik tengkuk Minah sebelum mengenakan karate lembut pada bahu Joyah.
Mereka berjaya merakamkan suatu kisah kehidupan yang agak berbeza berbanding kisah gambar gadis bikini yang ingin dirakamkan Azhar.
****

