online counter

31 Mei 2011

56 Projek Wedding 28 dan 29 May

Aku tak sempat maklumkan lebih awal. Majlis pernikahan pun dah selesai dengan jayanya. Malah, sudah tentu aku hanyalah seorang jurufoto di dalam kisah ini. Bersama aku adalah seorang jurufoto yang tak femes seperti aku juga. Ok, jangan marah der. Tiba masanya kita akan femes juga, kalau dah profesional (dalam mimpi).
Ini semua gambar yang aku ambil waktu malam. Semua ada gangguan bayang-bayang.
Dah la color balance masih tak master, kali ini  pula sesuatu yang aku tak puas hati adalah shadow pada subjek yang sangat mengusik jiwa. Nampaknya kali ini kena belajar teknik strobe pula.

Alat dan teknik permainan cahaya yang aku tahu adalah seperti strobe, bounce flash, reflector, spotlight dan yang tercanggih dengan cahaya sekata adalah studio lightning set. Teknik bounce flash pun aku tak lulus lagi, apatah lagi strobe. Ada sesiapa teman-teman yang nak tunjuk ajar?

27 Mei 2011

36 Header Teman Cik Amirah

Header ini direka untuk Cik Wan, teman kepada Amirah. Tempahan lulus, orang kata free money. Guraulah!

Ekceli aku dah mula malas nak buatkan header. Tapi kerana Amirah kekasih gelapku, maka aku buatkan jugak header kawan dia. Cewah, aku tipu bab kekasih gelap tu.
Itu dia blogger The Journey of Life, Cik Wan kita.
Walaupun dah agak malas merekabentuk header, tapi permohonan free design header daripada TOP 10 COMMENTATOR sentiasa terbuka. Umpama janji, aku kena kotakan. Mesej mohon cepat! 

26 Mei 2011

26 Fotografi: Menentukan Color Balance

Color Balance akan menentukan kesamarataan dan ketepatan warna pada gambar. Selain itu, ia mampu merubah iklim pada gambar biasa yang mana akan menjadikannya kelihatan menarik atau pun sebaliknya.
Baiklah, ini kisah sebenar. Adakala aku 'ter'ambil gambar yang kelihatan biasa saja. Oleh itu, aku nak belajar editing gambar. Gambar kiri adalah gambar asal daripada kamera. Subjek pada gambar asal agak kekuningan. Gambar kanan telah diedit untuk menentukan color balance. 

Akhirnya aku memilih gambar asal kerana aku masih tak mahir menetapkan color balance. Hasil tak menarik langsung. Sesiapa boleh tunjuk ajarkan aku atau kongsi pendapat dan cadangan, komen-komen.

17 Mei 2011

24 Sejarah Kejayaan

Ini dua orang sahabat aku. Geng yang bersama mereka itu adalah anak-anak yang mereka didik sejak darjah satu. Sekarang sudah pun mencapai tingkatan satu. Datang ke sini menuntut janji anugerah kejayaan daripada dua geng cikgu.
Seperti kata karyawan Usman Awang, sejarah kejayaan seseorang tokoh itu bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarkan tulis-baca.

Kenangkan semula, disebalik kejayaan kita ramai yang berjasa. Maka mereka itu jangan pernah kita lupakan.  Kenang jasa pasti diberkati. Selamat hari guru kepada semua warga pendidik dan semua individu yang pernah mendidik aku.

15 Mei 2011

29 Langkah Memperkemaskan Blog

Aku dapat mesej. Seorang blogger meminta aku untuk menunjukkan cara rekabentuk blog yang cantik. Tak tahu macam mana nak jawab. Mungkin aku patut jawab, buatlah bagi cantik. Blog aku pun tak cantik. 
Ini jerangkap samar
Aku bukan pakar bab ini. Cuma apa yang aku pentingkan adalah kekemasan termasuklah nampak bersih dan teratur. Muka cantik tapi tak kemas, adakah orang nak pandang? Maka perkemaskan dahulu dan seterusnya cantik itu adalah pakej.

Fokus utama blog adalah pada entri, sebaik-baiknya warna latar putih atau seumpamanya dengan font warna gelap. Mata normal membaca tulisan atas kertas putih. Namun sebaliknya seperti photoblog Aku is Aku, warna latar hitam bertujuan mengalihkan pandangan mata ke arah gambar. Dalam istilah fotografi disebut focus point dan POI. Namun warna font yang terlalu kontra akan menyakitkan mata. Elakkan warna font yang terlalu cerah.

Susun atur secara strategik.Widget yang terlalu banyak akan menyebabkan blog kelihatan serabut. Pilihan widget bukan sekadar syok sendiri. Banyak sangat yang perlu diterangkan tentang pilihan widget. Nanti kita akan bincangkan kemudian. Seterusnya, ada baiknya font dalam bentuk yang kemas dan mudah dibaca.

Semoga entri ini dapat membantu. Sekian.

09 Mei 2011

52 Foto Makro Hasil Dari Tukang Skodeng

Aku kongsikan pandangan sudut lensa ku di sini. Cewah, seperti nak buat dokumentari hidupan haiwan pula. Mungkin boleh membuat kajian mengenai proses laki lalat mengorat awek lalat.
Geng lalat buah pun pandai bergurau, berlakon jadi joki kuda agaknya
Aku tahulah apa yang sedang terjadi. Geng lalat  sedang melakukan proses pembiakan di situ. Ok, banyak melalut. 

Cuma ingin kongsikan tentang fotografi makro. Perkara menarik tentangnya adalah jurufoto merakamkan aktiviti hidupan mikro, yang mana tidak mampu dilihat secara jelas dengan pandangan mata normal. Ia dikongsikan dalam bentuk gambar dan dilihat dengan lebih nyata.

07 Mei 2011

42 Aku Adalah Aku, Aku Punya Cara Sendiri

Berhadapan dengan masa hadapan adalah amat membimbangkan. Sejak zaman sekolah, aku suka berteman dengan orang dewasa. Seorang rakan berkata, masa hadapan agak panjang dan ia agak kabur.
Gambar sekadar eksyen.
Aku faham kesulitan yang dihadapinya. Seorang suami yang baru sahaja bergelar bapa berhempas pulas mencari rezeki mencipta kesenangan hidup untuk anak isteri. Sesekali timbul rasa iri hati melihat kejayaan  temannya yang lain. Dia mulai sedih mengenangkan nasib diri. 

Lain orang, lain nasibnya. Kisah begini mempengaruhi perasaan dan pemikiran aku. Namun, syukurlah kesedaran begini membentuk aku hingga ke hari ini. 

Sudah tentu aku juga ingin membina keluarga sendiri namun aku juga belum mencapai kejayaan. Jasa ibu bapa tidak semudahnya dilupa. Mereka wajar didahulukan.

04 Mei 2011

37 Mengintai Ladybird

Beberapa hari ini aku sembunyi daripada blog. Aku  asyik celaru saja hingga menjadi-jadilah hobi mengintai.
Aku skodeng benda ni.
Aku tersenyum melihat gambar-gambar 'Noob' yang aku aplod dulu. Nanti bila aku sudah terer, pasti aku akan ketawa melihat gambar ini pula.
 
Aku nak tunjuk gambar kapel lalat sedang bermanja. Tapi asyik lalat saja, minggu lepas lalat juga. Sudah tentu menyampah nanti.

Baiklah, entri apa entah. Motif nak apdet blog yang telah sepi. Namun tanpa mood. Sekarang aku celaru, asyik celaru. Ini semua kisah tentang perancangan strategi masa depan yang kalut. Sekian.