online counter

30 Mac 2011

33 Header Blog Biskut Cipmo

Header untuk blog Biskut Cipmo. Aku tak tau blog yang mana sebab dia tak bagitau. Dia tak nak kongsikan link blog. Malu katanya.
border adalah dari template AKU is AKU: halakan mouse pada header.
Aku asyik buat kaler pink. Ekceli diorang yang nak. Dia nak rupa macam header  blog seseorang yang aku pernah buat sebelum ni. Rasanya tak adil macam tu. Aku kena jugak buat kelainan sedikit.

Aku bingung sikit nak susun aturkan benda-benda yang dia sebut seperti laptop, iphone, heels, kereta dan dslr tu. Bila banyak sangat, takut jadi banner iklan jual barang pulak. Nak mengelak benda ni jadik, aku letak wording di setiap benda tu. 

Harap Cik Biskut Cipmo Suka. Sila komen. Sekian.

29 Mac 2011

36 Aku Boleh Berhenti Merokok

Beberapa hari aku pergi, sibuk hingga tidak sempat mengadap ruang ini. Kepergian aku serba sedikit memberi kesedaran tentang erti kehidupan. Baiklah, bercerita mengenai "kesedaran" dan "azam". Aku tidak mahu definasikan secara teliti kerana aku mahu kau renungkan sendiri.
Brunei kata ditegah.
Aku pernah menjadi perokok tegar dan berhenti kerana kesedaran dan azam. Antara lain yang agak membantu di sini. Sekian.

25 Mac 2011

30 Ya Allah, Haruskah Aku Memohon Dipermudahkan Jalan Hidupku?

"Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMu, namun tak upaya menghadapi api nerakaMu. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku, sesungguhNya engkau mengampunkan dosa hambaMu". 

Selalu membaca ini dahulu. Maaf, aku agak emosi di Subuh hari ini. Terus terang, sesekali memikirkan tentang hala tuju hidup aku, membuat aku menangis. Sekian

22 Mac 2011

48 Template Baru AKU is AKU

Blog ini sedang bercelaru kerana baru sahaja bertukar rupa. Terus terang aku tak sampai hati nak ubah sebab dah lama aku mengadap template lama tu. Ekceli nak ubah warna jugak. Warna putih meningkatkan prestasi kelajuan dan umumnya mata manusia sudah biasa membaca teks hitam di atas latar putih. Harap maklum (Hentam ja).

Namun memandangkan banyak entri lama yang aku warnakan teks putih secara manual, automatik blog aku akan jadi blog kosong latar putih + teks putih. Terpaksa kekalkan warna asal.
Gambar Eksyen: Ini template kedua sejak awal tahun 2010 hingga sekarang. Sedih pulak. Aku jenis setia tahu.
Template yang aku dengan perasan merasa ia agak strategik namun celaru sangat. Sekian.

21 Mac 2011

30 Kualiti Kamera Bajet Nikon S3100

Nikon Coolpix S3100 Digital Camera (Purple) (Free Case + 8GB Memory Card)
Harga di Shashinki Shop
Nikon Coolpix S3100, kamera ultra slim yang sangat style dan agak berkualiti. Lebih menarik lagi ia mempunyai efek filter yang agak menarik seperti fisheye lens, miniature, selective color, soft dan cross screen.
credit to Nikon Malaysia Site
Antara fungsi lain yang menarik seperti mode pet portrait dan subject tracking.

Spesifikasi
  • 14 Megapixel
  • Sensor jenis CCD
  • Lens wide-tele, 5x zoom (26-136mm), f/3.2-6.5
  • ISO 80, 100, 200, 400, 1600, 3200
  • Macro close-up 10cm
  • Saiz Imej 4320 x 3240
  • Video HD 1280 x 720
  • Anti Getaran (Electronic VR)
  •  Bateri/220 shot
  • Harga: RM488
    resize photo for sample: credit to nikon
    Indoor
    Outdoor
    Macro close-up


Rujukan harga terkini di Shashinki Malaysia online shop.

19 Mac 2011

32 Isteri Muda Berpelajaran Sangat Pakar Berdebat

Suasana perdebatan sering kedengaran di sini. Ini bukan pertandingan yang dianjurkan. Cuma perdebatan bebas di peringkat rumah tangga. Biasalah isteri punya ijazah. Dinyatakan suami jangan tegur tanpa fakta kukuh jika tidak mahu jatuh terbidas. Akhirnya telinga merah lidah kelu jiwa merana membara.
sekadar gambar eksyen:
Isteri penawar jiwa di rumah. Tanpa itu, tidak hairan kebarangkalian suami buang tabiat di luar.
Jika ingin harmoni, cubalah hormat-menghormati. Isteri menyatakan pendapat itu wajar, tapi bagaimana dengan pertandingan perdebatan ingin menang? Sudah termaktub suami itu sebagai ketua keluarga. Dua ketua persaingan jadinya.

p/s: Bukan kaunselor namun sekadar memberi pendapat dengan jiwa yang cool. Kau yang sedang baca juga punya pendapat tersendiri bukan?

16 Mac 2011

47 Lama Menyepi Akan Dilupakan

Boleh eksyen macam ni?
Dah berapa hari tak update blog. Bila blog selalu senyap populariti akan jatuh, trafik turun menjunam. Adakah aku akan aktif seperti dulu? Dah cukup banyak aku motivasikan diri tapi jawapan masih "entahlah". Kawan-kawan lama dah sepi, aku turut terpengaruh.

Bagaimana pun, aku masih bersemangat untuk update blog ini sebab kamu  dah follow aku. Kamu follow mestilah sebab nak ikuti entri terkini blog aku kan. Sebab itulah aku mesti update dan menulis di sini. Betul tak? 

"Eh tak, ekceli follow nak jadi kawan saja", kata  Pak Abu. 

"Weh mana ada. Aku nak ramaikan follower aku, kau tahu folo molo", kata Timah pula. 

Alahai, entahlah. Inilah perjuangan blogger. Sekian.

12 Mac 2011

52 Kemampuan Membuat Keputusan

"Entah", "mungkin", "kurang pasti", "tidak boleh" adalah suatu perkataan yang disukai ramai. Sama ada untuk menjawab persoalan, tanggungjawab, amanah mahu pun kemampuan diri. Percayalah, jawapan ini tidak menarik untuk didengar.
Pemimpin berkaliber semestinya punya keyakinan menolak perkataan seumpama tersebut. Kebarangkalian hasil hitam atau putih diteliti dan dengan yakin menetapkan keputusan.

Malah harus sedar bahawa membuat keputusan itu perlu melalui beberapa proses untuk peroleh hasil yang teguh.  Cuba bina ketrampilan diri. Bersama kita nyatakan, "ya, aku boleh buat!".

10 Mac 2011

48 Hanya Mampu Tersenyum Mengenang Masalah

Biar jiwa kacau, serabut, namun mampu tersenyum bila direnungkan. Geleng kepala. Ketika ini terkenang segala pahit manis memori sejak kecil. Mengeluh? Inilah kitaran hidup. 
Sekadar gambar eksyen
Hanya mampu terus berjuang dan semoga mencapai kejayaan.

08 Mac 2011

38 My Life Photo Contest 1

Aku telah terpanggil oleh Faien dan Cik Ros untuk sertai contest oleh blogger My Life. Nak join sila rujuk sini.

Ini gambar dan syaratnya perlu ada caption bermula dengan ayat "I hope..."
"I hope everyone will find the straight way. InsyaAllah".

Aku menjemput 3 rakan lain untuk turut serta. Sekian. 

06 Mac 2011

40 Aktiviti Mobile Blog Melalui Smartphone

Aku terima cadangan dari seorang blogger yang meminta untuk sediakan ruang subscribe email dan mendaftar feedburner. Pengguna mobile terima alert daripada emel dan membaca artikel dalam format feedburner yang lebih ringkas. 

Namun untuk memberi ulasan, pembaca masih perlu masuk ke halaman blog yang amat berat bagi  sesetengah pengguna smartphone. Langkah mengatasinya, aku telah menetapkan format blog dalam bentuk mobile web
Antara muka blog AKU is AKU di mobile web

Mudah untuk menetapkan format ini. Caranya, login ke draf.blogger.com. Klik setting>email&mobile. Pada ruang 'show mobile template' tandakan yes kemudian save setting.

Di ruang itu juga ada tetapan untuk membolehkan blogger menulis entri dan posting melalui emel. Itu tetapan untuk blogger tegar ok. Tegar sebab lepak dekat kedai kopi pun sempat nak update blog.

Aku dah letak ruang subscribe di sidebar di atas ruang follower, khas untuk pengguna smartphone. Lepak kedai kopi sambil layan entri AKU is AKU. Sekian.

03 Mac 2011

43 Fill flash atau Silhouette ketika Golden Hours?

Golden Hours bukan bererti saat emas atau saat mengumpul kekayaan. Tapi ia adalah saat yang dinanti oleh para fotografer. Secara ringkasnya, Golden Hours adalah saat di mana matahari terbit (sunrise) dan senja (sunset).
Ehem. beware! Fotografer tengah posing.

Baiklah, ketika ini fotografer boleh menggunakan teknik fill flash atau silhouette untuk menghasilkan gambar. Fill flash akan menampakkan wajah subjek manakala silhouette akan menampakkan bayangan sahaja.

Para fotografer pemotret model biasanya mengutamakan teknik fill flash kerana subjek utama adalah model. Fotografer kaki landskap lebih menyukai silhouette dengan menekankan suasana natural ketika itu.

02 Mac 2011

31 Cara Pasang Header Blogger: Kekalkan Kualiti Imej

Header menjadi kurang berkualiti, kabur dan kelihatan berbintik setelah dimuatnaik. Terutama header yang  ada efek gloomy dan glow. Ada cara untuk mengelakkan masalah ini. Rujuk rajah di bawah.
klik untuk tumbesaran

1. Cara 1-Cara biasa, upload gambar terus dari komputer. Cara ini akan mengurangkan kualiti gambar.

2. Cara 2- Cara terbaik untuk mengekalkan kualiti imej. Upload gambar ke  web gambar atau entri blog. Kemudian copy url imej dengan cara right click dan klik 'copy image location' untuk copy url imej. Paste pada ruang 2.

3. Cara terbaik untuk menggantikan blog title kepada header. Rujuk rajah ruang 3.

4. Tandakan shrink to fit agar kelebaran header sesuai dengan kelebaran template. Cara ini juga akan mengurangkan kualiti imej.
Untuk mengelakkan pengurangan kualiti. 
Gunakan cara 2 dan anda perlu mengubah saiz gambar sebelum upload, mengikut saiz kelebaran sebenar header anda (seperti yang digariskan pada rajah). 

Perlu diingatkan adakala nilai kelebaran yang dinyatakan tidak tepat. Maka perlu rujuk kelebaran template anda dan tolak 40px untuk menentukan kelebaran header anda. Selamat mencuba.

01 Mac 2011

36 Karya Header Untuk First Impression

Maaflah, aku ambik masa beberapa hari untuk siapkan header Kak Nhar dan Siti atas masalah peribadi. Di dunia blog ini berbagai cara untuk menarik trafik dan salah satunya aku dah ciptakan first impression untuk blog mereka. Kau mesti tak perasan setiap kali nampak blog yang lawa, otomatik kau nak follow.
Nak kenal dengan Kak Nhar boleh ronda blog Wajah Rahsia Hati Nhar. Rekaan yang tak komplikated sangat sebab pertimbangkan kematangan Kak Nahr.

Siti agak nampak aktif. Tema header ini atas permintaan dia. Kereta putih dan heel hitam. Aku tak pasti apa maksud dia. Mungkin boleh difahami bila kau ronda blog Da Sweetest Things.

Boleh copy url header kamu di sini. Header terbaru Kak CtPayung pun dah upload di link tu. Kak Ct kata tak nak header ranggi sangat. Akhirnya aku asyik buat dan delete sebab tak puas hati dengan hasil yang tak menjadi. Akhirnya aku buat lebih simple.