Kau tak pernah rasa bagaimana peritnya apabila orang yang kau kasihi mengaku bahawa hatinya dimiliki orang lain terutamanya kekasih lamanya. Setelah bertahun kau memupuk rasa kasih kepadanya, kini tanpa belas kasihan dia menyatakan perasaan disebaliknya. Lebih kejam lagi bila sedikit pun tidak kisah wujudnya kau di sisinya. Kau yang dalam kebingungan tak terkata apa-apa dengan kejutan yang kau hadapi. Jantung bagai nak pecah, hancur luluh.
Dengan mendengar tangisannya, kau merasakan betapa terseksa hatinya. Kau tak mampu berbuat apa-apa. Dan kerana kau tersangat sayangkan dia, kau tak mahu dia terus terseksa, kau merelakan dia pergi kepada kekasih lama. Kau yang terpinga-pinga tanpa sesiapa pun yang peduli, tanpa dia sedar bahawa kau lebih terseksa. Betapa peritnya hati kau ditinggalkan.
Hari-hari kau sekelip mata berubah. Pandangan matamu mengubah dunia cerah menjadi kelam. Tawa senyum mu hilang. Jiwa kau kacau, hati kau berdegup kencang. Tiada satu perkara pun yang kau mampu lakukan termasuklah tidur makanmu. Kau tak akan mampu tidur apabila di kepalamu berlegar segala angan dan kenangan. Anganmu musnah. Kau rancangkan keluarga yang bahgia bersamanya namun semuanya punah.
Hatimu terasa mati. Tiada sesiapa yang mampu membuat kau bertenang. Semua orang disekelilingmu, katalah apa saja, bersabar, bertenang, pasti ada hikmah dan apa saja. Semuanya tidak mampu mengubati hatimu. Doamu dipenuhi tangisan. "Ya Allah, andai dia jodohku bukalah hatinya untukku dan seandainya dia bukan untukku, bawalah dia pergi jauh dari ingatanku". Mulut membaca doa namun hati seperti tak mahu meredhakan.
Mendengar suaramu sejenak membuat jantung berdenyut lega walaupun cuma beberapa detik.

24 Komen:
ooOOOooo mennnnn
sabar.
aku merasai nya.
dah,tabah
sedih bace...mcm nk ngis pun ade...hope kmu dpt lupakn dia..:)
@Liz
men men men.. sabar saja aku. haha
@thebeybeh
spt yg aku ckp la. langsung x mengubat perasaan aku. but tq :)
@syafiqakarim
tq
@Fairus
kalu awk sedih, sy lg sedih.. terima kasih atas perhatian awk
sasa...
ikhlaskan saja ye..
kalau fikirkan pasal masa manis kita memang rasa sesak dan sebak..tapi fikirkan satu atau lebih perkara yang kita tak suka tentang dia..
pikirkan hari2..
@diana
semuanya baik aja kak.. aku lebih sebak bila teringat betapa caring dia dgn aku masa dlu.
dlu jd dr. jiwa aku. skg jiwa aku kacau lg, siapa yg akan jd dr jiwa aku lg? aku x expect org lain. nk dia jgk
Sabar......
sasa jgn sedih..eyka kan adee..hehe :P
rinduu woo samee dy..sombunk :(
Ui.... Aku ingat kau ini tabah... Aku pun pernah kecewa sebelum ni... Teruk, sama teruknya dengan apa yang kau rasa. Aku kononnya redha, tapi jauh di sudut hatiku aku 'terlalu' mengharapkannya... Bila aku makin hari makin memikirkan tentang ini, aku sedar aku makin jauh dari Tuhanku, Penciptaku...
Ah sudah. Kalau dia itu bikin aku jauh dari Penciptaku, aku rela kehilangannya, kehilangan cintanya, berbanding kehilangan cinta Penciptaku...
Panjang komen kali ini. Sebagai teman, aku sayangkan kau. Semoga bertemu 'ketenangan'. Ingat, Allah ada bersamamu. Sentiasa...:)
@Eyka
bkn sombong tp harap faham situasi skg tgh kecelaruan tanpa arah rasa x menentu
@Zurina J.
tq zue.. aku harap bleh kongsi cerita dgn ko lepas ni. aku tiada sesiapa lg skg tanggung derita ni. slumber ja dia tinggalkn aku sndiri slps bg semua harapan.
aku tenang sekejap selepas solat, mengadu dgn Allah. tp sedetik pastu jantung ku berdegup pantas. betul2 sebak
@Sasa Al-Sharif, aku akan sentiasa ada untukmu, untuk teman² yang perlukan aku. Aku faham perasaanmu. Sangat...
Walau apa pun yang kau rasa, semua tu sekejap jak. Mula² memang nda okay, nda lama makin okay, lepas tu okaylah tu seperti sedia kala.. Ada pembelajaran di sana....:)
@Zurina J.
tq zue.. semangnya teman yg ideal..
aku x sanggup suda bincang pasal ni
dah rasa..
ditinggalkann bila jumpa yang baru,
5thn xde pape makne bila dia bru kenal seseorang x sampai 5 bulan...
1nasihat yang sy masih pgg,
"nanges la puas2, pecah kan cermin , lemparkan brg, tumbuk pokok jika perlu, tapi ingat, esok kau masih kena bangun.."
be strong abg sarip... sy pon still lawan nak buang perasaan sedih.. susah, tp x mustahil..
do whatever suits you.
nangis.
hancurkan barang.
terajang pokok.
terpulang.
apa yang penting, jgn berlama2.
dan jgn memilih utk tak bangun esok pagi.
FynnJamal responded 6 months ago
@♦♦orked♦♦
wani, abg igt lg masa ko cerita pasal ni dlm ruang ko dlu. mcm dah bertahun ko sedih. abg x dpt bayangkn apa jadi dgn hidup abg. abg pernah rasa sakit jgk sblm ni masa sekolah dlu. 5tahun abg merana. smpai x lalu mkn & sekolah. tp skg ni abg dpt rasakn yg ni lebih perit lg sbb abg dah diberi harapan. klu nmpk abg kurus, perempuan la penyebabnya
Sedih. Awak, saya faham. Saya juga pernah rasa macam ni, sesenang hati dia saja nak balik kepada yang lama..
Susah tu memang susah nak menghadapinya tapi saya berjaya tanpa ada sesiapa pun tahu saya menderita pada masa tu. Saya boleh kuat, mengapa tidak awak?
Waktu tu saya rapatkan diri dgn TUHAN.
selalu mainkan lagu tiada lagi yang ku inginkan,
biarlah aku sendiri tanpa dirimu
Awak kena rasa diri awak lebih bernilai. Pada waktu macam ni kita rasa macam kita macam tak guna, kan.
Awak juga kena fikir macam ni, dia yg rugi kerana pergi meninggalkan awak, orang yg sayang sgt pada dia. ALLAH nak dengar rayuan awak kepada-NYA.
Kalau boleh, awak kata macam ni pada dia, 'awak tak kan dapat orang yg sayang awak lebih daripada saya sayang awak.'
Semoga ujian ini membuatkan awak bertambah kuat =)
ada betulnya orang-orang ni berkata..
"cinta juga.. bisa membuatkan lelaki menjadi lemah.. "
Sabarlah sasa..
jangan sedih2 lagi..
apa kata ko pergi menembak.. boleh aku tatap hasil tembakan ko yang awesome2 tu..
busykan diri dengan Sang Pencipta... semoga hati menjadi semakin tenang..
tapi siyes.. macam tak caya benda camni jadi dekat ko.. aku rasa dulu.. korang ni cam loving couple je..
Dalem banget sih bang..
Toro-arts
follback ya,,,,,
darwinthuaku.blogpot.com
Catat Ulasan