Alasannya masih cintakan kekasih lama, akhirnya aku ketahui kekasih lama telah pun berumah tangga. Dia berjaya membuat aku bersimpati, lalu membebaskan dia. Sejak kami berjauhan dulu dia pernah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan seorang rakan sekelasnya. Dengan kepercayaan yang ada, aku membenarkan kemahuannya.
Aku tak sangka kepercayaan yang aku beri dibalas dengan sedemikian rupa. Wanita yang aku sanjung hormat selama bertahun mengkhianati aku. Perit sekali rasa ini, malah lebih perit lagi apabila kaca ku sangka permata. Aku mencipta cita-cita bahawa dia bakal ibu kepada anak-anakku, membina hidup bahgia.
Aku semakin lemah, mungkin sedikit rasa benci akan mampu membakar semangatku untuk melupakan dia. Namun aku benci diri aku kerana tak mampu membenci dia walau sedikit pun.
Aku amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu dan mendorong aku untuk melupakan dia. Kawan-kawan, aku masih tak mampu melupakan dia. Semangat yang kamu ungkitkan, dialah yang rugi kerana membuang aku. Dia tak akan bertemu lagi seseorang yang benar-benar sangat menyayangi dia seperti aku menyayangi dia. Memang benarlah aku bermula dari sebelum kejayaannya, selepas kejayaannya barulah orang terhegeh-hegeh dengan dia.
Seperkara lagi, aku seorang yang kelakar, selalu memeriahkan suasana, baik hati, suka mengambil berat hal orang lain, tak suka kekasaran, penyayang kepada wanita dan sahabat. Tiada sesiapa lagi yang lebih riang daripada aku. Maaflah, aku perlu memuji diri untuk membangkitkan semangat seperti kata rakan blogger ini sha my heart. Semangat aku sedikit bangkit.Terima kasih.

43 Komen:
redha lah...terima kenyataan...mungkin ada orang lain yg lebih sesuai buat Sasa...kerana Allah telah memasangkan kita dengan pasangan yg sesuai dengan kita. Jodoh itu misteri. Kita tidak akan tahu kesudahannya...
Semoga kembali bersemangat !!!
agree with adrenalina..
bangkitlah kembali.. raihlah cinta Sang Pencipta terlebih dahulu.. pasti dengan cinta-Nya akan menemukan kau dengan seseorang yang sememangnya diciptakan untuk kau nanti.. InshaAllah..
hokeh! apa aku mo ckp utk kasi senang ati mu aa..tp sebenarnya dia mmg rugi..no worries..org yg meninggalkan ko nih bknlah yg terbaik..satu ari nnt ko akan dpt yg lebih baik akibat sifat lebih berhati2 mu d lain hari..nda pecaya? pecaya laa..
di mana sasa yang dulu...?????
kalau akak ada di sebelah kamu,
akak pukul2 kamu..
kalau boleh nak rotan sekali.
sabarlah awak. ada yang terbaik untuk awak dan bakal anak anak awak nanti. Allah jadikan semua ni ada hikmahnya.jangan bersedih yea..semoga kembali senyum dan bersemangat menghadapi hari hari mendatang:)
pasti ada sinar kebahagian nanti. insyaAllah :)
utk mlupakan org yg penah kite syg mmglah xmudahkan.tp xpe.biarkan masa yg ubatinya.
xcukup setahun,dua tiga dan seterusnya.
sy pun ambik masa 3tahun.tp ttp xlupa2 juga.haish.;p
sejak2 ni kau...err.kau...err..
apa2 ingat tuhan.
takdir itu jadi indah bila kita redha. ikut flow bro! insyaAllah, bahagia ada di depan.
ikhlas :
kakCT
maknanya dia bukan yg terbaik untukmu...
insyaallah yg terbaik untuk menjadi surimu akan hadir juga nanti
mungkin ada hikmah.
bersabar.
yakin, yang lebih baik menunggu kau di depan..:)
sa ba ra.... sabar!!!!
Allah ada bersama kita. Allah ada. Dia sentiasa ada untuk kita dan tak pernah meninggalkan kita. Dan Tuhan itu tahu mana yang lebih berharga buat kamu. Tabahlah.. Ini semua dugaanNya. Kalau dia benar jodohmu, pasti Tuhan kembalikan dia kepadamu. Kalau bukan dia jodohmu, Allah ada peganti yang terbaik untuk kamu. (:
sabar ye =)
Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me.
Thanks!
Joel Houston
JHouston791@gmail.com
Salam.
sy dpt rasakan. dn ianya mmg sakit.
sb sy juga pernah, sedang dan masih rs yg sama. konklusinya, membazir. membazir kasih sayang.
ape2 pn sy slalu pesan dgn diri saya. 'Jgn bersedih sb Allah sedang merancang sesuatu yg hebat utk diri sy' dn Allah juga mgkin merancang sesuatu yg hbt utk awk.
My greetings from France! After visiting your blog, I could not leave without putting a comment.
I congratulate you on your blog!
Maybe I would have the opportunity to welcome you on mine too!
My blog is in french, but on the right is the Google translator!
good day
cordially
Chris
http://sweetmelody87.blogspot.com/
http://joyeux-noel-sweetmelody.blogspot.com/
jangan bersedih ya sayang..
kau cukup bagus untuk itu,bro.
kekalkan saja kerna pasti ada yang terbaik untuk kau.
kunci kejayaan ko adalah smangat ko sendiri, disusuli kwn2 dan family.
ada yang lebih baik untuk kau bro..
cuma mungkin belum masanya Tuhan mempertemukan kamu.
usah dikenang orang yang mengkhianati perasaan kita.
be strong la ye...
sedeyh lorhhhh...
but u must be strong okeyh..
(:
kadang2 Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan petir dan kilat..kita tertnye-tnye kemana hilangnya matahari.rupa2nya Allah datangkan pelangi...
jika x bersama lagi bukan bermakna dia x baik cuma dia bukan org yg sesuai utk kita.. dont give up.. percaya pada kelebihan diri sendiri untuk memiliki org yg lebih layak suatu hari nanti...
semua ada hikmah. mungkin ada yang lebih baik. huu, memang senang untuk memberi nasihat, tetapi untuk menerima agak susah. tapi tu lah lumrah. be strong ya! ^_^
Hey !! Nak mintak tolong boleh x ? Tolong klick ni erkk . http://www.churpchurp.com/Nurkiasatina/share/optimak5-launch
jgn mgajar membenci kerna jika membenci makin sakit dihati n sukar lagi melupakan...cuba belajar merelakan dan redha dengan segalanya...ALLAH maha mengetahui...mungkin ade insan yg lebih baik dari dia.....insyaallah.....:)
saya berada di tempat yg sama mcm awak 5 bulan lepas.tapi bile pikir2 balek,cinta pada Allah tu yang lebih menenangkan dan sampai bile2 pon Allah xkan n xpernah khianati hubungan dgn hamba-Nya.bersabar byk2 ye,mungkin Allah da tetapkan org laen yg jaoh lebih baek dri dia satu hari nanti.insyAllah:)
Allah telah berjanji tidak menjadikan sesuatu i2 sia2.
setiap kejadian adalah warna warni kehidupan ini..
;)
Rezeki, jodoh dan ajal ditentukan oleh Allah. Begitulah pepatan yang sering diucapkan orang.
Saya sudah follow blog anda yang bagus ini di Google Friend Connect (No: 4767). Silakan follow balik.
awak adlh yg terbaik... :).. die mmg rugi.. so lakukan yg terbaik.. kalau boleh awk perlu berlagak mcm tanpa die awk mampu hidup..
Wooowww..., this blog very cool ..., i like it
if u have time visit n follow my blog
herry-tan.blogspot.com.. thanks
nice blog,,b strong k:)
yup...percaya dgn diri sndiri. u deserve much more better person than her^_^
sabar yea..
insyallah nti awk akan jumpa org yg betul2 syg kan awk..
banyakan berdoa..
Pokok Manggis Depan Rumah
Assalamualaikum..sabar lah..ALLAh tahu apa yang terbaik..teruskan berdoa..Insyaallah satu ari nnti akan jmpa someone yg btol2 hargai awak..Insyaallah..Dont let the past make you down..Life must go on..Perjalanan masih jauh..teruskan berjalan..nak berlari pun boleh..hehhe..fighting!
syahdu je baca perenggan2 atas tu..sekali perenggan bawah sekali, awak da bejaya buat saya gelak sorang-sorang...
anyway, your friends are right. it's her who's LOST!
salam.. tiap sesuatu ada hikmahnya.. Allah menguji kita kerana Allah sayangkan kita.. mmg kalo d beri pilihan, pengalaman ni yg tak mahu d alami.. tp apa bole buat, KITA insan yang terpilih.. mungkin dia baik, namun yang akan datang pasti lebih baik.. insyallah.. berdoa n terus berdoa.. doakn bt saya jg yea.. kita serupa.. :)
it's hard rite?
Tuhan kan Maha Mengetahui...
u'll glad 1 day that all these things happen to u.. :)
sabarrrrr
OK,SAYA MEMENUHI KRITERIA TULISAN KALER MERAH TU...SILA HUBUNGI SAYA.....*********TAXIIIIIIIIII!!!!!!
Catat Ulasan