online counter

11 November 2011

17 Kisah Yam Yang Comel

Pada suatu hari saya berjalan-jalan. Tiba-tiba saya terjumpa dengan seorang lelaki pelik yang bernama William. Setelah berkenalan barulah saya tahu mengapa dia pelik. Dia pelik kerana telah dicampur aduk dengan darah Portugis, benih papa nya.

Saya pun berjalan-jalan lagi bersama Yam. Yam adalah William kerana dia menyuruh saya memanggil dengan nama demikian. Saya pun berasa pelik lagi kerana ia berbunyi seperti haiwan keris di kaki. Tetapi biarlah sebab Aiman pun tak kisah.

William dan kawan-kawan

Pada suatu hari lagi, kami berdua pun berkenalan dengan ramai gadis yang cantik. Kata Yam, dia suka melihat gadis yang bertudung kerana mereka menawan dan membuat dia tertanya-tanya tentang sesuatu di sebalik tudung itu. Saya pun tidak faham tetapi mungkin rambutlah yang dimaksudkannya. Saya pun ada banyak rambut tetapi pendek.

Yam kata dia paling suka gadis yang lemah lembut dan sopan. Gadis yang pendiam juga menawan katanya seperti seorang gadis yang selalu diam itu. Tetapi yang paling saya tidak boleh lupa adalah Yam suka melihat pipi gebu tembam. Kata Yam pipi gebu comel. Saya pun tidak tahu mahu berkata apa lagi, lalu saya pun bersetuju dengan Yam.

Saya pun berasa riang sekali lalu saya pergi bermain layang-layang bersama Yam. Yam pun sangat gembira. Saya berharap dapat mengajar Yam membuat kapal terbang kertas pula di lain hari. Sekian.

17 Komen:

Hanis Azla berkata... [Layan!]

saya rasa suka membaca cerita awak, yam dan gadis-gadis cantik itu.. he..he..

ibuintan berkata... [Layan!]

Yam suka gadis bertudung dan pemalu

Sasa pulak suka yg macam mana?

diana berkata... [Layan!]

saya juga suka pipi yang gebu.kalau pipi yam gebu pasti saya juga menyukai yam.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Hanis Azla
tiba2 saya pun mahu menulis cerpen seperti kak hanis. kisah tentang yam. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ibuintan
saya juga suka yang baik hati dan sopan santun. pakai baju jubah & ayu lg menawan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
pipi yam nampak cekung sedikit dalam gmbr. saya pun berasa pelik juga

Faaein Talip Roy berkata... [Layan!]

hahaha.. dah rasa macam aku baca karangan budak darjah tiga aje ni.. ;p

aduhai yam.. dalam banyak-banyak nama. Yam juga yang kamu mahu..

ghost writer berkata... [Layan!]

ada tanda-tanda dah tuh..

Ieja berkata... [Layan!]

hehe..memang comel :)

btw, salam perkenalan

KaK LimAh Si SupiR berkata... [Layan!]

ahak3..alahaiiii yam..nt jgn bwk yam p mkn nasik ayam plak :P

Danilo Sergio Pallar Lemos berkata... [Layan!]

Gostei de seu blog, estarei sempre participando.
wwwsabereducar.blogspot.com

- berkata... [Layan!]

Latest News Updates Bollywood, Hollywood, Dating & Fashion
Online Bollywood News and Reviews
http://www.onlinebollywood.net/

Kedai Lalaland berkata... [Layan!]

Hahahha...LOL..

Liz berkata... [Layan!]

apa kabar????? :)

ema berkata... [Layan!]

saya suka cara anda mceritakan cerita ini. hehe

ctpayong berkata... [Layan!]

Yam singkatan untuk William...hehehe...mmg comel cerita dan watak dalam cerita ni.

Ilmu Komputer dan Teknologi berkata... [Layan!]

Artikel yang bagus nih,
Mantap.

Berhasil Follow yang ke 5381 follback yah

By Adie Konoe