online counter

15 Mei 2011

29 Langkah Memperkemaskan Blog

Aku dapat mesej. Seorang blogger meminta aku untuk menunjukkan cara rekabentuk blog yang cantik. Tak tahu macam mana nak jawab. Mungkin aku patut jawab, buatlah bagi cantik. Blog aku pun tak cantik. 
Ini jerangkap samar
Aku bukan pakar bab ini. Cuma apa yang aku pentingkan adalah kekemasan termasuklah nampak bersih dan teratur. Muka cantik tapi tak kemas, adakah orang nak pandang? Maka perkemaskan dahulu dan seterusnya cantik itu adalah pakej.

Fokus utama blog adalah pada entri, sebaik-baiknya warna latar putih atau seumpamanya dengan font warna gelap. Mata normal membaca tulisan atas kertas putih. Namun sebaliknya seperti photoblog Aku is Aku, warna latar hitam bertujuan mengalihkan pandangan mata ke arah gambar. Dalam istilah fotografi disebut focus point dan POI. Namun warna font yang terlalu kontra akan menyakitkan mata. Elakkan warna font yang terlalu cerah.

Susun atur secara strategik.Widget yang terlalu banyak akan menyebabkan blog kelihatan serabut. Pilihan widget bukan sekadar syok sendiri. Banyak sangat yang perlu diterangkan tentang pilihan widget. Nanti kita akan bincangkan kemudian. Seterusnya, ada baiknya font dalam bentuk yang kemas dan mudah dibaca.

Semoga entri ini dapat membantu. Sekian.

29 Komen:

faten suhaida berkata... [Layan!]

saya suka baca blog yg latar putih even blog saya kaler hitam :)

d_LA berkata... [Layan!]

kalo x pndai reka template wat latar putih je kan cam dla..haha..nak buat kaler2 takut mabuk nak baca nt..

Pijahh' de-Arr berkata... [Layan!]

wahh ko apply kn pmbjrn fotogrfi y dlm blog..

=D

Eyka berkata... [Layan!]

erk2..blog eyka kemas tak?? :)

samizul.net berkata... [Layan!]

Selagi blog bukan self-hosting, maka jawapan utama ialah membuat pemilihan template yang terbaik n berkesan dengan cita rasa pengguna n mungkin sebahagian besar pengunjung. Template ialah tiang serinya. Lepas tu, baru perbaiki yang lain. Semua ni perlu di eksperimen. Memakan masa.

Bab susun atur, aku tengok blog Bro Ben [alaa, blogger pemes tu, hihi] bukannya teratur sangat. Template pun biasa2 ja. Ni pandangan aku lah. Simple tetapi tetap masyukkk.. ^^,

Faaein Talip Roy berkata... [Layan!]

wah.. doktor blog kita sudah berkata2.. hehehe.. tu lah.. skang ni tgh cuba gak nak ejas warna tulisan kat dalam blog tu.. hmm...

ibuintan berkata... [Layan!]

terima kasih cikgu!

kebetulan pagi tadi tukar kaler latar ke putih seputihnya dan biru untuk header... dua2 my peberet kaler

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@faten suhaida
sebenarnya aku nak tukar kaler blog ni jgk jadi kaler putih. tp ada kesulitan sbb banyak entri lama yg fontnya telah aku warnakan putih secara manual. nanti entri jd kosong la jawabnya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Pijahh' de-Arr
ikut logik jgk. banyak photoblog berlatar belakang gelap. mgkn tujuan mereka sama

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Eyka
soalan tu susah nak dijawab la. orang tak layak jadi juri lagi. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@samizul.net
aku kurang faham maksud ko "selagi bukan self hosting". tp memang x dinafikan self hosting jadi tarikan jgk. zack zukhairi pun pakai blogspot jgk.

pasal bro ben, aku bukan peminat setia. tp aku kurang setuju pandangan ko ttg blog dia. aku rasa susun atur dia strategik. dgn sidebar mula dgn ruang pengenalan kpd penulis, promosi blog & iklan, ruang penghargaan/bloglist <-- di situ strategi dia kalau ko perasan

diana berkata... [Layan!]

nak bagi kemas senang je..
kurangkan wiget..
dan buat kotak2 untuk sidebar..
jangan pakai template yang ada gambar..
tu cara akak la..

syafiqakarim berkata... [Layan!]

beb.ko rs blog aku ok tak?
kdg terpk nak ubah.tapi xsanggup la.
haha.tade masa dan idea.

mber aku a.k.a musuh,muka
semua hot.tapi nauzubilla pengoto.
ada je org pandang.apa cer beb?haha.

oh,lain topik.ok bai.

ghost writer berkata... [Layan!]

dulu kan,sebab teruja punya blog sendiri macam2 nak letak.sekarang kalau boleh biar nampak lapang sikit.

white rose berkata... [Layan!]

salam buat jejaka kesunyiaan aku ni...

wallaweeii, rindu seiyh sama kamu...
kamu punya cerita kurang keceriaan laaa...

aku tau, kau rindu sama aku kan...
hahahaha...

sasa, kau sehat ke?

Hanis Azla berkata... [Layan!]

mmg entry ni byk membantu.. bolehlah akak perkemaskan lagi blog akak nanti.. Thanks sasa..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@syafiqakarim
memanglah. sebab tak kenal. nampak cun nanti kawin suami tensyen

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
rinduuu!! hehe.. lama menyepi cik ros ni. ini entri formal la. ekceli ceria jgk sbb masa menaip sambil tersengih2

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Hanis Azla
selamat mencuba :)

ayie berkata... [Layan!]

yela.. singgah blog ni sbb pic dia sangat besh,, kamera canggih la dikatakan..hehe

blog saya tersusun tak(tetibe nak join kene audit oleh cik sasa..hehe)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ayie
tq bro. ekceli aku tak layak nak audit blog org. spt yg aku kata, blog aku pun tak cantik mana.

tp ada baiknya buat entri pertanyaan secara jujur kepada semua pelawat blog ayie-fikri

chunna berkata... [Layan!]

ermm.. mau mintak en.sasa tolong komen ape yg patut n yg x patut dkt blog cikai sy tu boleh ka? sy sanggup menerima teguran. sy budak baru belajar. tolong tunjuk ajar=)

sumpit berkata... [Layan!]

bagus ni. hebat.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@chunna
permintaan sukar tu chunna. tp blog chunna tu ok jgk sebab senang dibuka. cepat loading

a t i E n a b E r n ! berkata... [Layan!]

belog sasa memg makin kemas la .hehehe . da lame x dtg sinih trase beze nye . Hehe :D

Nyssa Nuar berkata... [Layan!]

Wah, nnt kalo mintak sasa komen psl blog NN masti nyk giler kan komen nye..hehehe

Bunda Daffa-Ghazam berkata... [Layan!]

salam kenal.
kalau saya, paling bingung kalau mengatur / menempatkan letak widget.. :)

Aziz Syaidahtul berkata... [Layan!]

@Bunda Daffa-Ghazam hehe, sama la..last2 mcm mo delete ja smua

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Aziz Syaidahtul
seperti jgk format membuat karangan atau menulis surat rasmi. umumnya bahagian teratas adalah pengenalan. kemudian isi2 penting dan akhirnya penutup. agaknya boleh diaplikasikan susun atur widget