online counter

25 Januari 2011

41 Peperangan DSLR Pro: Canon 1D Mark IV dan Nikon D3X

Pertama sekali aku nak kata yang aku bukan nak perbandingkan dua model ni. Sebab sememangnya aku belum layak jadi pengkritik. Aku cuma nak perkenalkan benda ni.
dslrphoto ada cerita pasal benda ni lebih lengkap. Model Nikon D3X dan Canon 1D Mark III, terbaru 1D Mark IV

Kedua-dua model yang disebut adalah kegilaan ramai fotografer. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Bergantunglah kepada fotografer, yang mana lebih jadi keutamaan. Kualiti gambar tak payah cakap. Agaknya 50x ganda keupayaan DSLR separuh kecik aku tu.

Yang lebih menarik, kamera gedabak ini amat sesuai untuk fotografer yang berbadan sasa kerana ia amat menyeronokkan ketika mengantung benda ni di tengkuk dengan berat 1.2kg. Bayangkan shoot event guna benda ni. Lelah beb!

Tidak seperti DSLR yang lain kedua benda pro ni tidak mempunyai flash dalaman. Almaklumlah boost ISO tahap tinggi gila babi. Gambar sepetang ibarat siang. Nak guna flash, pakailah external flash yang gedabak tu, yang mana akan menegapkan lagi bahu fotografer yang memikul.

Malah lebih seronok ketika mana ditanyakan harganya kepada taukeh kedai. Canon 1D Mark IV serendah RM16,888 dan Nikon D3X sejumlah RM29,988 tanpa lens. Lagi sebijik, Nikon D3S juga RM16,888. Oh aku muda lagi, aku tak sudi beristerikan kamera. Sekian.

41 Komen:

Sumandak Kinabalu berkata... [Layan!]

Dahlah besar gedabak, harga pun bisa merobekkan akaun bank...hahaha
But alah membeli, menang memakai. Kalau nak jadi serius or nak pergi jauh as a photographer, kena beli juga kot...

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

mak ai...harga dia sangant cantik dan teristimewa...boleh majlis perkahwinan tu

LuLu berkata... [Layan!]

hahahha kelaka la the way u explain :P tp mmg btol, xpyh la nk beristerikan camera2 ni. nak kawen nti pn takde la guna byk duit sgt kn. hish gile mahal.

diana berkata... [Layan!]

mahalnye..
esok nak beli la..

ayat belagak!!hehe..
akak kan suka berangan...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Sumandak Kinabalu
memang teringin mau serius, tapi setakat termampu ja la. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan
betul tu. sebab tu kata tak mau kawin dgn kamera. harga tu boleh cover majlis kawin.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@LuLu
tak formal sangat kan. dah biasa dgn perangai loyar buruk ni. alahai pandang2 ja la, harga boleh buat majlis kawin

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
itu bukan ayat berlagak. itu ayat nakal la kak. hehe

ibuintan berkata... [Layan!]

hah.. enam belas ribu, alaa sokgi boleh beli, tadi baru dapat tujuh belas ribu hinggit...


... sampai pencen pun tak rasa la

efa berkata... [Layan!]

mak ai...bru nk teruja tgk kamera dslr ni..tp aduss gila mahalnya....yg 1 ribu keats and 3 ribu pon tak dpt eh den nk belinya eh..ni berapa mahal lol....ngis dlm ati tgk kamera dslr ni uhuk

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ibuintan
beli yg biasa ja. tak payah beli yg super pro ni. makin besar makin rumit. if tiada basic konpem tak boleh ambik gmbr dgn kamera ni

white rose berkata... [Layan!]

hahahaha...
ayat penutup tu dah bunyik mcm org terdesak nak kawin...

oh, APAKAH maksud yang sbenarnya...
miahahahaha...

sekian...

serius, aku tak tahu pasal kamera ni...tapi yg pasti aku ade nampak seorang mamat berbadan sasa (tapi bukan SASA) yg membawa kamera tersebut...

mak aih, gedabak besarnya kamera tuh...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@efa
beli dslr yg biasa ja, jenis entry level. benda yg aku tunjuk ni pun kalau belum khatam bab photography memang susah nak guna

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
bukan terdesak. saja nak aset untuk alam perkahwinan dan ianya bukan benda ni.

nanti dah kawin, usaha lagi utk benda ni.

awek2 yg nmpk lelaki sasa pikul kamera ni patut ambik tindakan sbb dia byk fulus

d_LA berkata... [Layan!]

perghhhhh..harga die..mkn megi 4thn la kalo cani..wuwuuu

beaty berkata... [Layan!]

Alamak gedabak besar ni ...Waw..Sasa mau tanya ni ko guna DSLR apa??

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@d_LA
tawa dalam tangisan. gembira dan puas hati dgn prestasi kamera yg dimiliki dan menangis tgk akaun bank. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@beaty
macam angkat bata ni. aku pakai kamera cap ayam ja. haha..

EB berkata... [Layan!]

Pergghhh lau dpt ni mmg syukur alhamdulillah la..
Lau ada Datin tmpt aku keja ni nak sponsor aku.. Aku tnpa segan silu stuju tp maafkn aku andai aku suda memilik dia maka Datin itu pasti aku lupai.. kerna dia bgtu seksi.. Bgtu lawa.. bgtu indah.. Arrrgghh... 1 masa nnti... 1 masa nnti..

biskut berkata... [Layan!]

aku lebih sukakan model nikon...kecil tapi ternyata masih punya kelebihan.

laziras berkata... [Layan!]

mahal tapi kualiti dan puas hati

falia shazana berkata... [Layan!]

teringin nak memiliki camera tu.. tapi tak mampu lagi..hukhukhuk.. :(

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

pergghh.

very expensive maa..

hehehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@EB
sama bro, agaknya bila dah kawin. masa tu baru estimate

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
ekceli lebih kurang ja sizenya bro. tp harga super-pro Nikon DLSR sangatlah lumayan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@laziras
macam cerita bisnes ja tu geng. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@falia shazana
beli yang jenis entri level ja. kan dah kata benda pro ni seberat 1200g. penat tau

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

Masya-Allah mahalnya huhu..yg ada ni pun mcm x larat, yg tu lagi la..:)

NAJ HEBAT berkata... [Layan!]

tak kawen lah aku..

atau.. kawen ngan kau. Buat hantaran. Boleh?

E.d.Y berkata... [Layan!]

pergghhh..mahal giler..bek beli kete lg bagus

Afzainizam berkata... [Layan!]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu

wehhhhh duit bukan ukuran minat punya pasal.... tapi mmg mahal sesangat lerrrr aku tak mampu wehhh

Toyin O. berkata... [Layan!]

Very nice looking camera, thanks for sharing.

vaithis berkata... [Layan!]

hi... dari dulu saya terigin nak beli camera "biasa aje...", tapi sampai sekarang i tak dapat belinya... mesti ada halagan...

camera mana yg bagus ye... untuk keguna sendiri...

i dah followu... follow me also ye...

♥ eyka elisha ♥ berkata... [Layan!]

phewww~hrga dia..leh wt down pyment kete sbijik.haha!
(bro,nikon 3100 ok x agk2?sbb rse cm nk agkt sbijik ^^)

LennMommaChubby berkata... [Layan!]

wahhhh... mahallah...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@NAJ HEBAT
buat hantaran? argghh tidak. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Afzainizam
tepuk dada tanya RM. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@vaithis
dslr bajet boleh cek canon 1000D atau Nikon D3000, atau terbaru Nikon D3100 tp bajet besar sikit

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@♥ eyka elisha ♥
ya, itu model baru nikon. cuba compare dgn canon 550D jugak. 550D mcm kat profil pic aku tu. belum ada masa nak compare :)

The Geeks berkata... [Layan!]

salam kenal yaaa..
thank you :)

college of computer berkata... [Layan!]


I'm really enjoying the design and layout of your website.
Qassim & QU