online counter

20 Januari 2011

34 Kerjaya dan Karakter Positif

Kesinambungan daripada entri Kelayakan Akademik atau Keterampilan Diri. Ada yang tersalah faham dengan tajuk kerana aku bubuh perkataan "atau" di situ.

Baiklah, nak tegaskan sekali lagi. Akademik adalah yang utama manakala ketrampilan diri adalah nilai tambah kepada sesiapa yang ingin berkerjaya. 
Lomografi versi budak pulak. Amat sukar membentuk atitud namun di bangku sekolah jawapannya adalah ini (ko-kurikulum).

Umumnya, aku suka labelkan dua jenis karakter dalam pekerjaan iaitu aktif dan pasif. Kau faham bezanya bukan? Individu pasif jenis yang suka dipandu dan diberi arahan. Tidak sesuai jadi kapten seperti Jack Sparrow yang sangat aktif. (Kapten lanun dalam cerita wayang).

Membentuk karakter ini memang amat sukar terutamanya apabila ianya merupakan sifat semulajadi. Misalnya pendiam dan pemalu. Pernah nampak seorang ulat buku pendiam kan? Ada sesiapa punya ciri ini sila perbaiki untuk maju. Jadi seorang periang dan peramah ok.

Sesetengah individu punya sikap yakin dan berani. Namun sebaliknya ada pula manusia pasif yang suka gunapakai perkataan "entah", "tidak pasti", "mungkin" atau "takut". Lagi satu, aku tak ajar kau jadi over-confident ok. Adakala ianya memakan diri. Kebarangkalian penilai akan anggap kau seorang tegas atau degil, lain orang lain pandangannya.

Manusia yang suka mengarah atau sebaliknya. Tidak suka mengarah tidak semestinya tiada kualiti kepimpinan. Perkara ini amat sukar dinilai kerana sejuta macam sifat manusia. Aku sendiri tidak suka mengarah. Yang suka mengarah pula, boleh jadi pemimpin yang berkualiti atau boleh jadi jugak seorang yang pemalas. Kalau boleh, tangan dia pun nak suruh orang basuhkan selepas makan. 

Cukup untuk membuka minda dan sedikit kefahaman di situ. Aku tulis banyak nanti automatik jadi jurnal pulak. Dem! Teringat zaman buat esaimen dulu. Wajib ada teori, fakta dan bukti. Bagus sebab ilmu bertambah.
 
Ingat ya, akademik adalah yang utama. Rajin belajar sambil tu perlu bersosial, ikut program luar universiti, persatuan, kelab dan sebagainya. Kalau boleh cuba sandang jawatan, cabar diri jadi pemimpin. Jadi pengarah program atau persatuan pun lagi cun. Semua itu akan membentuk daya kepimpinan, keyakinan diri, kualiti komunikasi dan berbagai lagi. Ringkasnya ketrampilan dan atitud yang positif.

34 Komen:

tim berkata... [Layan!]

mau tambah 1.

.be a good team player.

ALFALORA MOHD MUSTAFA berkata... [Layan!]

kita harus lebih "terampil"....hehe...

erk ...ya anda org ke 11 yg sy rindu..hehehe..wekkk!

biskut berkata... [Layan!]

teras psikologi yang baik nih...
perlu ditambah bagi yang berkerjaya,adanya sifat integriti...

white rose berkata... [Layan!]

betul tuh...
aku dlu bkn plajar yg bijak pun...

bila aku dah keje ni, ketrampilan diri makin menyerlah...
bila dah menyerlah secara autonya pengetahuan & ilmu makin bertambah2...

aku ade banyak amik gambar2 dak pengakap nih...
tapi gune kamera digital je...

ijat_asni berkata... [Layan!]

salam 1blog (boleh camtu ?)

meh la datang menjenguk blog ijat
http://ijatasni.blogspot.com

^________^

hee~
nice to meet u ^^

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@tim
hah itu konpem masyuk. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ALFALORA MOHD MUSTAFA
ya saya sokong.. ok rindu aku tapi malu. aku tau tu.

ok gurau ja. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
ahaha.. betul tu bro. ekceli aku pun cakap utk diri aku jgk supaya jadi lebih baik :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
itu pengalaman. sebab tu pengalaman lebih diutamakan berbanding pelajar cemerlang sekali pun

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

yup..
betul tu der.

kita patut melatih diri untuk berdikari dan menjadi pemimpin untuk diri sendiri.

misSbLurRy berkata... [Layan!]

darjah 5 je masuk pengakap nie...eheheh

dan saya kekadang pasif kekedg over active...waaaa

ciskek berkata... [Layan!]

cik sasa, x bleh pasang lah cosing shoutbox tuh.
x tahu kenapa

izwan azman berkata... [Layan!]

nice.. :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Robot | Sakti
orait bro. mcm tu pun ok. ada semangat

ferra ferro berkata... [Layan!]

thumbs up ! =D

IxoR@ berkata... [Layan!]

hai pengakap....

sy pandu puteri...

hehehehe....

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@misSbLurRy
kita sama. aku jugak adakala jadi pasif berdasarkan mood

Fello Ariza berkata... [Layan!]

betul tuh...

sifat semulajadi mmg ssh nk diubah..

adehh..

mcm aku lah tuh..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ciskek
ok nanti aku cek

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ferra ferro
tengs :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@IxoR@
haha.. janji persatuan. tapi pengakap happening :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
haha.. sama la bro. aku pun adakala jadi pasif. sambil menulis ni sambil berusaha perbaiki diri :)

me3rma berkata... [Layan!]

kalu dimanfaat betoi3 memang sgat bg impak positif aktiviti koko..caiyok3

AtiEnAbErn berkata... [Layan!]

sasa :atien x mint jd pengakp .. he3 ......

♦♦orked♦♦ berkata... [Layan!]

saya aktif kadang2 je.. hehe

program sekolah angkat!!! tbe2 teringat.. hehe

laziras berkata... [Layan!]

Ini adalah Satu post idea yang cukup bagus untuk semua. Terima kasih Sasa. Bagi aku yang paling utama ialah attitude @ sikap. tak kita seseorang tu pasif atau aktif jika tiada attitude yang baik, kejayaan tiada baginya.

soffea berkata... [Layan!]

yup. setuju. akademik itu lebih utama. tapi untuk mencapai kecemerlagan akademik or even dlm apa pon, perlukan sikap n attitude yg baik. biar seiring~ kankan? :)

diana berkata... [Layan!]

masa sekolah akak langsung takde keyakinan dalam diri..
selalu rasa rendah diri..
selalu rasa diri tak penting..
buat apa2 kena melalui arahan..

bila dalam perbincangan kelas
selalu kata
"ikut suka korang la..aku ikut je.."
entah apa2 je..

bila dah kerja semua nye terus berubah..
sebab keadaan sekeliling yang memaksa ..
hehehe

Afzainizam berkata... [Layan!]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ketrampilan.... EEEEMMMM

bagi aku pentingnya ketrampilan ni dengan memberikan sedikit ruang untuk anda mencari identiti diri agar perubahan yang akan dilakukan kelak .... hidup perlukan perubahan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@AtiEnAbErn
its ok. tak minat pengakap, tapi ada minat yang lain pulak kan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@♦♦orked♦♦
kenangan tu. kita mula kenal daripada program anak angkat kita tu kan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
pengalaman bekerja jugak membentuk diri :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Afzainizam
sentiasa punya kesedaran untuk mengubah diri menjadi lebih baik :)

redzuan berkata... [Layan!]

nice netri bro :) pengalaman byk mengajar kita.

GEMPAR LELAKI BERWAJAH ALIEN DITEMUI DI PAKISTAN.