online counter

31 Oktober 2010

29 Kisah Depth Of Field

Aku balik kepada asas. Sebelum ni ada yang tanya tentang benda Aperture ni. Walaupun dia tak sebut benda tu Aperture, ada pula yang menyangka  gambar yang dihasilkan daripada manipulasi aperture adalah hasil daripada komputer edit. Ekceli tiada kena mengena dengan edit-edit segala. Contoh hasil manipulasi Aperture seperti gambar di bawah ni. 
Benda ni orang panggil DOF (Depth Of Field). Kali ni Wani jadi mangsa bergambar. Harap ada la yang ambik dia jadi model kanak-kanak lepas ni. Neway dia bukan kulit gelap, Pic Style kat kamera aku yang buat macam tu sebab dah setkan hard color tone. Tambah lagi dengan aku tak terer ambik gambar.

Apa tu DOF? Mengikut yang aku faham DOF ni suatu jarak yang termasuk dalam kawasan fokus. Misalnya gambar tu, Wani berada pada jarak fokus (di hadapan). Budak-budak yang di belakang tu berada pada kawasan luar fokus atau istilahnya Out Of Focus. sebaliknya jika aku fokuskan budak-budak di belakang tu, wajah Wani pula yang  akan jadi kabur (Tiada gambar contoh, lain kali aku tunjuk ok).

Benda macam ni boleh dimanipulasi menggunakan lens. Bukaan aperture di dalam lens boleh dibesarkan atau dikecilkan. (Ekceli Focal Lenght pun mempengaruh jugak tapi bab ni tak payah cerita dulu. Nanti paham tak banyak). Kau nak tau lebih tentang benda canggih ni baca lagi kat bawah ni.

30 Oktober 2010

5 Catherine Rela Menyelesaikan Isu Pembunuhan Bayi

Ekceli perkara ni dah lama jadi isu Cik Catherine. Dia ada menyatakan keinginannya untuk memelihara bayi yang dihasilkan secara haram di luar sana. Signboard yang dia cadangkan untuk diletakkan berdekatan pagar rumah beliau. Maka diharap selepas ni masalah pembuangan dan pembunuhan bayi akan berjaya dikurangkan sebanyak 200%.

Lebih membanggakan Cik Catherine sendiri yang propos dengan aku untuk merekabentuk signboard tersebut. Adakah pendekatan beliau mampu mengurangkan kadar pembuangan dan pembunuhan bayi? Aku agak benda ni akan meningkatkan kadar pembikinan bayi oleh mamat dan minah gersang di luar sana. Siap berpakat untuk membina kilang buat bayi. 

Kisah lanjut ada di sini

Kau semua jangan terpengaruh dengan kenyataan beliau. Kerana difahamkan beliau ada penyakit pelupa. Sekian isu terkini.

20 Ilmu Menjadi Laju

Kali ni aku nak kongsi mantera untuk berlari laju pulak. Ilmu ni sangat mudah bila dah amalkan mantera pasti akan terasa perbezaannya. Tapi sebelum tu kau tengok budak Carl ni dulu. Nampak tu hayunan tangan dan kaki laju macam Son Goku dalam cerita Dragon Ball.
Gambar tu sebenarnya sekadar hiasan aja. Tak lah laju mana, ekceli Gambar Eksyen yang dah aku hasilkan guna mode Shutter. Kononnya Slow Shutter 1/40 per saat untuk menunjukkan motion. Gambar ni seriusly tak perfect, dah aku ni tak terer. Otai kamera mesti kutuk aku banyak-banyak ni. 

Titik fokus aku sepatutnya pada muka subjek tu, tapi sebab aku lembab sikit, aku fokus kat badan saja. tu pasal yang muka ada blur sikit. Ringkasnya aku pakai 1/40, ISO100 

Ok, akhir sekali aku akan menunjukkan mantera untuk menjadi lebih laju. Sebelum tu nak pesan, kalau nak jadi laju kau kena yakin dengan ilmu ni, paham? Manteranya mudah saja. Bunyinya macam ni, "kau boleh aku pun boleh" atau "saya boleh, yakin boleh". pastikan ada perkataan boleh dan ada semangat keyakinan sekali. Mesti lebih laju berbanding sebelumnya. Lupa nak bagitau, kat TV pun selalu ada sebut benda ni. Selamat mencuba.

p/s: mesti ada yang menyumpah aku. "Cis, mantera macam celaka!". Minta mahap jangan sumpah aku


29 Oktober 2010

12 Tersandung Di Bawah Tempurung

Perkara serius, tiba-tiba tersandung di petang hari. Berodben down tahap menggila. Kalau bukan aku ni manusia nomad, dah lama aku ambik strimix, kau tau. Kau semua yang datang belasah aku di sini terpaksa rilek dulu menunggu aku bayar hutang esok-esok. Alahai, nak buka kotak menulis ni pun menyeksakan. Cis!..

Esok-esok tenet aku dah ok, nahas kau semua aku datang belasah blog kau pulak . Aku dapat geng baru, nampak kata-kata dia di shoutbox yang aku loding satu jam sambil tengok TV. Ada yang kirim salam kat aku. Mesti diorang dah perasankan kehenseman aku ni.

Ok la, penat aku mengadap laptop yang menggeramkan ni. Aku nak melalak kat dalam bilik dengan gitar otai... Nanti sejam kemudian aku try on balik. Tak laju jugak nahas la berodben kena maki hamun dengan aku.

[**UPDATE] akhirnya siap jugak loding gambar yang aku letak di page facebook blog aku tu..
Takkan cakap kosong aja kan. Sekurang-kurangnya ada sepuluh dua puluh kata-kata cuci dari aku.


32 Foto Pemandu Misteri

Bukan kisah tipu. Kisah ni dirakamkan pagi tadi oleh aku sendiri. Kau tengok dengan mata kepala kau sendiri gambar di bawah tu. Budak tu memandu kereta lutsinar yang cukup misteri.


Alahai kid, setakat pecut pakai gear 3 aja ingat dah boleh tanding dengan otai racer ni? Orang dah pesan pakai gear 6 tapi kau degil..

Tiada kaitan dengan ilmu untuk menjadi pelumba jalanan. Ringkasnya masa ni awal pagi. Jadi taklah cerah sangat. Bayang-bayang pun belum muncul. Untuk Shutter Speed ni aku guna 1/1000, F5.6 dengan focal length 28mm. Sebab masa tu bayang-bayang pun tak muncul (entah apa istilah cuaca ni, Overslide la agaknya) maka aku setkan ISO800. 

Ringkasnya 1/1000, F5.6, ISO800. 

Sekian. p/s: Jangan lupa pakai sitbel


28 Oktober 2010

26 Oi Follow Aku Woi, Kata Beliau

Hari ni kotak chating aku agak best, tiba-tiba ada beberapa Encik Blogger  yang datang dan kata "hai datang follow saya", ada pulak "jom ramai2 polo aku". Bahasa Mat Saleh pun ada, "hi, visit and follow me". Ekceli dulu pun ada jugak. Tapi hari ni luar biasa serentak beberapa orang.

Aku datang sebijik-sebijik blog diorang, tengok-tengok, best jugak, dah tu follow. Ada pulak follower  dia ada 3 orang aja. Lagilah aku follow, semangat nak support ni. Ekceli Encik Blogger tu tak follow aku pun, tak kisah lah. Ada yang baik jugak datang balik ucap terima kasih. Apa! terima kasih saja? Haha.. Aku gurau aja la. Keep in touch ya. Tengs sebab sudi jemput follow blog kau tu. Terasa macam YB pulak, siap dijemput walaupun tak pemes kan. Ya, aku tau lepas baca ni kau kata aku perasan. Aku gurau aja la.

Ada yang follow aku sambil info kat shoutbox, tengs aku datang follow balik dan salam perkenalan. Best jugak blog ni kan boleh buat ramai kawan. Harap suatu hari boleh jumpa.
Alahai, aku baru aja buat banner blog. Ekceli sebelum ni malas nak buat sebab nanti kalau dah banyak banner mesti masa loding blog jadi berat. Tapi oleh kerana tergoda dengan godaan otai-otai blogger yang femes tu, maka aku diracun untuk buat sekali. Tapi aku belum mengekscen banner aku dengan orang yang meracun aku tu, aku malu-malu kucing la pulak. 

p/s: aku rasa ayat kau tak cukup hebat la brader. kau patut tambah macam ayat bergaris  ni, "jom polo blog aku ramai-ramai, aku otai, kau tau?". atau "hai datang follow sy, blog sy hebat". Esok-esok kau buat la kat blog Kak Diana ka, Kata Kila ka. Kat red mummy pun best jugak rasanya. Diorang ni baik hati tau. (aku agak semalam mesti ada orang buat entri ayat macam ni tapi sebut nama aku. Aku agak aja la).

27 Oktober 2010

26 Foto Half Saturate

Macam ni lah suasana di sekolah di awal pagi. Rilek aja Cik Merah lepak kat situ. Body taklah seksi seperti Cik Evo tapi etlis isi perut masih boleh menerbangkan jiwa jugak, slow aja.


Gambar half saturate (separuh berwarna) yang mengarut ni mudah aja. Yang penting kau buka photoshop kat PC tu dulu. Nak tunjuk ni. Ada berbagai cara, biasanya orang pakai brush.

Tapi oleh sebab aku ni jenis pemalas nak edit ala-ala melukis, aku guna cara mudah aja. Cuma guna ejesmen Hue/Saturation tu.

8 Cara Buat Scroll Archieve Widget

Tiba-tiba buat tutorial kali ni sebab seorang kakak aku tu Sis Babyyats tanya Arkib aku tu. Aku nak kata tu jugak, blog dia dah cun tu. Tapi nak lebih canggih lagi.

Maka kali ni tema blog aku dah lari tajuk sikit. Tak nak cakap banyak. Langkahnya;
1. Masuk ke Dashboard> Design> Edit HTML
2. Backup templat dulu dengan mendownload full tempate. Takut tak jadi la kan.
3. Cek box Expand Widget Templates
4. Copy dan Paste kod biru tu sebelum kod ni .post-header-line-1 {  **Updated- boleh jugak paste di atas kod ni ]]>(/b:skin) (tekan Ctrl+F untuk cari kod merah ni)

/* Scroll box by Blogger Sentral START */
#BlogArchive1 .widget-content {
height: 300px;
overflow: auto;
}
/* Scroll box by Blogger Sentral END */                                                                                                           
                                                                                                                                         Ambik dari Blogger Sentral. Dah lupa link.

Kaler kuning tu ketinggian benda tu. Kau lantak la ikut sukati kau.
5. Klik Preview dulu untuk pastikan .tiada error.
6. Kalau jadi, kau save aja, apa tunggu lagi. Sambil kau jerit kat situ, "Yahuuu, aku berjaya!!"

*[UPDATE]
Tadi Cik Nuffnang call aku masa bersiap nak bergerak ni. Aku cakap la masa tak sesuai sekarang ni. Dia kata macam ni, "we have a proposal for you but its ok if this is not the right time". Aku ok aja, tapi teringin jugak nak tau apa benda tu? Alahai, dorang nak suruh aku daftar yuran kah?

26 Oktober 2010

40 Foto Abstrak Droplet

Hari ni bangun awal pagi terus ambik kamera. Dah lama kamera berbungkus dalam beg tu. Beberapa hari ni aku kurang mood untuk bercerita tentang hobi menggambar. Aku kalau takdak mood mula lah mengarut tak tentu pasal kat blog. Alahai, nak rilis tensyen konon. Nak dipendekkan cerita, maka terhasil gambar bunga di awal pagi tadi.
Aku agak gambar droplet ni boleh la dianggap sebagai foto abstrak kan. Entah la, aku ni suka melantak ikut kepala aku aja. Mesti ada yang kata komposisi aku tak betul, kenapa tak ambil gambar penuh bunga tu? Ekceli, subjek aku adalah titisan hujan. Surface pulak kelopak bunga yang kaler lembut tu.. Feel fresh kan.. Kalau ambik gambar titisan hujan atas konkrit boleh nampak segar tak?

Segarnya dunia persekitaran aku ni. Kau bayangkan sekali...... Tutup mata sambil tarik nafas.. Hembus.. Ulang seratus kali. Sekian

25 Oktober 2010

4 Anda Mungkin Terpegun Melihat Ni

Hari ni aku penat sangat. Bergerak ke sana ke sini.. Jauh pulak tu. Dari sekolah aku ke sekolah hujung kampung nun. Dah tu ke Opis Pelajaran. Alamak, terasa nak balik tidur. Meeting lama-lama sebab nak setel projek kami hari ni jugak. Semuanya setel jugak. Dah tu tiba masa aku terasa nak setel semua benda alah kat blog ni. Tag dari Encik Qhairi.

Banyak benda lain yang belum setel. Kempen, award, contest.. Alahai, nak sokong tapi lupa dah. Jawab soalan yang banyak ni. Terpegun ala-ala soalan exam PhD

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup kamoo?
~Agama, keluarga dan Cik Awek.. Encik Kucing jugak.
 
2. Benda yang terakhir kamoo beli guna duit sendiri?
~Terakhir sekali beli minyak kereta. Beli makanan lunch kat kantin. Benda tu dah kat dalam usus besar.
 
3. Di manakah tempat kamoo ingin melangsungkan perkahwinan dan tema?
~Rumah Cik Awek dan rumah aku. Tema sanding-sanding Raja.

4. Adakah kamoo sedang bercinta sekarang?

~Ya.

5. Berapa lama kamoo akan mencintai kekasih kamoo?
~Selama mampu.

6. Novel/ buku/ majalah yang terakhir kamoo beli?

~Buku Kematian


7. Apa nama penuh kamoo?

~Sy. Asri Ibn Sy. Al-am

8. Antara mak dan ayah mana yang kamoo lebih mesra?

~Ibunda

9. Adakah kamoo basuh baju sendiri?
~Encik Mesin

10. Bila tarikh  lahir kamoo dan kat mana kamoo sambut tahun lepas?
~13 April. Kat fesbuk

11. Bagitahu tiga perkara tentang orang yang tag kamoo?

~Baru kenal dia semalam. 
Aku ingat otak dia sewel jugak mengalahkan aku. 
Aku agak dia bukan gay.
Aku tau dia ada selipar jamban kaler kelabu.
 
12. Lima blogger yang kamoo nak tag:
Weh, engko layan benda ni. Wajib sapot aku. Wajib ok. Copy soalan dari Encik Qhairi.

24 Oktober 2010

30 Kegilaan Facebook

Siapa yang dah ketagih fesbuk, sila angkat tangan? Aku tau ada yang dah jatuh cinta tahap sawan kat fesbuk. Hari-hari fesbuk, siang fesbuk, malam fesbuk, makan fesbuk, tidur fesbuk. Aku agak, ada jugak kes tangan kanan suap nasi tangan kiri fesbuk.. Ouyeah, hidup fesbuk.. Tengah tidur mamai, "oh fesbuk sayang, kau lah segalanya, i lap u.. Aku harap esok pagi awek cun tu dah balas komen aku seratus kali". Bangun pagi, cuci muka ambik sarapan pagi dengan fesbuk.

Aku tiada kena mengena dengan kisah di atas, sila jangan silap paham dengan aku. Bunyi aku lain sikit,  agaknya macam ni "i lap u belog". Namun ada kena mengena sikit dengan fesbuk sebab dah buat benda ni.

Masih sunyi dan kosong. kepada sesiapa yang dah klik like tu jom maki hamun aku kat situ.

*[UPDATE] yang follow blog aku tanpa bersuara tu, dah tu aku tengok profil pun tak nampak blog link ngko. Ni macam mana aku nak kenalan dengan ngko ni? aku bab follow ni bukan sebab nak tayang sejuta follower. I follow & I make blogger friends ok. endesten? 

22 Oktober 2010

56 Ada Sesiapa Nak Baby?

Bukan sebarang iklan. Tiada kaitan dengan iklan pemerdagangan manusia. Apatah lagi iklan pemberian bayi secara percuma, langsung tiada kaitan.Kali ni aku dah terlampau mengada sangat.

Aku cuma nak tanya kau semua yang lepak membujang tu, korang tak mengidam nak dapat baby? Bila aku soal macam tu, aku tak maksudkan tentang kisah kapel tukang buat baby kat luar tu. Serius, aku dah mengidam nak ada baby sendiri.  Aku geng ramai dengan puan mama dalam blog ni. Ramai jugak geng mama yang asyik cerita tentang baby dorang kat blog. Geram sangat, aku nak baby jugak la.

Aku nak baby girl macam ni (Cik Awek kata dia comel).
Rambut panjang, tiap hari aku jadi perunding imej budak.. Usik rambut baby sana-sini. Pipi nak tembam, hari-hari pipi lebam tak boleh nak pulih. Dah tu mulut tak reti nak rehat, asyik menyoal aja. Konpem aku tak sunyi, sambil pening nak jawab.

 p/s: Ada kapel kat luar tu suka sangat buat baby, dah tu buang baby merata-rata. Dia tu anak kau bodoh.. Ok la, nak berenti dulu sambil berangan yang aku sedang lepak kat ruang tamu, agak selesa dengan baby dan bini aku. Aku belum kahwin sebab belum ada ruang tamu sendiri. Cis! Hampa..


21 Oktober 2010

25 Kisah Aku dan Doktor Jiwa

Sejak masalah aku dan dia hari tu, blog aku transpom jadi lain. Sekarang ni mesti kau dah mula boring baca laman aku ni. Member kamera, nanti aku dah lega mengeluh kat sini akan aku mula balik dengan cerita kamera.

Serius aku cakap, sebelum kenal Cik Awek, perangai aku ada sewel sikit. Perangai gila macam budak kecik. Kalau kau baca tajuk karangan gejala sosial konpem ada cakap faktor rakan sebaya. Yang tu ada kena-mengena dengan aku. Member punya pasal, semua perangai macam hantu sampai aku terjoin sekali. Tapi aku nak kata jugak, walaupun kami nakal tapi kami tak pernah buat benda bodoh ala-ala setan. Setakat sembang mencarut kat area umum tu tak la setan sangat kan.

Gambar lama aku dengan member. Masa ni dress ada skema sikit sebab nak pergi mengorat pensyarah. 
Aku nakal kat luar aja. Dalam jiwa siapa tau, aku jiwa kacau. Kau tak tau kan? Hanya aku yang tau.. Tiada kaitan dengan Jiwa Kosong Encik Noah Hujan. Tuhan pun tau..

Nasib aku baik ter' kenal dengan Cik Awek Doktor Jiwa. Ekceli dia pun untung jugak dapat kenal dengan aku yang macho lagi hensem ni. Aku masa tu masih study, dia dah keja tukang uli darah manusia. Awal tamat study, bajet otak terer la tu. Dah tu dia asyik kata aku perasan hensem, walaupun aku seriusly sangat hensem.

Baru-baru ni masalah peribadi aku dan Cik awek hampir ke tahap klimaks. Sebab aku nakal. Kau nak tau tak? Aku asyik nak jadi nakal sebab aku sunyi. Mula-mula dulu dia selalu temankan aku. Sekarang asyik sibuk aja. Nak kol dia, kena pakai tengok jadual. Kalau tak dia sembang macam  buat dunno.  Dunno tu bukan  kuih, maksudnya tak kisah sangat. Aku tak marah pun, mula lah aku main blog ni.

19 Oktober 2010

29 Kisah Jiwa Kacau

Rasa macam dah lama aku tak mengarut di sini.
Agak-agak camni la persahabatan aku dan Encik dan Cik Bespren masa sekolah dulu. Tapi tak la glamer macam dorang ni.
Aku sebenarnya tak suka cerita apa-apa masalah aku dengan sesiapa terutama dalam dunia realiti.  Tapi aku tengah jiwa kacau ni! Mula kisah masa sekolah, aku secara tak sengaja feel dengan Cik Bespren aku. Kisah pertama kali aku feel tahap sawan dengan seorang awek. Aku pendam, nak gila aku. Kat sekolah, hari-hari aku mengadap muka dia. Aku tak pernah nak kisahkan pasal perasaan aku. Nak kontrol rock konon, padan muka. Aku sangka cuma 'cinta monyet' macam yang jadi bahan buah mulut orang tu. (Ekceli aku rasa tak sesuai la. Ini di antara persahabatan aku, dia dan bespren yang lain).

Penyakit cintan tahap gila babi bila Cik Bespren pindah sekolah. Nak berfesbuk dengan dia pun tak boleh sebab fesbuk pun belum wujud lagi masa tu apatah lagi tenet langsung tak wujud kat rumah aku. Gila  betul, tiap malam nak nangis rindu dengan dia, nasib baik aku layan lagu hardcore sambil goncang kepala. Pergi sekolah pun dah jadi malas, mentang2 la masa tu tahun depan nak SPM. Sejak dia pindah, aku nak tau jugak khabar dia. Kau bayangkan sendiri macam mana jiwa sepi aku masa tu.

Bertahun jugak aku tak boleh lupa dengan dia. Hampir nak 10 tahun rasanya. Satu hal, aku pernah bagi chan dengan hati aku untuk terima awek lain. Akhirnya semua Cik Ex-Awek surender dengan aku sebab aku dingin sangat, aku mesti nak sikap diorang macam Cik Bespren. Aku minta maaf kat korang yang pernah kapel dengan aku. 

Aku ingat lagi masa kat U dulu, "kapel yang lama sikit". Kawan aku bakal cikgu  dah syok kat aku offer nak kapel. Aku kata kat dia yang aku takdak feel "tapi kalau kau nak aku bagi harapan, aku kapel dengan kau sekarang jugak". Ayat macam bangang! Dia setuju.  Arr.. aku risau dah banyak kali buat camtu aku gagal jugak, akhirnya aku bagi harapan palsu. Pastu ada seorang lagi, yang buat aku kesal sangat dengan apa aku dah buat.  Dia kecewa, dia sedih dengan harapan yang aku bagi..

Kali ni korang dah tau apa kisah disebalik semua kegilaan ni. Aku bukan buayapren korang sebab aku tak pernah sentuh korang melainkan sentuh perasaan korang. maafkan aku.. Perasaan tak boleh dipaksa walaupun aku cuba pupuk. Kita terus jadi kawan ok.

Hingga kenal seorang bespren yang aku panggil Doktor Jiwa tu. Taklah terlalu feminin. Akhirnya dia lah yang jadi kunci hatiku. Tapi.. Apa jadi kat Cik Bespren pulak? Aku dapat kontek balik dengan dia masa kat U. Dia dah kapel pastu kahwin, berbahagia selama-lamanya. Yeahh..

Kali ni aku nak ambik perhatian semua kawan-kawan sambil nak ucap terima kasih, ramai jugak yang prihatin. Aku hargai sangat segala nasihat dan sokongan semua. Aku cuba perbaiki sedaya yang boleh. Akhirnya aku dan Cik Awek dah berbaik semula. Cuma aku rasa kekok sikit. Aku tak tau kenapa. Lain kali aku akan ceritakan jugak di sini kenapa aku rasa macam tu.

17 Oktober 2010

44 Tiada Lagi Doktor Jiwa

Semua kenangan itu musnah kerana suatu kesilapan yang aku mulakan. Maafkan aku, sungguhpun aku tidak curang dengan perasaanku, namun curang dengan tingkah itu suatu yang tidak wajar kau terima. 

 Jika kau sakit kerana aku, maka aku rela melepaskan kau. Kau layak bersama dengan seseorang yang jauh lebih baik dari aku, seseorang yang tidak akan pernah menyakitimu. Membawa kegembiraan kepadamu.



Ketika aku sendiri, aku akan kenangkan kisah lalu kita dan ia tidak akan musnah, kekal abadi dalam ingatanku. Kini tiada lagi kau sebagai Doktor Jiwaku, hanya laman ini menjadi teman dan ianya tidak setanding dengan kau.

Aku sayang kau, tapi apa daya aku tak layak untuk kau. Rasa perit yang sama seperti suatu ketika dulu  hingga kau menjadi Doktor Jiwaku, namun aku keraskan hati  sekali lagi, juga untuk ucapkan selamat tinggal... Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau..

Walau tiada jodoh, namun hidup mesti diteruskan. Itulah drama hidup yang telah ditentukan untuk kita.. 




16 Oktober 2010

25 Ilmu Nak Jadi Kuat

Siapa tak nak jadi kuat angkat tangan? Nak jadi kebal, gagah dan sasa macam aku? Aku nak tunjuk sikit ni ilmu nak jadi kuat, kebal dan gagah. Caranya mudah, cuma sebut AKU is AKU. Kalau ko tak paham makna benda tu, ko boleh pakai mantera ni pula, "aku adalah aku". Ilmu ni kena yakin, kalau tak yakin  mesti tak jadi. Adakala mantera ni juga digunapakai, "aku adalah aku dan kau adalah kau". Kena dalami tau, baru  boleh berkesan. sambil ko merenung dan menghafal mantera tu aku tunjuk gambar ni sambil tenung jalan tu sampai kat hujung nun.
Ekceli tak tau nak buat tajuk apa, tu yang merapu tu. Gambar tu dah lama aku ambik, selalunya aku mesti nak uplod gambar baru untuk blog ni. Dan gambar tu mesti ada huraian kongsi info, tapi yang ni konpem merapu..

Aku nak review sikit la apa yang aku dah janji nak postkan kat blog ni yang tak setel2 lagi, takut lupa pulak. Mula2 Encik GrunNGe tentang subjek timbul, background blur (aperture la tu). Encik Cayril komen tentang scence retro hari tu. Cik Nurr Kasih tentang metering dan panning mudah. Apa lagi tu? Aku dah lupa la la..  Bukan sengaja nak lambat-lambat, tapi sibuk tak sempat nak keluar ambik gambar contoh.

Aku mesti nak kata jugak benda ni aku bukan pro pun, tapi aku nak kongsi jugak benda yang aku tau. Sambil baca mantera dalam hati...  

15 Oktober 2010

24 Serius Nampak Makhluk Petang Tadi

Korang penah dengar orang tua gosip tentang makhluk ghaib yang berbadan tinggi lagi macho? Petang tadi ada seorang, dah la besar, gagah, hensem pulak tu. tengok la sendiri.
gelap sungguh gambar tersebut. mestilah, nak brutal sambil bikin cahaya sebelah muka. Brutal tak?

Nak sedapkan hati, foto macam taik, tapi aku nak cerita tentang komposisi menggambar. Aku kononnya nak cerita komposisi Viewpoint ni. Agak2 macam tu la, dari bawah, dari atas, dari atas pokok pun ada (aku tak tau kalau ada yang dah capai tahap ekstrim ni).  Dan sebab tu jugaklah korang asyik ketawa tengok photographer ambik gambar tonggang terbalik. Siap ada yang baring kat tepi jalan gara-gara nak shoot komposisi ni.

Taik anjing kat situ jangan cakap, Encik Photographer dah sapu habis dengan baju. Kalau model tu pakai skirt lagi la dia semangat. Gelas lens nampak tuju ke muka, sah2 dia pakai wide lens yang boleh teropong 180°. Paham sendiri la. Aku teringin jugak..

p/s: order ultrawide sebijik, konpem lagi cantik. Nasib baik poket aku licin, jadi jangan nak angan2 angkat Canon 10-22mm tu okey!! Dan cari lah Tamron. Oops. aku tak kempen..

Sorang kawan aku minta bantuan, tapi aku tak dapat bantu, so sorry ya. Kalau boleh aku teringin sangat nak bantu, apa daya jadual tak mengizinkan, memandangkan tempat pun jauh aku tak menyempat nak eskep tau. Kisah tentang ni...

13 Oktober 2010

34 Dunia Yang Ku Idamkan

Dunia indah berwarna-warni. Pokok-pokok, bunga-bunga,  rama-rama, burung-burung, semuanya terkumpul di suatu tempat yang indah. Pejam mata dan bayangkan. 

Aku bukanlah tergolong dalam golongan kanak-kanak riang. Suatu ketika dulu, semuanya berlaku dengan pantas menarik jauh senyuman kami semua. Kisah yang aku tak suka nak ungkit. Periang vs Pendiam, itulah aku. Namun jauh dilubuk hati aku sering membayangkan sesuatu.

Adakah wujud tempat sebegini atau cuma di atas hasil rekaan Photoshop saja. Gila, aku mengidam untuk merakamkan suasana begini secara realiti. (Alasan sebab kenapa aku nak ultrawide lens, pernahku nyatakan hasrat kepada cousy).

Photoshop. aku mengenali benda ni di waktu tingkatan 4. Tu pun sebab aku ambik SPM Sains IT.  So nak hurai gambar tu terdiri daripada beberapa layer yang digabungkan menjadi tempat yang indah seperti tu.  Gambar ni bukan hasil aku. Tapi dulu-dulu sebelum snap2 gambar aku selalu buat gambar fantasi macam ni.

Tapi ni bukan isu. Aku cuma kecewa sikit, ada tak yang nak baca perkongsian aku ni? Ramai jugak yang singgah blog aku, tapi aku tak tau berapa orang yang singgah lepak dan berapa orang yang singgah sesaat sambil taip kat shoutbox "klik2". Sebab tu entri aku kadang2 nak tanya fidbek pembaca nak tau ilmu sampai atau tak, berkenan atau tak. Kalau tak berkenan aku nak menulis sukati la pulak ganti tujuan untuk up trafik semata-mata. Wah, aku dah syok menggila ni, jom layan lagu hotak senget.. lalala~bateplai

p/s: ada jugak kawan yang sudi lepak dan kawan dengan aku kat blog ni. Terima kasih, nak sebut satu-satu tapi takut ada yang kecik ati kalau termiss sebut.

12 Oktober 2010

24 Shutter Jiwa Kelajuan

Hari ni cuma nak cerita sesuatu yang kita boleh gunapakai dengan slow shutter dan speed shutter. Seperti biasa aku tak cakap banyak cuma tengok kat gambar okay.. Ambik petang tadi tau, masih fresh lagi.
Slow Shutter (1/40) - Benda camni orang sebut panning.. Jadah apa benda panning tu aku tak tau. Agak-agak masa tu kelajuan kereta ni dalam 90KM. Pemandu sempat termenung tengok aku. Apa punya drebar, tak skema langsung! Kejap lagi ko langgar tiang kat depan tu.

Speed Shutter (1/1250) - Korang jangan sangka kereta ni tengah berhenti kat situ. Ketika ni pemandu sedang memecut dalam anggaran kelajuan 90-100KM sejam. Sila percaya, korang kat luar tu yang suka pandu melebihi had laju, korang jangan konfiden kamera trafik tak sempat tangkap gambar muka korang. Yang ni kalau zoom konpem nampak muka.

Kesimpulannya, Slow shutter berguna jugak untuk tunjukkan pergerakan atau panning. Speed Shutter tu pula nampak kaku, macam kereta tu tengah parking kat situ=mesej tak sampai kat situ. Nampak tak? So, siapa nak belajar teknik mudah buat panning angkat tangan?

11 Oktober 2010

14 Teknik Lawyer Baik

Kamu worang lihat sendri ini bukan sebarang lawyer. Ini incik Martin baik punya. Tada serupa itu cerita lawyer bunuh punya worang tau. Lagi satu mau cakap, ini ada kisah Lawyer Baik punya teknik (Antonim).
 "yeverybody know whois Martin. yeverybody yendestend him, yepriciate him as they best buddy". 

Gambar ni ambik masa tahun 2008. Encik Martin sempat buat posing terhebat. Rock kan? Lagi satu nak pesan, jangan buang sampah merata.

Okay, dah lama tak sembang macam tu. teringat sorang member yang glamer dengan nama Macha ni. Macha yang dimaksudkan tu bukan Encik Martin ni. Sorang kawan Indian masa tinggal kat Taman Indah Permai dulu. Aku nama Macha, dia pun nama Macha, semua kawan panggil Macha. Serius aku tak tau nama sebenar dia.

Aku ramai kenalan India kat situ masa tu. Bukan nak cakap apa, cuma seronok jugak rasanya berkawan dengan dorang ni. Tapi brader jangan la asyik speaking kalau dah ramai2 tu, aku tak paham.

p/s: Encik Martin tak termasuk dalam kisah speaking tu okay. Encik Martin indie, cool, rock, gila, bangang! Yeahh! Dia kawan yang gila. (korang jangan risau, paling berat pun dia cuma guna buku lima. Aku terer elak tau).
 

10 Oktober 2010

36 Nak Tambah Seorang Lagi Cik Awek

Kalau mampu apa salahnya kan? Aku mengidamkan cik awek baru. Bentuk body, fulamak buat aku gila bayang, seksi sangat. Saiz ada kecik sikit, slim tapi padat sesedap tangan meraba. Memang sesuai la sangat, semuanya dia ada. Dia mengalahkan Cik Awek aku dari segala segi. Aku dah gilakan Awek tu. Maafkan aku kalau berfikir macam tu, aku rasa tak setia. 

Tapi mampukah aku memiliki awek tersebut. Mampukah aku miliki kedua-duanya sekali? Atau aku perlu membuat pilihan untuk melepaskanmu Cik Awek. Maafkan aku sekali lagi, tidak bermaksud aku dah tak sayang. Namun awek baru tu nampaknya lebih mantap.

Oh, Cik Canon 60D. Aku telah tergoda. 

Tengok tu, dia seksi banding dengan Canon 550D
   credit to radiantlite.com
Dia lebih slim daripada Canon 50D. Senangnya nak dukung Cik Canon 60D.

credit to photokina-show.com
Bab ni la mempelbagaikan posisi kita. Live View agak fleksibel. Boleh shoot muka sendiri bila LCD diputar.

Ringkas tentang Canon 60D
- 18 Mega Pixel  
- Sensor APS-C CMOS
- ISO 100-3200 (boleh capai 12,800) terdapat kawalan limit ISO
- 5.3 fps - kelajuan shoot berterusan  
- 9 AF Points
- 1080p HD video - boleh merakam menggunakan kawalan manual 
- storage SD / SDHC / SDXC 
- In-camera raw 
- Mode Subjek dengan 'Ambience Selection' (Standard, Vivid, Soft, Warm, Intense, Cool, Brighter, Darker and Monochrome)
- Mempunyai Creative Filters (efek menarik)  
- Fungsi Auto Lightning Optimizer
- LCD 3.0 inci dengan ratio 3:2, Swivel LCD- fleksibel dan memudahkan rakaman video  
-Wireless Flash Commander
- Harga terkini RM 3,338.00

08 Oktober 2010

27 Foto Noise

Sebelum ni aku ada kisahkan tentang Aturan ISO kepada kualiti foto. Foto akan lebih berkualiti dan kelihatan smooth ketika menggunakan Slow ISO Speed berbanding menggunakan High ISO Speed yang akan menghasilkan noise yang banyak pada foto. Nak dijadikan cerita, kali ni kisah tentang melanggar Peraturan Aturan ISO ni. 

Petang tadi aku dah hasilkan foto ni, sambil2 nak isi minyak kereta, sempat juga aku parking tepi jalan tu
Tadi ambik dari dalam kereta, malas nak keluar. Maka terserlah la ada gangguan cahaya di situ .  Bukan hasil yang menarik jugak, maklum la aku pun baru nak belajar tapi nak kongsi ni dengan kawan. Otai pun tak nak tunjuk, jadi datang sini berkongsi-kongsi kumpul ilmu. Korang tengok betapa sunyi pekan tempat aku posting ni.

Berbalik kepada Foto Noise. Foto berbintik, berbutir, foto comot.  Korang cuma perlu terbalikkan Photography Rule. Dalam keadaan cahaya  cerah petang tadi tu, setting yang sepatutnya pakai Slow ISO Speed, Standard Shutter dan Standard Aperture untuk lenskep. Agak2  boleh pakai Slightly Overcase la masa tu. (ISO100, 1/125, f/4.5) [*UPDATE] Siapa nak tau cara ejes meter ni angkat tangan.

Tapi aku nak Noise kan. So kena terbalikkan aturan. kat situ konpem dah setkan very High ISO Speed. Terpulang dengan korang nak berapa banyak noise (ISO3200). Kalau ada ISO6400 lantak sekali, kompem noise lebih. Dah pakai High ISO Speed tu faham2 la jugak, mesti cahaya dah lebih. So langkah seterusnya, aku gunakan High Shutter Speed, godek sampai capai Exposure Meter yang sesuai (keadaan tadi tu -1 yang sesuai). Aperture pula kompem la guna bukaan kecik, dah aku nak ambik gambar lenskep (f/16 pun dah jadik). Korang anggarkan Shutter dan Aperture tu sendiri, rujuk balik nota aku sebelum ni. kat sini aku nak tekankan ISO tu yang penting untuk buat noise ni.

Senang kan? jom break the rule.. p/s: ingat aku la, jarang aku letak framing ni.  Jadi kali ni aku letak frame hitam tu dan photo filter kaler perang nak jadikan gambar tu ala-ala filem, aku rasa sesuai la kan dengan noise tu? korang pun mula la mengkreatifkan diri okay..

07 Oktober 2010

16 AKU is AKU Blog Hebat?

Hebatkah blog aku? Aku tak tau apa benda ni. award atau kempen. Entah la, aku tak peduli sangat. Aku suka main lantak aja. Aku ronda sebijik-sebijik blog, ramai yang ada benda ni. Korang  kena faham strategi penganjur. 

Jadi, nak dijadikan cerita, hari ni aku terpanggil jugak sebab Sis Diana dah konsider AKU is AKU ni sebagai blog hebat. Kena tag jugak aku. tq sis. Dia kata kena jawab soalan ni sebijik2.

Ni dia..

1) nama blog anda buat masa ni..
AKU is AKU dalam bahasa London I am who I am.

2) anda rasa blog anda hebat..
Aku lantak aja jawab ya. Hari tu Cristina Aguilera ada kata kat aku,  camni, "u are beautiful no matter what their say". Siap dalam bentuk nyanyian, sampai aku perasan hensem pun ada.

3) benda yang anda sayang?
Semua benda aku sayang, kalau benda hidup tu kompem la family termasuk Cik Awek sekali. Encik kucing jugak.
4) anda tengok waktu dekat mana??
Yang ni soalan paling bonus aku penah dapat. Ekceli aku tak tengok waktu kat mana2 mesin jam. Aku cuma tanya dengan Encik Ayam. Nak tambah jawapan paling bonus, paling senang aku tengok kedudukan matahari..

5) web sesawang yang anda selalu jenguk.
Kompem nak korek rahsia sangat. Aku jenguk web yang baik-baik belaka, termasuk blog sekali.

6)letak 3-5 blog yang anda rasa hebat

Aku konsider diorang sebagai blogger yang spoting dan hebat, hebat! Hebat!!. Lepas ni korang pun kena buat entri ni (kalau sudi). Fulamak.. berjaya sangat kempen Encik Penganjur.

06 Oktober 2010

22 Exposure Sebagai Light Indicator

Kali ni aku tak masukkan apa-apa gambar pun. Aku cuma nak tunjuk benda ni, Rajah kat bawah ni.

Seperti biasa nota aku tak pernah nak panjang. Pertama sekali aku dah pernah kisahkan tentang aturan ISO sebelum ni. So korang jangan salah faham dengan rajah tu. Misalnya ISO1600 bukan digunakan pada waktu cahaya cerah tapi maksud dalam rajah tu level ISO yang lebih laju akan mencerahkan output foto. Faham tak? Mesti la faham, asas sangat ni.

Aku ingat nak terangkan sebijik-sebijik dalam tiap entri tapi asas sangat ni. Kalau ada yang tak faham, korang tanya okay. Bagi yang dah biasa tu korang cuma tengok rajah tu mesti dah faham tanpa aku cakap banyak.

Aperture, terdapat pada lens. lubang 'teropong' yang boleh jadi besar (contoh F/2) dan kecik (F/32).  Bila bukaan lubang makin besar maka makin luas terbuka ruang cahaya masuk, so output foto pun cerah la jugak.

Shutter speed, DSLR boleh jadi sangat laju (contoh 1/1000) dan boleh jadi sangat slow (10"0) ketika menangkap gambar. Bila kita guna kelajuan, cahaya akan akan berkurangan, so output foto pun ada malap la jugak. Begitu jugak sebaliknya bila menggunakan slow shutter.

Part ni yang aku nak cerita ni. Exposure, sebagai Indikator korang. Bila nak tangkap gambar, standard level cahaya mesti kat nilai 0. terlebih dari tu maknanya foto korang terlebih cerah, terkurang maknanya foto korang terlebih malap.  Lagi nak tambah, Exposure ni kombinasi antara aturan Aperture dan Shutter Speed. Korang lebih faham bila guna (M) Mode.

Ekceli nilai 0 tu asas. terdapat sesuatu masa korang kena main sikit dengan exposure ni. tapi mesti lebih panjang entri aku ni nanti. Nanti aku akan cerita lagi la part yang ni.. Relaks kita buat slow2..

04 Oktober 2010

22 Photoscape Editor

Semalam tengah layan gila-gila conteng gambar dengan Photoscape Editor. Ekceli aku tak layan sangat software ni. Tapi semalam tergerak jari selit dalam entri. Pastu entri  kali ni pula khas untuk jawab persoalan seorang Cik Kak yang dah bertanya tu. Aku tak payah tag link dia agaknya, sebab nak suspen sikit.

Dia kata tak tau langsung camna nak ambik free benda ni. Benda ni memang free. Dah selit link malam semalam. Hari ni letak lagi sekali kat sini. 

Lagi satu, ada yang tanya best tak benda ni? Ekceli aku lebih prefer Adobe Photoshop sebab fleksibel tapi tak beerti Photoscape tak hebat. tengok ni Retro foto yang aku edit guna Photoshop dan Photoscape.
Ni Pic yang aku edit pakai Photoshop

Kemudian kat bawah ni gambar yang dah edit guna Photoscape....

03 Oktober 2010

10 Aku Berhenti Setakat Ni

Aku ni ibarat burung, terbang sana sini. Keja posting jauh-jauh, penat la sangat bila tiba masa nak balik rumah family. 
Korang boleh teka siapa budak hensem ni? Gelas mata pun semat tu, free ambik dari photoscape lekat kat pic tu. Konon nak menyamar. Muka boleh bagi licin dengan benda ni, tapi Encik ni kata jangan bagi licin muka dia, nanti hilang macho. Dia berkata dalam hati tapi aku tau, almaklum hati sebijik.  Ambik free Photoscape kat sini.

Tiap hujung minggu, hari Jumaat aku balik, agak-agak memakan masa 6 hingga 7 jam. Aku driving tu, penat la sangat. Duit minyak jangan cakap, kalau aku tabungkan hingga hujung tahun agak2 boleh angkat sebijik kereta projek racing Corolla DX. Tiba masa hari Ahad nak balik semula rumah kat tempat keja, fulamak berat tulang

Aku driving ala-ala pelesit, habbit ni aku latih sejak aku posting jauh ni. Mana tak, tengah driving tu aku dah angan2 bila sampai kat rumah amik bantal dan tido. Konon nak cepat sampai la tu. 

Penah jugak terfikir nak balik naik bas, tapi tak sampai hati rasanya tinggalkan Cik Kereta yang cun ni. Mesti dia sunyi tanpa aku meraba-raba dan membelai tiap hari. Yang ni jangan pecaya sangat, ekceli tak ada kaitan. Yang serius, aku takut jugak ada Encik Penyamun yang bercita-cita untuk menculik Cik Kereta. Dah la rumah aku tu tak berjiran. Sebidang kawasan privasi khas untuk membuat aku aman damai ++sunyi sepi serta kesepian.

Okey, mari aku mulakan sinopsis kisah 'Aku Berhenti Setakat Ni'. Berkisahkan tentang seorang budak yang bernama Sasa Al-Sharif (Bukan nama sebenar) yang tengah penat kerana baru selesai memulakan perjalanan yang jauh a.k.a driving selama 6 jam. Nak dijadikan cerita, beliau yang suka berbloging hingga lewat malam bercadang untuk berhenti rehat pada malam ini. Beliau turut meninggalkan serangkap kuotasyen yang berbunyi,  
"Salam sejahtera rakan-rakan blogger yang melawat di sini. Hari ni aku tidur awal sikit, so korang tinggalkan jejak, esok aku kerjakan blog korang habis-habisan. Nahas blog korang aku kasi up trafik sebijik2"

~sungguh lawyer baik malam ni~

02 Oktober 2010

12 WSB Blog of The Month

1. Apakah perasaan anda selepas terpilih menjadi "WSB BLOG OF THE MONTH : Edisi September"?
Wow! terimas kepada encik Admin Wasaber, jugak kepada semua Wasabers.. Dapat rekomen blog of the month di WSB. Caya la encik Admin. Sory jugak sebab aku lambat respon. Tadi pergi tembak gambar orang kahwin, entah tiba-tiba hujan. Harjadah betul, tak pasal-pasal aku sangkut, stay sana lama.
2. Apa kata anda tentang WSB?
WSB ni memang best, tujuannya bukan setakat untuk up trafik malah jugak satu tempat komuniti berkumpul dan berbincang, berkongsi idea dan maklumat.  Memang meriah. Kalau nak buat kawan, sila datang sini.

3. Sila berikan sepatah dua kata selaku penerima "WSB BLOG OF THE MONTH : Edisi September"
Best la aku cakap kat korang. Blog komuniti ni masih baru lagi. Tapi memang lain dari yang lain sikit. Kalau tak pecaya korang pergi tengok sendiri. 

Lupa bagitau yang tu komuniti khas untuk Sabahan Bloggers, tapi aku rasa geng semenanjung yang keja di Sabah tu, lepak atau study di sini pun kompem la boleh join  dan dialu-alukan. Kalau tak pecaya pergi la jenguk sendiri. Ok kan Encik Admin? Sabahan ok bah! Jom meramaikan komuniti ni. Yabedabeduuu!!!


Celebrate, yehuuu!! p/s: Encik YB tiada karpet merah la, aku pokai, cuma layan angguk2 okay