online counter

30 September 2010

10 Foto Retro Eyqa

Adik kami jadi model lagi kali ni. Sebelum ni pinjam muka dia jugak kat entri tentang Perasaan Menunggu. Ekceli tu tentang perasaan aku, tak berkaitan dengan dia pun. Tiada foto model, artis atau pramugari yang aku pernah ambik melainkan kawan-kawan dan family aku sendiri. Orang kahwin tu lain cerita, jadi kawan la jugak. Eyqa, cousy Fiena dan Anot anak sedara aku tahun ni ambik PMR, semoga diorang cemerlang ;)
Gambar bergambar dengan eyqa

Sini aku nak cerita sikit tentang sharing is caring. Ada kawan-kawan yang tanya aku macam mana nak buat foto ni, buat foto tu. Aku kalau boleh, nak sangat syer sekarang ni khas buat kawan-kawan aku. Tapi satu masalah, aku tak menyempat lagi menilik software yang best untuk snapshot skrin windows. Nak buat guide kena lah ada gambar contoh step by step baru boleh faham.. Jadi sekarang ni aku akan syer apa yang  aku ada dulu okay, mula dari asas kamera. 

Hari tu janji sambung bab metering kamera untuk minimumkan noise, sorry belum sempat lagi tangkap foto contoh.. Coming soon...

29 September 2010

16 Kenapa Perlu Gaduh?

Singa kalau nak mengawan mesti gaduh. Singa memang selalu berebut awek, nak lepas gian mengawan. Manusia pun ada jugak yang camtu... (penulisan bodoh yang penah aku buat)..


Weh, aku ketuk hotak ko sakit tak? Tak aku kebal (berkata dalam hati, tengkorak ko!)..

Aku tikam pisau kat perut ko sakit tak? Aku mati la bodoh!

Pergaduhan tak perlu soalan-soalan bonus camtu.. Sakit dan membawa padah, jadi kenapa perlu gaduh?

10 Fraud Click Says Nuffnang: So I Stop Doing This

Aku baca dari blog MamaGee...  Aku tak sedar selama ni dah buat salah. Orang buat camni so aku pun lantak ikut2. So mulai hari ni aku dah tak ingin buat camni. Jadi Blogger yang ikhlas. Tak payah klik ads kat blog aku ni kalau tak minat dengan iklan tu. Tak rela dapat fraud income. Betul ni, selalu aku memain yang ni aku serius :)

 

A Nuffnang Community Announcement

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.
As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who

28 September 2010

10 Dunia Macro dan Tamron 90mm f2.8

Dunia Macro agak unik apabila photographer menampilkan output seni yang selama ni tak pernah dilihat secara jelas oleh mata manusia. Aku sebagai socialist tak pasti sangat minat aku tentang Macro kerana asyik dengan merakamkan gelagat manusia. Namun, sedikit sebanyak aku mula tertarik dengan dunia Macro. 

Dunia seni yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia ditampilkan dalam bentuk foto untuk dikongsi bersama. Cousy a.k.a abang sepupu
 memang giat aktif dengan dunia macro ni. So aku selalu rujuk dengan dia.
 ----------------------------------------------------------------

Tentang Tamron SP AF 90mm f2.8 Di Macro... Ni dia, lens cousy   yang aku rembat masa Raya hari tu. Yuhuu bestnya.. Lens panjang yang ringan, memang sesuai sangat untuk tangan yang kurang muscle macam aku. Boleh jadi alternatif kepada Canon 100mm f2.8 Macro USM yang berharga RM2730 berbanding lens ni dengan hanya RM1350 (tak pasti sangat harga latest). Nisbah jarak close up tengok sendiri di lens tu. Macro 1:1. Auto Focus pun laju dan ada butang Focus Limiter khas untuk Macro subjek sensitif dan liar.

Output yang sangat best. Bulu kaki nyamuk pun boleh tangkap, kalau nak buat potraiture siap bulu roma muka pun dia tangkap. Apatah lagi jerawat korang tu konpem tangkap volcano.

Tengok ni sebijik muka budak yang aku tangkap pakai Macro lens (bukan hasil menarik tapi nak tunjuk lens ni boleh buat potraiture juga). Yang tu ada blur sikit, yang close up fokus sampai nampak bulu roma tu tak payah tunjuklah, kesian model free tu (orang yang dimaksudkan adalah cousy aku), nanti tak pasal2 dia join contest kata kila Aku Maluuu.

Salah satu hasil output cousy (yang dah resize) dengan dunia macronya.


Tentang cousy Shatra:
~ Walau bagaimanapun, aku tetap dengan Tamron AF 18-270mm f3.5-6.3 Di II VC~ AKU is AKU


    26 September 2010

    16 Foto Vandalisme

    Semalam syok main DSLR bermain dengan cahaya dan slow shutter. Entah apa nama teknik tu, agaknya aku boleh panggil shadow clone, siap satu rumah aku padamkan lampu sebab nak gelap habis. Output yang aku tak puas hati sangat. 

    Jadi hari ni, awal pagi lagi dah bersiap pergi pasar nak cari stok grocery dan ekceli nak snap foto (cari tempat dan feel cahaya awal pagi).

    Akhirnya, foto di atas tu dah aku vandalis. :)

    25 September 2010

    11 Komposisi Manusia dan Alam

    Lensaku merakamkan tentang kehidupan manusia dan alam.

    Tiada kena mengena dengan modeling. Yang tu rakan setugas aku yang sedang merenung jauh atas permintaan.
    Dua hari lepas, balik dari sekolah sempat lagi berposing kat taman sebelah tu. Ramai juga murid-murid sekolah dia tinggal dekat situ. Semua senyum2 tengok si Samizul ni posing.

    23 September 2010

    8 Aturan ISO pada Kamera DSLR

    Otai-otai kamera tu konpem dah tahu. Aku sendiri tak tau apa nama penuh encik ISO ni.. Kalau kat DSLR kelajuan ISO boleh ditetapkan secara manual atau pun automatik. 

      100                 200              400                800              1600 
    -Low ISO Speed ------------------------- High ISO Speed+
     
    Aku malas nak ulas banyak-banyak, korang tengok sendiri hasil dan perbezaan daripada aturan kelajuan ISO pada  DSLR.   

    Cahaya sekeliling terang  - Set kepada  Low ISO Speed
    ISO100

    Cahaya sekitar yang malap - Set kepada High ISO Speed 
    ISO800
    Kesan ISO
    Low ISO Speed - noise agak kurang
    High ISO Speed-noise makin banyak

    Contoh di bawah; cropped photo menunjukkan perbezaan pengaruh penggunaan ISO speed

                          Low ISO Speed (less noise)                                        High ISO Speed (more noise)

    Cara Minimumkan Penggunaan High ISO Speed (untuk mengelakkan lebih banyak noise)
    Tajuk ni ditangguh sampai di sini (yang sebenarnya baru nak snap foto sebagai contoh)...
    Permintaan oleh Encik GRuNGe...Akan bersambung

    8 Rakamkan Golden Moment Itu

    Ekceli bukan saat keemasan pun. Foto sekadar untuk ditafsirkan ertinya oleh orang yang berkarya. Okay, aku dah tahu, mesti ada yang kata "takde maknanye".

    Beberapa hari ni aku sibuk sangat tak sempat nak jalan-jalan ke blog jiran yang selalu aku ziarah tu. Walaupun kat bloglist AKU is AKU nampak tajuk-tajuk entri baru korang tapi.. Sory, bukannya lupa dengan jiran tetangga. Cuma masa tak mengizinkan.

    20 September 2010

    12 Woi Bosan!

    Dah masuk dua malam lepak sorang kat rumah. Sunyi sampai mula flashbek kisah meriah kat U dulu..

    Ok, aku tau yang ni hebat sangat. Korang jangan puji lebih walaupun kereta semat gila dengan  model yang cun lagi seksi.
    Foto kantoi dari Poloi. Tengok la sendiri betapa meriahnya kami masa tu. Aku tak join sini. Poloi yang amik foto pastu uplod kat fb. Korang tengok member aku semua macho.  Keta tu dah jadik kenangan, bambelbi UMS tau!.. Jangan tertipu dengan luaran, kat dalam enjin besar, ekzos besar, bunyi pulak.. fulamak, bunyi besar, keta jalan mcm siput. Ya betul, keta dah kondem.. Padan muka, racing sangat.

    Aku tak nak korang tertipu, ekceli foto ni bukan amik kat litar lumba atau stor litar Sepang, ok. Background tersebut boleh dilihat di sekitar Kolej Kediaman IP, UMS. Warga yang pernah lepak bertahun-tahun di situ sila kenang kembali. Saya dengan ini berharap anda semua akan terbang ke sini semula mengenang kembali kisah manis di sini  << sepatah pun boleh la. Ayat imprufmen  BM di situ. Sila baca berulang , mula menyemak dan buat pernilaian..

    2 Siapa Tak Kenal Leo?

    "Selamat kembali bertugas", kataku kepada diri sendiri.. Dah mula bertugas kembali. Seronok sungguh bercuti panjang sambil goyang kaki, lepak di rumah. Kini kisah berdikari di sini bermula kembali..

    Berbalik kepada tajuk, siapa tak kenal Leo angkat tangan? Ok, aku tak nampak siapa-siapa yang angkat tangan, so semua dah kenal dengan Leo, Starring Kid kat sekolah ni.. Hee..

    Soalan seterusnya, siapakah yang paling hebat berposing? Leo yang kat depan tu atau adik ensemboi yang duduk belakang sekali? Bukan sebarang teka-teki. Ini undian. Taip Leo dan hantar ke 2888 untuk mengundi Leo. Taip Bal jugak hantar ke 2888 untuk cek kredit celcom << Ada info di situ (teknik cek kredit)

    p/s: tak sangka semua kenal Leo

    18 September 2010

    8 Kenapa Nak Jadi Blogger?

    Kehidupan yang tak berapa nak indah. Semuanya bermula dengan kisah Kematian. Aku masih kecik lagi masa tu. walaupun pada mulanya aku tak berapa faham apa dah terjadi. Namun kesan panjangnya, aku asyik tertanya-tanya kenapa dengan keluarga aku ni? Kenapa dia tak kembali lagi? Kenapa dengan semua orang ni? Kenapa kami begini? Lama aku cuba memahami.. Kisah yang aku tak suka nak ungkit..

    Mula memBLOGing dan mengapa aku mula membloging? Bila menjawab persoalan ni, aku akan bertanya kembali kenapa orang menulis diari? Ya, ni la punca aku mula membloging. Mula dengan blog comot aku yang cukup berkualiti underground tu. Macam-macam aku dah tulis dalam tu. Semua tentang kisah pahit manis, kecewaan, kehampaan, kesunyian, kesedihan dan rasa cinta aku yang berjela-jelah mengalahkan ensiklopedia. Ok, tiada siapa yang tahu siapa pemilik blog itu. Tak boleh nak cakap banyak tentang blog yang tu. Kantoi pulak nanti.
    Ni bukan Geng Award atau seumpamanya.. sekadar tatapan tentang aku. Tapi kalau ada yang nak, amik la dan mula buat entri tentang sorang budak sewel dengan belognya.. (kui. kui. kui.. lucu rasanya bila syok sendiri).
    Ok, terasa aku dah terlatih untuk berjiwa seni sejak saat aku selalu bermonolog secara underground. Berbagai benda yang aku dah ceburi untuk melupakan masalah aku, geng dengan budak-budak gila ++sewel (weh, geng aku tu), jatuh cinta pula dengan muzik. Hingga menjadi seorang drummer yang selalu dicari dan digunapakai, walaupun tak terer dan tak boleh pakai sangat. 

    Pendekkan cerita, tak boleh panjang sangat kompem orang meluat baca sampai nak muntah.. Mula jatuh cinta dengan Fotografi. Tapi yang ni aneh sikit. Hanya yang aku suka mentari merah, awan mendung, sosial jalanan (macam remaja otak mereng tepi jalan) dan prens serta pemili jugak..

    Ala-ala nak jadi fotojurnalis ni, hingga terhasil lagi blog AKU is AKU.. (Tapi sekarang konsep macam nak lari sangat nih! Dah nak jadik fulltime blogger rasanya). Puncanya, aku mula rasa seronok menemukan kawan baru.

    Walaupun wajahmu tidak kukenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku! Eh.. bukan, aku dah baca luahan hati korang hampir tiap hari.. Rasa dah macam kenal sangat pulak (lebih kurang camtu la). Hingga mendengar khabar pemergian seorang blogger glamer yang mesra tu terasa sedih sangat rasanya (dah buat aku memikir dan termenung).  Hanya melalui setiap entri seperti  benar-benar amat mengenali rakan blogger tu, itulah cetusan rasa dari hati. Al-fatihah buat beliau...

    17 September 2010

    8 HDR Mode


    Seronok melihat beberapa hasil mode HDR daripada rakan blogger. Malah dalam bentuk smooth surface. Sejak beberapa lama 'rehat berfoto-moto', terpesona dan kemudian kembali turut sekali. Foto Raya pertama di kampung rasanya sesuai nak tunjuk smooth surface dengan background nature walaupun tidak kelihatan lasak sangat. Bukanlah hasil terbaik namun sekadar berkongsi :) 

    Pernah nampak foto HDR dari laptop cousy yang nampak suram & gloomy tu, dah macam dunia imaginasi (memang ada wow factor). Tapi aku pula, setakat ni yang aku mampu hasilkan..
    ~selalu berusaha memajukan diri~

    16 September 2010

    4 Periang vs Pendiam

    Kisah Aku dan Aku yang lain

    Aku Periang apabila bersama kawan
    bila mencapai suatu topik perbualan yang aku suka
    bila bertemu orang yang aku berkenan
    bila mood gembira dan senang hati
    bila aku suka.
                                       Aku Pendiam apabila berada di rumah
                                       bila aku mula berfikir dan memikir
                                       bila aku mula mengenang kisah kehampaan dan kesunyian
                                       bila aku mula merenung dan termenung
                                       bila aku dah hilang mood dan mula serius
                                       bila memulakan sesuatu tidak kira tugasan, kerja atau hal sendiri
                                       bila aku tak minat sesuatu topik perbualan
                                       bila aku geram dan marah
                                       bila aku tidak suka

    14 September 2010

    2 AKU MALUUU

    Klik sini kalau nak info
    Wei korang, yang ni contest, ok! Aku saja join ni nak support geng blogger yg dah tag aku untuk join benda ni (walaupun aku tau aku takkan menang punya).. Aku muka tak tau malu. maluu.. maluuu!!...

    Korang yang yakin boleh menang dengan kisah malu korang tu boleh join jugak. Klik sini untuk info, (strategi nak up trafik la tu. haha.. rilek Kila, aku support jgk ni.). Foto kat atas tu foto dia la tu tgh malu-malu kucing. Dia pesan jgn ketawakan foto tu (ekceli korang kalau nak ketawa pun boleh jg, tp kena hidden sikit).. Kisah aku maluuu bermula..

    Opss tag dulu. Lets go geng, support strategy! Hope Kila will support us back next time (mesti ikhlas)..

    Kisah Geng Sasa dituduh Skodeng (Kisah Persahabatan Sasa)
    (kat kiri) Martin: Appa, Amma, yevrybody help!!
    (baju color cyan) Ahmad: ermm.. emm.. hehe..
    (kat belakang)Pejal: ...... oOpss.. no komen
    (Ikuti kisah selanjutnya)

    Pada suatu hari Sasa dan kawan-kawan pergi ke Pulau Manukan yang indah setelah merancang untuk bersantai di pusat peranginan tersebut.

    Nak pendek cerita. Masa tengah bersiar-siar ni, setiba mereka di tepi sebuah jambatan, Pejal seraya berkata, "Wah, ada baiknya kita mengambil gambar kat tepi jambatan nun".

    Jawab Martin, "Wow, ini macam kalu, serupa itu rocker band la. Itu bawah tepi jambatan posing kalu banyak cantik".

    Pejal yang disokong oleh Ahmad menambah, "Poloi, betapa kami memerlukan khidmatmu 'menshoting' kami dari atas nun".

    Poloi sedikit mengeluh, "asyik-asyik aku. tunggu kat sana aku gi naik atas".

    Sasa pula yang berdiri kat tepi sambil tersengih-sengih memerhati gelagat kawan-kawannya yang mula nak berposing ganjil di sinun. "ish,ish,ish.. Mereng dah otak diorang ni".

    Belum sempat Poloi sampai ke posisinya seorang lelaki tegap yang jelik bersama aweknya tiba-tiba membentak, "woi, watpe kat bawah tu??? Tak senonoh! Dah takde keje lain ker nak buat?! %#$%*!"..

    Hahaha.. Tiba-tiba nak tuduh pulak. Tengah semua tergamam menahan malu, Poloi tiba dengan selamber 'menshoting' foto mereka..

    Encik tegap yang jelik, awak dah salah faham. hahaha.. Maluuu.. lululu.. Malu-malu!.. Aku maluuu dengan korang. Eh, aku kah yang malu dengan kawan-kawan yang otak mereng tu atau Encik tegap yang kontrol macho depan awek? Alamak tak boleh lupa jeliknya dia. Ekceli aku tak malu sikit pun, agaknya kawan-kawan aku kot. Tapi lelaki tu patut kata dalam hati AKU MALUUU. Hahaha..

    Foto di atas telah aku amik dari facebook page yang Poloi bina dan uploadkan kat eX-Siswa UMS.
    dan Poloi dengan sengaja telah 'mengaplod' semua foto yang memalukan kat situ (tak percaya tengok sendiri). Foto Sasa yang memalukan pun tak terlepas jugak..

    Contohnya yang bawah ni. Poloi uplodkan dah tu add pula teks yang mengelirukan pala hotak umum.
     Wah Poloi, ko dah gila.. Ko buat fitnah ni. Dosa tau.. Nasib baik dah Raya, aku dah maafkan. Tapi yang ko tag aku kat fb tu aku dah remove. Maluuu wo jatuh saham aku, nanti takdak awek nak kena ngorat dgn aku. (Ekceli geng Johorean, Koh Wa Jia. Tiada kisah skandal atau cinta terlarang langsung!)..
    ~TAMAT~
    p.s: dialog di atas telah diubahsuai agar bunyi sedap sikit bila dibaca (ekceli dah lupa dialog sebenar-2009)

    08 September 2010

    5 Cabang Seni Photography

    Pertama sekali, aku bukanlah seorang jurnalis bertauliah atau photographer terer. Yang ni sekadar nak syer pemerhatian dan hasil pembacaan aku dan digabungkan serba sedikit ciri dan spesifik photographer. Rasanya ada banyak lagi. tapi cuma ni yang aku dapat. Anda photographer yang tergolong dalam golongan mana?
     
    1. Life & Nature
    Keindahan dunia luar, alam flora dan fauna. Malah mereka mengidamkan suatu keunikan alam dengan seni berimaginasi. 

    Dunia luar yang tidak pernah dibayangkan oleh umum dirakamkan melalui lensa mereka. Mereka juga merupakan seorang pencinta alam. Berbeza dengan seni potraiture, adakala model manusia sebagai watak kedua manakala latar belakang(nature) adalah yang utama.

    Kebiasaannya mereka ini terdiri daripada golongan penembak tepat jarak jauh (adakala terlalu dekat untuk rakaman mikro). Senjata faveret sudah tentu telephoto & macro lens.
    Cons | Butterfly over Flower
    Shatra | Sunset on Reflect
    Jay838 | Crows Feed
    Shatra | Macro Insect

    2. Potraiture, Modeling & Passion
    Fesyen, peragaan, potret kecantikan, maskulin. Keghairahan dalam mengejar dunia peragaan. Sangat  mahir mengayakan dan memperagakan sama ada sesuatu produk atau subjek itu sendiri (model) - Lebih berfokus kepada produk atau subjek (model). Ciri foto

    04 September 2010

    5 Reunion Band Bermula

    Semalam dah janji nak sambung kisah reunion ni. Kali ni bukan band kegelapan dah. Pada hari ni byk perkara yg tak dijangka berlaku.. Ok la, aku kisahkan dari mula hingga akhir..
    Mula2 dtg ke rumah Amy. Dress pun kena serabai jg, maklum la reunion metal band kan. Di situ Amy pun nak tunjuk serabai jg. Gila tak pecaya? Ustaz Suhaimi la tu! Maklum la ustaz masih jiwa muda, memang jiwa seni dah meresap dalam diri..

    Aku tak perasan pula Amy ada sms, pesan dgn aku singgah kat rumah Ameng angkat Drum instrumen. Jd tpaksa call Ameng minta tolong hantarkan ke rumah Amy. (Sempat lagi

    5 Hari Reunion Band Kegelapan

    Tiba masa yg dinanti. Masa utk aku gerakkan jari jemari dan kaki ku ni.. Hari ni reunion band yang akan merasuk kepala hotak untuk banging.. Yg tu reunion band aku. Lama dah aku tak perform sejak tahun 2008.

    Yg pertama, ingin aku perkenalkan geng2 muzikal aku...

    Cikgu Mazed & Ustaz Fadli, yang ni rakan sekerja. Minat dorang sama bukan setakat muzik, malah dua2 car racer dgn car machine yg gila2
    Di bilik guru ni. Dah masa balik pun masih nak layan muzik jgk. Dia ni walaupun rockers tapi gentle tau mcm aku. Tak challenge Ustaz la, hardcore wei. hehe.. (ada perasan? dress up tak lari).
    Dah lari tajuk. hehe.. Saja nak tunjuk yg aku gembira ada kwn2 yg berjiwa seni di sekeliling aku.
    ni yang real sejak dulu musim sekolah (foto 2002). yang dari kiri tu aku(drummer), Amy(Lead guitar), Poyo(Vocal & Rythm) & Erdie(Bassist).
    Serabainya kami dulu ;)). Dah lama kami berpecah sbb masing2 nak bina kerjaya sendiri. Amy skg ni dah jadi ustaz tapi masih metal head jg bdk ni. Poyo pula, hari tu sama dgn aku masuk kat UMS. Masa tu dia amik kos Muzik. Erdie pula dah lama lost contact. Antara kami, dia plg junior. Last dgr kbr dia masa dia masuk Matrikulasi di WP Labuan hari tu.

    Look, metal bukan semata-mata keganasan tau. Bagi kami muzik adalah seni. Walaupun kami layan metal tapi kami bkn org ganas. Lastly kami semua jadi 'orang' jg skg ni. Semua dah berjaya.

    Nanti masa gi perform tu aku try bawa lensa skali. Mana la tau sempat snap apa yg patut..



    Antara muzik yg kami nak perform hari ni
    lirik tiada unsur syirik tau. yg ni death & trash metal, bkn black metal semata-mata
    just we love the music

    Bersambung...



    03 September 2010

    0 Playground Kesunyian

    Suatu tempat adanya ketenangan..

    click to enlarge

    Aku idamkan kamu tunjukkan seperti apa kasih sayang itu pada aku
    Aku idamkan kamu sentiasa menemani aku dan setiap saat di sisi aku
    Aku idamkan kamu selalu ada dan memberiku sokongan ketika aku perlu kamu
    Aku juga idamkan kebahagian yang seperti mereka.

    Perasaanku sama seperti Playground yang sepi ini.
    Sebab itu aku di sini, merenung semula semua yang aku idamkan.
    Tapi tidak mengapa, suatu masa aku juga akan punya mereka,
    memecah kesunyian di Playground ini dan ianya realiti bagi mereka.

    Dan tidak lebih, aku idamkan wajah kamu yang suram itu dipenuhi dengan senyuman.

    02 September 2010

    0 Monolog, Sepi, Aku

    Tiada siapa yang akan memahami kesunyianku melainkan aku sendiri.

    kawan setia aku di kala sunyi, GITAR & MUZIK

    Jiwaku bukannya kosong tapi aku sepi. Sedangkan aku tidak bersuara tapi hatiku bebas berkata-kata. 
    Jiwaku bukannya kacau. Namun setiap satu keluhan berlegar di kepalaku. SUNYI..

    ~MY SOUND TRIP~

     
    "Ya Allah, tabahkanlah hatiku mengharungi setiap cubaan dan dugaanMu".