online counter

10 Disember 2010

24 Remaja dan Cabaran Dunia Hiburan

Buka tv keluar cerita budak nakal, budak gengster, kartun budak nakal, budak penjahat. Buka internet, taip istilah saja, keluar segala benda termasuk anu. Dunia luar pulak fesyen seksi, rockers, kepala berjambul, tindik telinga lubang hidung. Semua budak nak tiru. Di mana kau nak sembunyi anak-anak kau? Semua tempat dah tak selamat untuk hati dan jiwa diorang.
Mahu kawal lebih? Peraturan, garis panduan dan undang undang? Dalam jiwa remaja kini, mereka ada istilah ini; terkurung, terpenjara, terkongkong dan berontak. Dari segala macam segi, mereka adalah benar. Klik sini untuk menyaksikan ruang fesbuk remaja selalu benar yang bertajuk KAMI ANTI GURU DISIPLIN. Semoga anda terhibur.

24 Komen:

mimizuzuhaha berkata... [Layan!]

takan kawin takyah beranak kot. hish susahkan..mcm2 peel skang nih

Dayana Nasir berkata... [Layan!]

LOL tak bleh blah panggil cikgu dengan nama je..
nanti dah abis sekolah, dok temenung mnyesal sebab tak jadi pandai dan rajin.

LuLu berkata... [Layan!]

hahahah ape la dorang tu. sah2 tak matang lg kan. cam rempitz je ergh

diana berkata... [Layan!]

akak pun takut bila pikir2 benda macam ni.
anak makin besar.tapi persekitaran makin tak sihat.dia besar nanti sah2 dia kena belajar duduk sendiri.
selamat ke dia kat luar sana..
aihhhhh!!!!!

white rose berkata... [Layan!]

aku berfokus kat gambar tu...
teknik fisheye...

tu maknyanya entry menunjukkan kanak2 mahukan perhatian yang lebih dari ibubapanya...malah mereka mahukan segalanya terbaik buat mereka...

kanak2 ni jiwanya bersih & suci...
yang mencorakkan mereka adalah keluarga...guru2 disekolah hanya membantu memperbaiki corak2 itu...
selebihnya adalah ibubapa & keluarga...

sasa, bila kau sudah ada anak, baru kau tahu betapa besarnya kemahuan anak2 itu berbanding teknik fisheye yg ada kat gambar tu...

biskut berkata... [Layan!]

kemajuan teknologi yang seiring dengan kelahiran dan ketumbuhbesaran mereka menjadikan mereka gagal mengaplikasi keadaan malah terus terpengaruh dengan masalah2 sosial di sekolah atau pun luar sekolah.disiplin itu mengajar mereka menjadi seorang yang mampu mengawal pembawaan diri dari pengaruh yang kotor.kalau saja mereka membenci guru disiplin bukan kerana mereka rasa terkongkong tapi kerana mereka tidak dapat melakukan gejala2 yang teruk.perlu diajar nih..huh

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

ish-ish.

macam-macam budak sekolah ni.
tak hormat cikgu langsung.

Post Terbaru Budak-Budak (Entry Khas)

aisya berkata... [Layan!]

ape kata sebelum kita ckp mereka.
kita flashback semua diri kita :)

F.a.S.h.E.e.H.a berkata... [Layan!]

Budak yang hidup di arus kemodenan berbeza dengan budak-budak dahulu. Pokok pangkal dari keluarga dan cara didikan. Betul budak sekarang susah ditegur. Apatah lagi remaja. Masa juga yang merubah semua. Pengalaman mematangkan manusia. Mungkin juga mereka tidak sedar apa yang mereka buat kesan dari kurangnya pengetahuan.

Fa over pulak. Hahaha!

nora berkata... [Layan!]

sembunyi dlm almari ar ngehngehngeh =p

putERi-kAtEk berkata... [Layan!]

dunia akhir zaman

huhuhu.... takotnya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@mimizuzuhaha
tu pasal, dunia makin maju. belum pasti di masa-masa akan datang. harap masih terkawal

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
betul kata akak. masalah sosial tidak semestinya faktor didikan keluarga, faktor persekitaran boleh jadi punca. misalnya persekitaran dan salah pilih kawan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
adakala ibu bapa sudah cukup memberi didikan tetapi faktor persekitaran mampu mengubah. silap saja pilih kawan, mereka akan terpengaruh

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
diorang tak faham mengapa guru disiplin perlu garang. guru disiplin berlembut akan di pijak kepala. guru disiplin bertegas akan dibenci. namun apa pun sikapnya adalah bertujuan untuk mengawal gejala yg tidak baik dan memberi panduan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@aisya
kita tidak mengata tapi harap mereka sedar. aku jugak seorang budak nakal ketika dahulu. aku pernah membenci guru disiplin. tapi suatu hari aku sedar guru disiplin bukan monster semata-mata.

bayangkan kita berada di tempat mereka. tanggungjawab kita untuk memandu pelajar ke arah kebaikan. mau berlembut? budak kepala batu tak pernah peduli. dibiarkan makin menjadi penyakit malah menular

New Hope berkata... [Layan!]

,tak habis2 salahkan murid

SELEPAS PTK

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@New Hope
trust me! I've been a bad boy once ago & I know it was my fault for being bad.

aku belajar sesuatu. Jangan suka menyalahkan orang, jangan suka menunding jari hanya kerana aku berontak, tidak suka dengan peraturan? peraturan itu membuat aku berjaya kini. taklah hebat mana tapi tidak jgk menjadi penagih dadah, penyamun dan sebagainya

Catherine- berkata... [Layan!]

dah namanya remaja.otak ketat sgt...emo lebih...nak emo biar bersebab yg jelas...bukan ikut jiwa yg bebas...sbb tu perlunya didikan agama.

agama paling penting!

contoh cam sasa-dia nakal tapi dia semayang 5 waktu.sejuk perut ibu...;)

jap..betul ke sasa ko semayang 5 waktu?? aku agak jer...;)

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

apa la nasib guru disiplin....bile kita berkeras skit...mula lah kenderaan menjadi mangsa...kalu nak berlembut pula...banyak lah gejala tak berfaedah berlaku kat sekolah...tu la anak muda zaman sekarang...dia ingat dia bagus sangat ke...tak hormat guru..kalu time aku kat sekolah dulu...kecut perut bile guru HEM masuk mengajar...gerun...

Afiefah Safieni berkata... [Layan!]

cikgu disiplin la best..
nanti bila dah matang baru boleh pikir..
mesti dalam hati ckp ,ish jahatnya aku dulu..

NAJ HEBAT berkata... [Layan!]

oh cikgu.. gua mintak maaf..

gua dah insaf. dulu kat mrsm nakal gilak..

okeh.

gua rindu rotan yg cikgu selalu buat korek telinga tu, birat bontot sudah hilang.

gua dapat A- untuk addmath. cikgu memang hebat.

babai cikgu. sekian.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Afiefah Safieni
ouh best, punggung kena rotan pun best kan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@NAJ HEBAT
bagus la ko dah insaf. lain kali jangan nakal lagi. addmate aku dah hampir gagal. ko sangat hebat