online counter

16 Disember 2010

22 Tetapan Kostum Pic Style Canon

Cerita mengenai costum Picture Style pada DSLR. Kadang-kadang aku gatal tangan  jugak  mengubah tetapan pada kamera gedabak tu. Ini terutamanya pada tetapan Picture Style tu. Aku ada daftarkan beberapa style yang aku suka. Paling mudah style vivid dan hard tone. Asyik gunapakai standard, portrait dan faithful bagai menyebabkan aku boring melihat gambar yang ada. 
Nak daftar picture style ni kena faham dengan konsep sharpness, contrast, saturation dan color tone dulu. Kalau main lantak ja akibatnya pic style yang kau daftar tu biasanya akan jadi over vivid, over contrast atau kelabu asap. Kalau kaler dah over sangat pun pedih mata tengok, bila terlebih contrast pulak helaian rambut pun tak nampak, hitam ja macam kena tumpah cat. Lagi tak syok bila gambar nampak kelabu asap ibarat pandangan mata menembusi tinted kereta aja.

Gambar di atas bukanlah baik mana pun kan. Sekadar kongsi apabila cerita pasal benda ni. Kuning sikit sebab saja pakai white balance shade konon nak bagi suasana ala-ala musim daun gugur di London. Manalah tau ada yang tertipu kan.

p/s: nombor daftar kereta tu aku dah tampal, Cik Ros Putih jangan tiru buat nombor daftar macam tu pulak. Aku bukan apa, kesian dengan pemilik viva tu kan. Tak mau la publish nombor kereta dia kepada umum.

22 Komen:

zaL_cdpx berkata... [Layan!]

kete spe la jd mngsa nie kn !
ape2pn.., leh thn ! keep it up. huhu

diana berkata... [Layan!]

kalau orang tengok gamba ni mesti orang akan kata..
"wah...bangga la.ada jugak mat saleh kat london nak pakai viva.."
kan??

hahhaha

beaty berkata... [Layan!]

UWHAAA SASA JUA LA..!!

syafiQakarim berkata... [Layan!]

phewitt..cun babe.
haha.weh,tag love tu segan nak buat.
tade lover2 la. haha

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

keta panas ni.

keh keh keh

Faarihin berkata... [Layan!]

memang nice lah.. hahaha..
popular keta ni..

white rose berkata... [Layan!]

jenuh aku nak memahamkan apa maksud daftar picture nih...
agak kebingitan...

ape kau piki aku suke private ye???
ape klasss private ni...

kete tu kecik, tak muat aku nak dirve...
kete kebal aku lagi besh, bole driffff...
pastu aku tampal plat "FAVORITE"...
lagi besh...

miahaahaha...

tsaicoutic tranmorphersys berkata... [Layan!]

style!!!!!!!!!!!

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

cantik..terror la Sasa klu buat panning :).

New Hope berkata... [Layan!]

wah tak yah pakai phhotoshop ke

MBMMBI BAKAL JADI PPSMI

Richard C. M berkata... [Layan!]

Bos cuba ko bgtau sya apa setting vivid n hardtone tu. nak save dlm cam hehehe.. sya masi tcarik2 la setting tu.. :p

biskut berkata... [Layan!]

kena catit sikit2 nih,catit untuk info masa akan datang...tanx

me3rma berkata... [Layan!]

sonok menggila dengan dslr nieh..pat cam3..heeee

E.d.Y berkata... [Layan!]

cantik viva...klass gitu

Suriati Suhaimi berkata... [Layan!]

wah..cm iklan...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@zaL_cdpx
aku tak kenal orang tu. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@syafiQakarim
wah, takdak alasan. family pun lover la beb.

gurau ja. its ok, aku paham :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
aku tak tau la nak translate kata define setting la gitu. aku sukati la kata daftar aturan.

nanti aku nak tumpang kereta kebal cik ros boleh? mengidam nak memandu kereta kebal, bagi la peluang pandu uji

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih
masih ada blur di bahagian hadapan tu. no. daftar kereta sebagai titik fokus sambil mengikuti pergerakan titik fokus tu :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@New Hope
kena pakai photoshop jugak utk add teks trademark tu dan resize jadi kecik sikit utk uplod. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Richard C. M
bro, ada dua cara. salah satu download pic style dari webcanon dan register ke dslr melalui software canon utility.

satu cara lagi manual define ja. tekan menu setting>picture style>tekan set>pilih user def.>tekan display> di situ jumpa costum define..

utk vivid, bro main dgn meter sharpness dgn saturation.

yg aku kata hard tone pula, aku main dgn +ve contrast, +sharpness dan -ve color tone

LuLu berkata... [Layan!]

nice shot! ala Malaysia ni pn kadang2 mcm London jugak haha :P