online counter

28 Disember 2010

53 Melayu Miskin, Melayu Malas!

Aku cukup sakit hati bila ada mulut cabul yang cakap tanpa usul fakta. Terutama bila melibatkan bangsaku sendiri. Melayu bodoh, malas sebab itu miskin sejak dulu hingga sekarang. Melayu dimanja, harap dibantu subsidi, sedekah. Orang lain berniaga kaya-raya!
Nah! Siapa tahu di sebalik itu ketekunan mereka berlipat ganda. Kau sendiri takkan mampu melakukan pekerjaan mereka yang kau katakan malas! Kehidupan turun temurun daripada nenek moyang. Pantang kata kau dagangkan tanah moyang ini. Bukan untuk kau hina, kebodohan kata kau. Namun kau hormatilah erti kehidupan bagi mereka. Bukanlah mengejar wang semata-mata.(Baca kisah kehidupan).

Keuntungan mereka tidaklah sepertimana yang kau perolehi. Sekadar meneruskan kehidupan dengan tradisi. Namun hulur bantuan janganlah kau ungkitkan. Jika tidak ada tak mengapalah, jika ada syukurlah jangan kau hinakan. 

Mereka boleh saja menjadi pedagang berjaya. Tanah yang saujana mata memandang, kau pasti mengerti nilainya. Tetapi adab tradisi nenek moyang itu mereka hormati. Siapalah kita tanpa mereka, beras sebutir mungkin kau takkan pernah kenal.

53 Komen:

white rose berkata... [Layan!]

ah? sape yang cakap tu?

mari sini, aku kasik belasah cukup2...

ape, dia tu tak makan nasi ke?
tak minum teh ke?

takkan la dia makan nasi yang turunnya dari langit?

nasi dari beras...
beras tu sape yg usahakan kalau bukan MELAYU?

aaahh...ni yg cakap ni BELUM SUNAT...
mai sini aku SUNATKAN...

syafiQakarim berkata... [Layan!]

aih..biadap betul.siapa yang kata
begitu..?dah cukup bagus kah mereka?
takkan melayu hilang di dunia.
sukahati berkata tanpa semena mena.
ada mereka bantu apa apa ke?
tak bukan.?jadi tak perlu lah
nak mempertikai kan melayu.
cisss bedebah..

eh..tiba tiba rasa mcm zaman hang tuah
pula. =P

putERi-kAtEk berkata... [Layan!]

yeah!!! ini lah yg kita mahu!!!!


hidup bangsaku!!!!

F.a.S.h.E.e.H.a berkata... [Layan!]

Mungkin melayu malas, manja, sedekah tu diguna pakai untuk sesetengah orang. Bukan semua. Masih ramai lagi yang berdiri di atas kaki sendiri memerah keringat sehingga titisan akhir. Yang bangga dan puas dengan titik peluh yang mengalir untuk sesuap nasi. Yang menghargai kesusahan. Cuma jangan dipandang hina walau hanya bercucuk tanam, menjala, berkebun. Mereka dapat hasil yang halal walau tidak semewah mana.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
hehe.. ini bkn nk timbulkn isu rasicm tp dah ada yg cakap main lepas tu aku ekplen la sikit bagi cuci telinga. komen mana, artikel mana, biar la rahsia.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@syafiQakarim
tu la ada yg hinakan bgsa kita asyik terima subsidi ja. org lain tak pun. tp mcm aku kata, ada bantuan ok la, takdak pun tak kisah, tak minta mengemis pun

diana berkata... [Layan!]

siapa2 pun kalau dimanja kan akan jadi malas..tak kira la dia tu cina,melayu atau india..rasa tak cukup,mintak..bila dah diberi,nak lagi..jalan untuk usaha tu tak de.
ada jugak yang dah memang susah tapi tak mahu berusaha.

kalau kerja nye ditengah sawah,tak mungkin la orang kata dia malas.sebab tengah sawah tak de tempat untuk bermalas2..

yang pasti bila orang tu menganggur dah tentu lah di gelar pemalas..tak kisah la sama ada dia berusaha mencari pekerjaan atau tidak.

mungkin orang menggelarkan melayu malas itu untuk orang melayu yang tak de kerja langsung.bukan untuk orang melayu yang kerja kampung ni..kan???
heheh

ibuintan berkata... [Layan!]

mulut sapo yang takde insuran tu..

mulut tu yang patut diganyang, kasi laser sikit

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@F.a.S.h.E.e.H.a
betul tu. cuma org melayu ada yg masih di dalam kepompong tradisi :)

E.d.Y berkata... [Layan!]

melayu sebenarnya banyak yg ditindas...kat kampung2 lg la.kesian dieorg

AnisZahra berkata... [Layan!]

Hahaha, sabar Encik Sasa. :D marah benauu ni.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
betul jgk kata kak diana tu, semua bangsa pun ada jgk yg malasnya. cuma jgnlah dihinakn sbb majoriti melayu miskin. bagi yg mnjalankan kehidupan tradisi ni wajarkah terkena tempias dikatakan malas dan bodoh hingga tiada kemajuan?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ibuintan
haha.. ibuintan cerita bagi laser sikit

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

pedulikan apa mereka kata

hak kita, milik kita.

M.I.A berkata... [Layan!]

tak apa la... biar mulut berbisa tu berbicara... tapi jangan kita ni istidraj pulak... berjaya tapi semakin jauh dari Maha Pencipta..

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. berkata... [Layan!]

hmmmm...
malas neh penyakit yg susah betul mau diubati..
malas vs rajin..
kak pon malas jg.. tp tau jg rajin kalu fikir besok2nya teda beras.. adeh!

Faaein berkata... [Layan!]

suka entri ni..

manusia yang berkata-kata macam tu ada 'penyakit' dalam diri dia..

LeeAneem berkata... [Layan!]

salam ziarah.....pemimpim kena main peranan...prihatin ngan rakyat..tk kira kaum ape sekali pun...

melayu susah pun sbb sape....same2 le kita fikirkan...

eB@mamaAerish'n'Aed berkata... [Layan!]

betol, mmg eB ngaku x mampu...
tapi x pernah la plk kutuk esp bangsa sendiri... walopn sparuh jerk kat dlm darah nih...

aku bangga mengaku diri ini melayu...
teman org perak >_<

yangyuyu berkata... [Layan!]

jom ubah nasib kaum kita

Fxysche Nas berkata... [Layan!]

hakikatnye ramai je Melayu yg berjaya dgn cemerlangnye..namun keburukan juga yg sering digembar gemburkan...

tak patot tak patottttt

Catherine- berkata... [Layan!]

mereka dengki sbb orang kampung hidup x stress macam diorg~

bg aku, orang kampung lagi kaya.jgn sesekali pandang rendah dengan mereka.tanah yang mereka miliki itu cukup untuk menilai "harta" yang mereka ada.cuma tak mahu menunjuk2 aja....

silap...

silap besar bg orang yang cuma tahu mengutuk mencaci~

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

jangan lupa asal-usul. sama2 berusaha utk ubah diri. suka pic ni..di sawah ka ni?

dayya dayyanna berkata... [Layan!]

cis. Tengok, burung2 tu teman pak cik tu. Dia tau pak cik tu penat. :P ngee. lawa gambar!

CakapBisa berkata... [Layan!]

jek, hebat jg kau aaa.. hehehe.. melontakan kata2 yg berarti..:)
bgus jg ni,, bg kesedaran kpd orang yg suda lupa daratan..:)

TheChekJah berkata... [Layan!]

Jah setuju yer...

Just Call Me Bitt berkata... [Layan!]

setiap kata-kata yg diterima, kena baca dr puncuk dan pangkalnya tentang sesuatu isu...kalau kite ambik di tengah-tengah mungkin ayat itu jadi negatif dan melibatkan pecah belah...setuju dengan kate kamu tapi tak setuja kepada org yg berkata sedemikian...betulkan saya jika saya silap :)

NAJ HEBAT berkata... [Layan!]

ah. apa2 pon.. saya anak malaysia!

Fadzli Amir berkata... [Layan!]

Mungkin ada benarnya...Semua bermula daripada dasar pecah dan perintah penjajah British...yang mana ianya telah lama dipraktikkan di negara jajahan mereka, India. Namun ianya tak lah menggambarkan keseluruhan sesuatu bangsa. Kerana hanya segelintir yang malas kerana telah diasuh sedemikian rupa. Dan golongan inilah yang menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga. Pada hakikatnya di luar sana masih ramai di kalangan bangsa melayu yang tak mengharapkan segala macam bantuan tapi masih gah dan berjaya menaikkan taraf ekonomi mereka.. Salam perkenalan...Dah follow awak, kalau sudi singgah, sudi2kan lah,,

arep_lockermonth berkata... [Layan!]

hye ...follower baru singgah meh :P

follow me back keh!! heeh

http://myamigosspace.blogspot.com/

biskut berkata... [Layan!]

pernyataan yang berterus terang tapi terlalu memedihkan hati...mungkin kita perlu belajar dari kata-kata tuh.

hepi niu yar sasa.

diana berkata... [Layan!]

mana tuan blog ni menghilang???

amYno berkata... [Layan!]

takkpe...ak bes bajar t ( deg of economic ) ak akan tlg majukan bangsa ak yakni melayu tanpa cube mjatuhkan bangsa lain! idop melayu!!!!

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

salam..dtg ziarah kwn :). Sihat ke Sasa? lama tak blogging. apapun selamat tahun baru 2011.

Afzainizam berkata... [Layan!]

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EEEMMMMM terpaku bila aku baca....

apa pun ayuh bangkit Bangsa ku... kita bukan layu kita ni Melayu...

Nenek moyang kita rajin meneroka tanah harapan dia agar anak cucu akan hidup kaya makmur...jangan harapkan bantuan orang...

yup mmg aku kita ni malas ... sempena tahun baru ni azam aku kali ni nak merubah hidup lebih baik dari lepas... Insya Allah aku kena berusaha lebih bersungguh lagi....

Terima kasih tegur bangsa ku...

saya afi. berkata... [Layan!]

sangat setuju dengan white rose.

haih. ntah hape hape tah.

kata kila berkata... [Layan!]

smart bro!

Affan Ruslan berkata... [Layan!]

Taktau lah bro, mungkin bila dah majoriti melayu kat malaysia ni, dirg lupa diri.

aku baru dapat kawan melayu singapore di kanada dalam minggu lepas. bila tanya:

"macam mana ye orang melayu die singapore"

jawapan die lbih kurang begini:
"kitorang dah memang di mindsetkan agar tak berfikiran spt org minoriti"

mungkin kah org melayu kurang berdikari?

tapi pada yg sama, kita takleh keji orang yang jadi petani, nelayan, kadang2 pekerjaan diorg lagi mulia dari org yg dapat duit berjuta

tenangsudey berkata... [Layan!]

kalau cuti siyes best... bile nak keje.. hohoho berat sikit

Faaein Himura berkata... [Layan!]

p/s: anda di tag.. ada masa... sila2 lah jawab.. =]

EB berkata... [Layan!]

Assalamualaikum wbt..
Kaya kalau jauh dari tuhan pun tiada gunanya...
Follow kamu jiran..
Sorry x blh nak teriak2.. nnti kena marah admin.. hehehe..

Rashid berkata... [Layan!]

as Salam

Melayu harus bangkit!!! Melangkah gagah!!

Afzainizam berkata... [Layan!]

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

irwanpauzi berkata... [Layan!]

org melayu jebis cari peluang..bkan cam org cina atau india..mereka cari peluang..

~CiK TiNieY~ berkata... [Layan!]

sabar2...hehe

ザ-sylver-shooter berkata... [Layan!]

ni, sebelum tulis ni ade gi research kaum2 lain ke?
ade bace kisah manusia di bumi lain? di bumi yng jauh lgi gersang..

kalau ade,
meh aku simpulkanutk kau,
melayu bukan tak rajin, tapi cepat berpuas hati..

mALd!EyA berkata... [Layan!]

wah..indahnye bahase..tertarik dgn cara penulisan u..follow ok..thanks~

note=pemimpin malaysia:melayu bukan..=)...raja malaysia:melayu juga..=)

Lulu caldina berkata... [Layan!]

no komen..ngee

sang kelembai berkata... [Layan!]

kurang ajar sape yg ckp mcm 2..??
cakap xpenah pikir kew..??
aku rase yang ckp nie mmg asl owg senang die xpernah rase lg macam ane owg cari duet...
huh
pape ntah!!!

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Lulu caldina
so sory if aku nampak racism sikit. ekceli tak terniat. just nak orang lain fahami situasi ni. salam kenal :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@mALd!EyA
maaf tak terperasan komen kamu. tengs ya. biasnya aku akan follow balik. wait for me there:)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@sang kelembai
cool bro. kita cuma nak mereka faham. dan sejarah kerajaan british di tanah melayu dulu yg memulakan status quo. cara kehidupan melayu & bumiputra bermula sejak tu

Satria berkata... [Layan!]

Malas? bukan ungkapan tu yang patut keluar... Orang malas orang yang xde usaha... selagi ada usaha walaupun hanya tanam jagung or tanam anggur kat kampung.. itu bukan dikira malas.Ungkapan malas sesuai utk mereka yang hanya mengharapkan sesuatu tanpa usaha...macam judi ker.. cuba fikir orang mana yg sebenarnya paling malas? hidup selalu bergantung pd judi..nombor ekor.. bila kena berjuta2..bangga x terkata..kata duit itu hasil dari usaha mereka! itu orang kata bangsa yg rajin? sorry to say....