Kau pernah rasa tak? Gila memang tak best. Semalam perutku ditusuk, aku terbaring menahan sakit sampai penuh keringat seluruh badan. Aku nak capai henfon rasa tak mampu dah. Masa tu aku tunggu nak pengsan aja. Tarikh 1 November 2010, hari yang malang bagi aku.
Aku termuntah merata. Ngeri sangat keadaan aku. Sebab nak survive, aku kuatkan juga semangat untuk bangun mencapai henfon yang aku letakkan di meja ruang tamu. Aku perlu hubungi sesiapa pun untuk meminta pertolongan.
Kes ni berpunca dari malam-semalam ketika aku singgah ke sebuah pekan yang sunyi. Pekan yang memang aku tak berapa biasa sangat. Aku bukan sengaja untuk mencari pasal, tapi apa nak buat. Perjalanan selama 6 jam membuatkan aku lesu dan lapar. Mahu tak mahu, terpaksa jugak singgah di pekan sunyi tu.
Kebetulan ada pasar tamu, lalu kubeli beberapa jenis makanan panggang. Aku masuk dalam kereta sambil gelojoh melahap. Sesuatu yang masih tidak kusedar perkara yang akan berlaku.
Sakit perut tak terkata ketika dah sampai di rumah. Masih ku tahan jugak, kataku masuk angin saja. Namun petang semalam telah sampai ke kemuncak setelah balik dari acara sukan, perut sakit seperti ditusuk pisau. Serta merta aku tak dapat bangun. Seluruh tubuh menggeletar. Asyik termuntah. Mujur Cikgu Daud datang membantu setelah kucapai henfon untuk menghubungi dia. Aku dikejarkan ke hospital pada malam tu jugak.
Aku keracunan makanan dan hari ni masih lagi menderita dengan kesakitan namun sempat aku menulis untuk memohon maaf dengan kawan-kawan sekalian atas deaktif beberapa hari ni. Doakan aku cepat sembuh...
12 Komen:
moga cepat sembuh!
kasihan deh loe~
len kali jalan jaoh tu bawa la bekal kfc ka..piza ka.. konfem x keracunan.
Kasihannya kamu. Get well soon ya bro. Jangan lupa makan ubat. Makan tu pun jaga. Jangan tak ikut masa. :p
@Catherine-
mana la aku tau tiba2 lapar. di rumah sblm jalan dah mkn tengahari. alahai kfc, piza
@Nasz
tengs naz. skg masih sakit lg ni. aku pun tak pasti, asal makan aja perut aku sakit. aku agak ada alien dalam perut aku sedang melahap dengan buas
huhuhuhu...sasa!!!
sedihnya awin...kesian kamu sasa....
semoga cepat sembuh!!!
kalau sakit perut, mama awin slalu pesan, makan pelahan2 sebab perut tak sihat lagi... huhuhu
la..
kat pekan mana tu..
entah berape orang la yang dah makan panggang2 dari kedai tu..
kena repot tu..
kotor ke kedai dia??
@nurin adilla
tengs awin.. alahai sempat lagi tgk blog ni walaupun sakit. gila blog betul
@diana
ada la pekan tu. tak mau sebut la. tapi gerai tu tak boleh pakai betul. celaka, mesti dah ramai yang menyumpah
6 jam perjalanan? jauh jugak..mau sampai tawau sudah tu huhu. moga cepat sembuh..
@Nurr Kasih
tengs nurr.. memang jauh la sangat. turun bukit naik bukit, baru la sampai
oh sasaku smoga engkau cpt sembuh...hehe. nti blogku sunyi tnpa jejakmu...ngee3x
@Dayana Nasir,
tengs wieyah :)
Catat Ulasan