online counter

15 November 2010

24 Masalah Kebanjiran dan Kesibukan

Akhirnya hari ni semuanya selesai. Aku sendiri pun sudah berada di zon selamat. Projek yang aku cadangkan dah setel dengan jayanya. Namun mungkin masih perlu diperbaiki sedikit. Hari ni aku melihat suatu hal. Aku respek dengan sesuatu ni dan aku respek dengan 'mereka' Aku memang dah faham mengapa mereka lebih cepat berjaya berbanding kita ni. Kiasan sedikit di situ. Tapi serius memang respek dengan ketekunan mereka.
Berkenaan dengan Kesibukan dan masalah kebanjiran. Akhirnya, aku dah boleh menarik nafas lega. Kesibukan dah selesai, banjir dah surut. Mungkin projek akan datang akan diusahakan bersama pasukan tidak langsung aku. Mungkin kelas menanam pokok di kalangan pelajar ketika cuti. Harapnya dapatlah dibuat dengan mengeraskan tulang empat kerat ni. Daripada memboringkan diri di kala cuti sekolah, baik jugak mengasah kualiti terpendam para pelajar kan. 
Sejak akhir-akhir pergabungan kami bertiga iaitu Pasukan abang kebun teletubbies, terasa aktif pulak untuk mengadakan aktiviti seperti ni. Seronok berkongsikan ilmu, ditanggung pulak dengan peruntukan menyokong tuan pejabat dot dot dot. Jangan kata kami nak cari untung, tiada apa-apa bayaran tau, malahan kos. Namun tidak setanding dengan kepuasan yang dapat dicapai. Hari ni pun  gembira sangat dapat berkenalan dengan lebih ramai tuan-tuan yang spoting.

Akhir-akhir ni aku dah banyak merungut, cerita penggambaran yang sangat tak terer pun dah kurang. Ada yang tanya kenapa entri semalam tidak bergambar. Ok la, nah gambar tu dengan mengada-ngada aku menetapkan aturan White Balance kamera kepada shade. Kononnya nak bagi warm ketika musim banjir yang sejuk tu. Sangatlah mengada kan?

24 Komen:

Fello Ariza berkata... [Layan!]

Pasukan abang kebun teletubbies?

haha...

lawa giler name "P

biskut berkata... [Layan!]

banjir dah surut...kawasan mana nih bro..?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza,
saja nak bagi nama pasukan yang canggih :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut,
area dekat sekolah aku tu. daerah Tenom. dah boleh nampk jalan raya. kalu malam tu jalan raya pun dah tak nampak. nak hanyutkan kereta boleh try lalu

Nasz berkata... [Layan!]

Bersampan? Woww~
Aktiviti berkebun? Saya mau join boleh abang kebun teletubbies? Saya pun tiada aktiviti menarik mahu dilakukan. :p

nurin adilla berkata... [Layan!]

perli awin ya bah....hahahaha.....

besh gila naik sampan mcm tu,,,,waaaaa....... nk satu boley ka?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz,
boleh saja. kali ni nak tunjuk teknik mencantas pokok secara sinis

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla,
mana ada perli bah. puji sikit ada la. sila minta sampan sebijik dgn orang kampung ni ya. kalau tak bagi, awin boleh try main rakit buluh

nurin adilla berkata... [Layan!]

aik....belum tido ka bah?
hahahaa......

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

aku suka situasi pic ini...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla,
belum la bah :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan,
tiada yg menarik bro, bencana alam. haha

Siti Mashitah Saidin berkata... [Layan!]

gmbr tuh, tempat kat mn?

Faarihin berkata... [Layan!]

nama pasukan yang menarik.. hahaha.. boleh memikat hati bebudak ni.. sbab ada nama teletubbies.. hahaha..

E.d.Y berkata... [Layan!]

uka tone warna gambar ni...cantik aa bro

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

ini kwsan sungai ke atau kwsan dinaiki air?? dah surut kan..cantik tone pic ni..sesuai dgn mood gambar :D.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Siti Mashitah Saidin
banjir di daerah tenom :)
mesti tat tau tempat tu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Faarihin
hah, mestilah. canggih gitu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@E.d.Y
tengs bro, kebetulan aja tu :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih
kawasan tapak rumah yg lebih rendah dari jalan raya :)

tengs, agaknya kebetulan. hehe

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

adakah kebetulan? teruskan usaha hehe.
salam aidiladha juga :D.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih,
tengs, ekceli masa ambik gambar ni tengah bonceng motor :)

anamizu berkata... [Layan!]

banjir ke ni incik sasa?? ^^

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@anamizu,
yalah, masa ni dah surut