online counter

08 November 2010

28 Kisah Frustrasi

Oh masalah, kau buat aku celaru. Frustrasi menggila di minda. 
Lalu pada malam itu, aku bawa kamera menggambar nyalaan api di suatu sudut jauh. Dengan focal length 270mm yang termampu. Ku ubahkan ISO secara manual dan menetapkan ISO400 untuk menambahkan titik-titik noise melambangkan kecelaruan hatiku. Kemudian shutter itu aku kurangkan kelajuannya pada kadar 3.2 saat. 

Sambil menekan butang snap, aku rendahkan tangan secara perlahan agar dapatku ubah hala nyalaan api kecil itu agar kelihatan lebih berolak. Begitulah perasaanku ketika itu yang tensyen tahap sawan kerana kau.. Keseorangan aku hampir menukul kepala ke dinding menandakan aku tidak ingin melepas geram pada sesiapa. Begitulah diam aku sebaliknya... 

Aku lepaskan segalanya sendiri tanpa mengguris hati sesiapa. Agar aku lega dengan caraku, esok aku akan memaafkan dan melupakan apa yang terbuku dihati. Itulah aku.. Kau takkan pernah tahu aku pernah marah pada kau, kerana dalam diam aku akan melupakan kemarahan itu dengan caraku.

Begitulah kisah terhasilnya Foto Abstrak yang sangat mengarut ini. Sekian.

p/s: aku tidak akan menghantuk kepala bersama kawan seperti yang dilakukan  watak Teletubbies. Oh ya, watak matahari berwajah baby tu sangat comel.

28 Komen:

cintatehO berkata... [Layan!]

ape mksd disebalik pic abstrak 2??..biasanye pic abstrak ada makna tau. wahai si ambl gmbr sila jwb..sy bdk baru blaja...huhu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@cintatehO,
foto abstrak tersebut ada kaitan dengan amarah jiwa kecelaruan aku ketika tu.

maka tajuk gmbr ini adalah.. jeng jeng jeng.. sikret.. tk mau ckp

Nasz berkata... [Layan!]

Ouhh bro jangan cuba membocorkan kepala anda macam naz ni. Haha~ Sila ambil gambar banyak banyak jika itu boleh mengurangkan ketensyenan anda. :p

si biskut berkata... [Layan!]

dengan taktik shoot jer ko dah boleh aplikasikan dalam bentuk seni..uh pic itu pon seni gak..salute.

diana berkata... [Layan!]

WOW!!!!!!

dan

WOW!!!!

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz,
tengs naz. aku akan cuba mengawal perasaan. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@si biskut,
berkarya dari hati, kawan :)

Emilia Emira berkata... [Layan!]

mmg menggambarkan amarah yang marak..erkks ayat xleh blah aa plak kan..
okeyh..cool ek!~

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana,
ah? wow wiii, maisara boleh jadi watak matahari dlm episod teletubbies tu, dia comel.. hehe..

ops, tajuk dah lari

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Emilia Emira,
amarah dan kecelaruan di situ :)

nurin adilla berkata... [Layan!]

ini adalah pencemaran udara....
pembakaran secara terbuka...

hahaha....awin nk report jabatan alam sekitar...hahahaha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla,
api tu kecik aja la. aku yg buat ia nmpk besar. haha

Fuziani JSR berkata... [Layan!]

Tunggu punya tunggu... picnya tak juga muncul-muncul...

F.a.S.h.E.e.H.a berkata... [Layan!]

Aku juga begitu. Marahku berlalu pergi dengan sendiri keesokan hari. Kita serupa.. Ohh kita serupa (sambil nyanyi pegang payung)

Nik Nur Izzati berkata... [Layan!]

style oh. tapi kalau dapat buat lagi statik api tu pun cnatik jugak lah

gud work
:D

saYuri berkata... [Layan!]

uish..seb bek ko x terambik picca2 anehh..api lak tuh..aishh..ahaha..

alunan yg sm..kna tiup angin ka??

*ske2 ati aku je..aishh

-stRawberry nYum-nYum- berkata... [Layan!]

t amek kan pix sye ea...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fuziani JSR,
ala kak, rugi tak nmpk api marak tu.. hehe.. tiada apa jgk. bkn menarik pun..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@F.a.S.h.E.e.H.a,
oh, aku boleh bayangkan. tapi sebelum tu konpem ko ada buat mulut camni, "pot, pet. pot. pet, bla. bla. bla, celaka, cis, kuang ajar" agaknya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nik Nur Izzati,
alahai cik lesung spoil la orang nak melakarkan karya dengan ikut sukati ni. haha.. aku kan nak buat abstrak di situ

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@saYuri,
aku yang reka alunan api tu dgn teknik melantak kamera. hehe.. kalau nampak benda pelik mesti best. seram aja. aku nak tayang merata

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@-stRawberry nYum-nYum-,
orait, nanti aku dtg fesbuk ko ambik pic ko banyak2

kata kila berkata... [Layan!]

chare lah wey

Rafina Mimi Zairul Murni berkata... [Layan!]

minat fotografi ke?akak pun minat tp cita-cita tak kesampaian..hhuhuhu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@kata kila,
lalala~ aku tak paham

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Rafina Mimi Zairul Murni,
boleh la. layan jugak hobi ni

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

cantik pic ni..mcm lukisan di atas kanvas tu..background dia apa?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih,
tengs, background rumput, pokok2, asap jugak. dah berubah sebab gunakan slow shutter :)