online counter

13 November 2010

32 Jangan Lupakan Kenangan Lalu

Kali ini aku serius. Aku bukan main-main bila aku menulis untuk kamu, pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aku menulis untuk kau renungkan. Mungkin kau gembira bakal meninggalkan sekolah ini, rasa tidak sabar menjejaki dunia baru. Mungkin juga kau sudah bosan dengan tempat ini. Rasa terkongkong dilayan seperti anak kecil.  Ya, boleh jadi mungkin begitu.
Namun jangan pernah kau lupakan kenanganmu tertinggal di sini. Sekali pun jangan pernah kau lupakan tempat ini mendewasakanmu. Jangan pernah kau lupakan zaman kegemilanganmu di sini. Pahit manis, keriangan, kesedihan, semua di sini. Segala kenangan itu wajar kau abadikan.

Kali ini kau bakal melangkah ke alam dewasa. Sekolah rendah itu untuk kanak-kanak dan kau sudah tidak sesuai di sini. Maka diucapkan selamat menjejaki dunia baru, dunia kedewasaan.

Kecemerlanganmu di sini wajar kau teruskan. Kegagalanmu sebelum ini kau tebus di sana. Dan semoga suatu masa kau akan lahir menjadi manusia yang berguna, menjadi kebanggaan kepada mereka.

Semoga dapat kamu daki puncak menara gading dengan jayanya. Amin..

32 Komen:

F.a.S.h.E.e.H.a berkata... [Layan!]

Ya. Mudah-mudahan dpt jejak menara gading dgn gemilangnya ;)

Fuziani JSR berkata... [Layan!]

Amin... Semoga mereka terus berjuang memburu impian...

Nik Nur Izzati berkata... [Layan!]

mudah mudahan amin. dapat ke menara gading jangan tersangkut pulak, biarlah lulus dengan cemerlang dan seterusnya ke alam pekerjaan pulak. amin

biskut berkata... [Layan!]

aku pon ada kenangan di zaman2 mcm ko bro..dan bila aku tgok balik dowank dah jauh berubah...rasanya dowank lebih baik dari zaman aku..

misSbLurRy berkata... [Layan!]

rindu pada zaman lalu......
hurm.....zaman yang mengajar aku erti hidup

iQaChumel berkata... [Layan!]

oh..sgt rindu kan zaman kanak kanak dulu.
kalau boleh putar mas ='(
en sasa. sama2 doa kan anak muda kini.amin

Dayangku Army berkata... [Layan!]

nduuuu ba..inilah kata2 motivasi yg penuh kasih syg dr seorang pendidik..

awein berkata... [Layan!]

betul3 :( hu hu hu

nurin adilla berkata... [Layan!]

aik.....awein???
nama kita sama...hehehe

awein berkata... [Layan!]

@nurin adilla

aih sama ka ?? ehehh kembar aku yg hilang kali ko nii! ehe :D

diana berkata... [Layan!]

kat sekolah kamu ramai ke budak2 yang dapat A masa upsr lepas..??

Fello Ariza berkata... [Layan!]

melentur buluh biarlah dari rebungnya..

erkk..

ad kaitan ke pepatah kt atas nih..

huhu

Nasz berkata... [Layan!]

Ahh aku rindu waktu sekolah! Mahu pergi ke masa itu. Waktu di mana aku rasa semua orang sayang aku. :')

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@F.a.S.h.E.e.H.a

@Fuziani JSR

@Nik Nur Izzati

mudah-mudahan. Amin..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
apa bezanya tu bro?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@misSbLurRy
makcik, kita sama la

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@iQaChumel
tak lama lg kita akan jadi tua. tu la kitaran hidup. kita tak boleh jadi budak kecik lagi :(

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Dayangku Army
jugak kata-kata pembakar api semangat dari seorang abang kepada adik2 :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla

@awein

haha.. awin dan awien. akhirnya kembar bertemu di sini :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
sikit aja murid di sini. A pun sikit :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
boleh pakai jugak. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz
kita teruskan hidup dan hadapi cabaran dan dugaan ni. kita dah tak boleh jadi budak kecik lagi. cuma tinggal memori untuk kita kenangkan

dreamChaser berkata... [Layan!]

hi :) thnks for visiting iHaveADream :)
this is a great blog..yep. harap smua cita2 menara gading tercapai :)

Faarihin berkata... [Layan!]

itu dia.. pesanan dari seorang guru..

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

tahniah kpd yg berjaya, yg kurang berjaya tu bukan bererti ini pengakhirannya. perjalanan masih panjang :).

Alhamdulillah anak buah pass with flying colors.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@dreamChaser
thnks, u got a great also :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Faarihin
bukan cikgu, abang kebun la. ko dah lupa ya?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih
tahniah buat anak buah nurr :)

cikpia berkata... [Layan!]

arghhhh!!! teringat zaman sekolah dulu2..... =)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@cikpia,
dah2 jangan nak nangis kat sini pulak. sedih aku dgn ko ni

Tommy Andre Nekkoy berkata... [Layan!]

well composed picture - well done

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Tommy Andre Nekkoy,
thanks for the compliment. I'll try to work it