online counter

22 November 2010

36 Isteri Zaman Dulu dan Sekarang

Tadi aku terbaca sebijik entri Encik Biskut ni menceritakan salah satu punca perceraian suami isteri adalah kerana isteri dah semakin bijak dan elit di zaman moden ni. Kali ni aku nak tambah sikit di sini. Tengok bawah ni. Nampak tak? Gambar dah lama, kelam kabut jugak masa ni nak ambik. akhirnya tinggal punggung saja yang tercapai.
Sekarang ni tiada istilah suami sebagai ketua keluarga. Agaknya isteri selaku kapten rumah agak sesuai atau ketua rumah 1 (suami) dan ketua rumah 2 (isteri). Dulu?

Pandangan dan pendapat pula, istilah patuh kata suami dah expired. Oh plisss!! kata si isteri sambil ditambah dengan hujahan yang cukup bernas dengan fakta membidas. Dalam kes ni kau agak siapa yang menang?

Nak diadakan istilah respek kepada suami? Adakala wujud forum rumah tangga dan sesekali turut menganjurkan syarahan di antara suami isteri. Malahan perdebatan yang mampu meningkatkan kadar degupan jantung.  Apa nak buat. Isteri sekolah tinggi, sungguh bijak si isteri zaman sekarang ni kan.

p/s: kau jangan nak tipu isteri kau. Sesi perbincangan memang sesuai. Namun zaman sekarang silap hari bulan rumah jadi Mahkamah Tinggi. Siap kau dibicarakan. Lagi menarik sebenarnya bila buku bertemu ruas. aku ibaratkan batu bertemu batu pun best jugak. Zaman dulu batu digunakan untuk menghasilkan api, aku tengok dalam TV. Apa entah nama kartun tu. Flinstone agaknya. Ok dah lari jauh dari tajuk. Cerita tamat agaknya. Sekian. 

36 Komen:

yn berkata... [Layan!]

tp cm ne plak 'syurga seorang isteri di telapak kaki suami'..?

Fello Ariza berkata... [Layan!]

zaman berubah..

sume settle mahkamah kalo x puas ati..

adoyaii

nurin adilla berkata... [Layan!]

wahahaha
topik yg HOT.....
zaman dh berubah la sasa...skrg pompuan lebih berjaya dri lelaki.. dan sebenarnya ini la tanda2 dunia akhir zaman....dimana seorang isteri pangkat dan darjatnya melebihi suami... tapi kalau seorg isteri yg solehah, walau tinggi mana pun, dia mesti tau kat mana letaknya syurga....:)

Lina berkata... [Layan!]

betul ko! patut la laki aku nda suru aku ambil lesen kreta..hahaha

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

i like this panning..marbelous

biskut berkata... [Layan!]

ada sowang kawan aku,pompuan lar.student kat kolej multimedia ker aper namanya.Dia penah cakap..
"aku nak kawen ngan owg yang loaded2 jer,n then kalau dia buat perangai aku minta cerai,lps tuh nak bw court buat tuntutan mengikis punyer..."
tengok tuh Sasa,mana taknya jadi macam skg ni,tuntutan dibuat oleh kbykan pompuan..its a facts.

nurin adilla berkata... [Layan!]

tapi tak semua pompuan mcm tu.....jgn disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga....

d'Fedrin berkata... [Layan!]

tu la..
semuanya bergantung pada mentaliti isteri tu sendiri..

lgpun, rasenye..
isteri yg mcm tu selalunye isteri yg dulunye kawen tnpa belajar adab perkahwinan... gatal sgt kot kapel2..
igt nk kawen je..

tanggungjawab isteri xnk belajar.. hahaha.. :p

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@yn
yang tu isteri moden jawab la sendiri. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
isteri moden dah mahir selok belok. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
isteri moden dah mahir selok belok. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
isteri pun dah nak bertegas. dulu asyik mengalah aja sebab taat dengan suami

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Lina
haha.. nasib baik bukan motor macam dalam gambar ni

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
biar betul? agaknya kata-kata gurauan bro

nurin adilla berkata... [Layan!]

hbis kalau suami malas kerja....asyik mintak duit aja kat isteri yg penat2 bekerja...sapa tak HOT....hahahaha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
benda ni tak semestinya negatiif. cuma sekarang wanita lebih berdaya kepimpinan. hingga dalam rumah tangga pun boleh berdebat dengan suami

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@d'Fedrin
sebenarnya wanita sekarang lebih bersikap indipendent. berbanding dulu. namun kesilapan bila terlalu angkuh dgn ilmu yg tinggi adakala menyebabkan si isteri selalu membantah dan membidas si suami

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan
tengs bro. kebetulan saja. eksaited nampak benda lain dari yang lain. lelaki pulak yang bonceng

nurin adilla berkata... [Layan!]

hbis tu dh kalau pompuan lebih BERDAYA KEPIMPINAN.....kenapa nk salahkan pompuan pulak.....mana DAYA KEPIMPINAN lelaki??

alamak....mulut awin dh start nk berdebat....ayok!!!!!

ctpayong berkata... [Layan!]

apa yang penting..kerjasama...

Dayana Nasir berkata... [Layan!]

sbb tu si lelaki kena cukup ilmunya sebelum kawen..heee

white rose berkata... [Layan!]

kahkahkah...
aduhai...

zaman skrg ni semuanya nak tunjuk tere...
xde yang tak tere...
semua tere2 belaka...

jadinye kat mahkamah laa bukti ketereaan itu...

encik jangan buat macam tu ye...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
walaupun suami ada daya kepimpinan malah lebih berdaya kepimpinan daripada lelaki zaman dulu. tetapi wanita berpendidikan zaman ni setanding egonya dengan suami. tidak seperti dulu isteri menghormati sebarang keputusan suami sebagai ketua keluarga

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ctpayong
betul tu dan kedudukan suami sebagai ketua keluarga jangan dilupa :)

suami yang cool pun akan mula mengamuk bila si isteri asyik membantah menunjukkan kehebatan kan?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Dayana Nasir
adakah maksudnya lelaki normal jangan berkahwin dengan wanita berpelajaran tinggi pada zaman ni?

kalau mcm tu ramailah wanita berpendidikan menjadi andartu. sebenarnya ada kes macam tu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
betul tu. dulu masalah boleh dibincangkan di rumah. tapi sekarang, isteri marah tak puas hati, dia akan lawan hingga ke mahkamah. akhirnya perbalahan semacam ni membawa kepada perceraian.

sebenarnya kalau ikut macam dulu2 tak lah sampai jadi kes besar gini. isteri semakin pintar membuat keputusan. sungguh bijak :)

E.d.Y berkata... [Layan!]

ganas minah rempit tu..huhu

|| a - j . E . E || berkata... [Layan!]

hihi yang penting tepuk dada tanya iman.. :D

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. berkata... [Layan!]

uitss jan ko gitu dik.. sebenarnya isteri yang pintar dan etc yg sewaktu denganya adalah sebagai pelengkap kekurangan kpd suami dan jg suami pelengkap kekurangan kpd isteri. dan TATAP tu syurga dibawah kaki suami. hihi

biskut berkata... [Layan!]

dia serius beb...aku tau taste dia.Tapi best jer aku jerk n pow dia..haha.besalar anak load macam tuh lar..duit mak bapak dia.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@E.d.Y
seganas-ganas minah rempit tu, ganas lagi lelaki yang pakai beg sangkut minah tu. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@|| a - j . E . E ||
great idea. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms..
bagus jugak kalau ada idea mcm tu. tapi kalau tiada kesedaran gitu memang nda best langsung

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
weh bro, kompem ko boleh buat permohonan utk sugar mommy ni. ahaha

CikLilyPutih berkata... [Layan!]

comel lah gambo bini bawak motor tuh, amik Live ek?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@CikLilyPutihyup kebetulan pegang kamera masa tu. kelam kabut on kamera. kalu tak live boleh try snap sampai sharp. ahaha