online counter

16 November 2010

31 Erti Persahabatan

Jauh sekali bagi mereka untuk menerangkan erti persahabatan. Mereka pasti menjawab persahabatan itu kawan, sahabat baik, rakan karib. Tidak semudah tu kawan. Mungkin persoalanku ini hanya boleh dijawab oleh orang dewasa seperti kau semua.
Aku pernah perkenalkan mereka berdua dengan kau sebelum ni. Aku ambik gambar diorang ni pagi tadi. 270mm -No posing ok!

Aku tanya pada kau, apakah erti persahabatan? Sila kau jawab pertanyaan aku ni. Aku agak kau pun tak tahu. Mungkin kau kata peduli apa dengan persahabatan. Boleh jadi kau akan kata, aku tiada memori tentang persahabatan. 

p/s: kepada kawan-kawan, ketika susah senang, suka-duka, kegilaan kita, kegembiraan kita, sakit pedih lebam kita bersama, kekecewaan dan kesukaran kita. Kau semua jangan pernah lupa itu. Sentiasa kau imbaskan kenangan itu di dalam memori kepala otakmu di waktu kau lapang. Walaupun kau semua gila, namun aku gembira berkawan dengan kamu.
......
Di suatu petang yang sunyi, aku termenung mengimbas memori....
Oh ya, aku masih ingat ketika aku syok berchating dengan awek cun, korang ikat aku dengan kerusi sekali kau angkut aku keluar ya. Malah riang ria kau semua memandikan aku dengan air parit dan siraman pemadam api di tengah malam. Tengs, itu adalah sambutan Hari Lahirku yang paling meriah... Cis! celaka,!! Mereka adalah Jackass yang terlepas dari Hospital Bahgia!

31 Komen:

singAsong berkata... [Layan!]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurin adilla berkata... [Layan!]

pakcik kebun ni mesti nk usha kakak budak ni kan...hahahaha...asyik amik pic adik dia aja...

LuLu berkata... [Layan!]

saya rse saya takde dah kawan2 utk senang susah same2 :) selalunye mmg saya sorang2 je.so saya takde la byk kenangan ngn kawan sgt

awein berkata... [Layan!]

paling mantap la hari jadi ko ;))

Fello Ariza berkata... [Layan!]

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

huhu

biskut berkata... [Layan!]

persahabatan itu seperti musim bro..mungkin aku boleh ulas lebih panjang tapi kalau memahami sudah memadai.

Zoulhusni:My Emancipation berkata... [Layan!]

bagi Zul, tafsiran sahabat bergantung pada penilaian peibadi. bagaimana seseorang itu menafsir pengalamannya bersama mereka yang bergelar sahabat itulah y mendefinasikan erti persahabatan itu...

*wahhh, ayat nak gempak...(^_^)

d'Fedrin berkata... [Layan!]

sambutan birthday yg sgt styleee tu.. hahaha.. :p

Syam berkata... [Layan!]

Selamat Hari Raya Aidiladha Sasa! :)

Cindy Chriselda JC berkata... [Layan!]

for me, erti sebuah persahabatan ni tlalu luas pemahaman nya tuk di jelas kn. and btl ckp si biscut, klo kt sndri fhm mksud nya sdh memadai.the most important is, there's no end in friendship.:)

Nasz berkata... [Layan!]

Awww soooo comel!! Like me and my best friend, sorang tinggi sorang rendah. Haha~

Tapi bagi aku, persahabatn itu subjektif macam makna cantik di mata setiap manusia. Kita sendiri saja tahu mana persahabatan yang sejati dan sebenar dalam hidup kita ini.

Aku teringin mahu lihat muka kamu waktu dilaku begitu. Hahaa~ Serious funny!

misSbLurRy berkata... [Layan!]

aku susah nak berkawan, once dah berkawan dgn aku
selamanya aku berkawan dgn dia...

friend, please appreciate that or will miss those moment

iQaChumel berkata... [Layan!]

serious selama aku hidup 20 thn ni belum lagi ada sahabat.bkn sng
nak cr kawan yang sanggup susa senang
bersama dan still contact walaupun
berpindah randah.
susah =(
tp tu lah realiti.diri sendiri adalah
sahabt terbaik sebenarnya.
erkk

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
weh, diorang kawan la, bukan adik beradik

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
suatu jawapan yg aku tunggu-tunggu. ada betulnya kata-katamu bro

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
adakah bermusim tu maksudnya, suatu masa kamu akan melupakan kenangan lalu atau hubungan semakin renggang berbanding dulu?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Zoulhusni:My Emancipation
aku support yang ni.. namun ada orang yang akan mentafsir erti persahabatan secara remeh :)

aku hargai persahabatan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cindy Chriselda JC
ya, aku faham setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza.

tapi adakah perbezaan tafsiran tu membezakan keperibadian seseorang? but since kamu kata frienship never end, aku dah faham yg kamu jugak menghargai persahabatan

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz
tapi bolehkah aku ketahui apakah tafsiran erti persahabatan bagi naz?

untuk jadikan pedoman :)

naz, malam tu aku menjerit2 minta dilepaskan. memang dah dijangka, sebab semua kawan2 pun akan menikmati aktiviti jackass ketika hari lahir menjelma. malang bagi aku, terlupa hari lahir sendiri (tak sempat sembunyi)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@misSbLurRy
tapi ada persahabatan yang berubah jadi benci dan permusuhan. kau katakan dimana silapnya sikap mereka

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@iQaChumel
beb, aku sanggup menikmati sakit lebam untuk membela kawan baik bila ada sesiapa menganiaya. walaupun aku tau aku tiada kekuatan superman.

we fight them together my friend :)

birakbatu berkata... [Layan!]

aku merenung ke langit senja sambil mengimbau kenangan yang berlalu pergi bersamamu sahabat2ku..

disini juga wan ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kamu bro :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@birakbatu
jam komen belum senja lagi. apa hal duduk termenung di hari raya ni?

salam eiduladha jugak bro

birakbatu berkata... [Layan!]

timing Malaysia memang belum senja.. haha..

bila raya sendiri2 ni memang banyak termenung.. adesh~

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@birakbatu,
opss.. orang oversea la katakan :)

diana berkata... [Layan!]

sahabat akak adalah suami akak..
jadi nilai persahabatan tu sangat2 penting bagi kami..
kami bukan saja bersahabat malah dalam persahabatn tu ada seribu harapan dan perasaan..

Asyraf Arif berkata... [Layan!]

blog walking - nice capture bro!

susah nak mencari sahabat yang sejati sekarang.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
memang best, aku mau kawan dengan isteri :). tapi belum ada, kawan dengan cik awek aja. asyik nak cari gaduh

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Asyraf Arif
thanks bro, simple aja, semua orang pun boleh buat capture camni :)

betul memang susah cari sahabat sejati, kalau ada kena la hargai

tim berkata... [Layan!]

gambar ~~ cun gila

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@tim
tu la pasal, cun lagi, gila lagi :)