online counter

23 November 2010

36 Episod Tragedi

Aku akan ingat tarikh ni. Kekalutan masalah perhubungan bersama Cik Awek Dr. Jiwaku sebelum ni akhirnya tamat. Bukan niat aku untuk menyebarkan masalah aku, menerbitkan masalah ku di sini. Tapi inilah cara ku melegakan perasaan aku. Andai kau perasan url blog aku itu gabungan dua perkataan "aku + jerit". Aku jeritkan di sini.
Aku seorang playboy. Jangan berkawan denganku..

Aku pernah jugak ceritakan kisah kekacauan jiwaku sebelum ini di sini. Pautan untuk kau  faham. Kekalutan perhubungan aku dengan Dr. Jiwa adalah berpunca daripada masalah aku dengan ex-awek sebelum ni. 

Suatu ketika dulu terasa hatiku terkunci untuk seorang itu sahaja, iaitu kawan baik aku sendiri. Ya, aku jatuh cinta dengannya. Hingga dia pergi bersama cita-citanya. Aku berusaha memberi peluang kepada hatiku untuk menerima sesiapa yang ingin denganku. Namun suatu kesilapan, sebenarnya hatiku gagal menerima kehadiran sesiapa.

Hingga yang terakhir ex-awek, Cik Cikgu. Mula sebagai kawan. Beberapa kali dia menyatakan hasratnya untuk berhubung sebagai kekasih denganku. Namun dalam hatiku jelas menyatakan tiada cinta baginya sepertimana aku mencintai Cik Kawan Baik ku itu. Namun adakah patut aku terus-menerus mengejar bayang-bayang? Dan akhirnya aku membuat keputusan menerima dia. Aku tahu kami tidaklah terlalu rapat. Aku paksakan hatiku juga.

Dalam masa yang sama Dr. Jiwa ketika itu sekadar kawanku. Hari demi hari,
aku terasa bahawa dia melegakan kesuraman hati kerana Cik Kawan Baik yang ku cinta itu. Sedangkan aku telah memutuskan untuk menerima Cik Cikgu sebelum menyedari situasi itu. Pada pendapat kau semua apa patut aku buat sebenarnya?

Ketika itu aku serba salah. Aku tidak mahu memainkan perasaan Cik Cikgu. Dalam masa yang sama aku teringin sekali menyatakan kepada Dr. Jiwa bahawa aku telah jatuh cinta padanya. Malah Dr. Jiwa sendiri tidak tahu aku sudah berhubungan dengan seseorang ketika itu. Aku selalu menguji Dr. Jiwa untuk mengetahui perasaannya dan andai benar dia jugak memerlukan aku, aku berserah saja apa akan terjadi. Aku akan terangkan dengan Cik Cikgu.

Aku terangkan situasiku dengan Dr. Jiwa, aku katakan yang aku sudah cinta dengannya sedangkan aku sudah berpasangan. Dia marah kerana aku telah memberinya harapan tak pasti. Akhirnya aku katakan dengan Cik Cikgu melalui fon. Dia cuma menangis, namun tidak marah. Aku serba salah dengan apa yang telah ku lakukan. Namun hatiku bukan padanya. Disebalik itu Dr. Jiwa turut menderita kerana luahan ku padanya. Aku menggantung dia dengan luahanku. Aku mintanya bersabar. Beri peluang kepada Cik Cikgu untuk lega sambil aku temaninya. Kau bayangkan itu. perasaan digantung, kemungkinan mimpi hanya mimpi. Aku faham itu. Bagaimana pula dengan perasaan Cik Cikgu?

Cik Cikgu merelakan andai aku berhubung dengan Dr. Jiwa. Namun setiap kali dia mengubah kata. Aku tidak berkata apa selain menuruti arus. Aku mula terharu dengannya namun perasaan cinta itu jauh sekali. Aku mula nyatakan kepadanya andai kata dia menjadi adikku saja. Kau bayangkan itu, apa ku dah buat? Aku cuma mahu dia lega ketika merasa dia akan sentiasa berhubung denganku. Ikhlas aku katakan ketika itu rasa terharu ku dengan sikap lembutnya membuat aku mula terasa sayangkan dia sebagai seorang adik.

Kisahku berpasangan bersama Dr. Jiwa. Andai saja aku berkawan dengan sesiapa kawan perempuan, dia akan mula curiga. Agaknya pengalaman lalu memberinya pengajaran. Malah sikap nakalku memburukkan keadaan. Aku selalu melayan kenakalan kawan-kawan. Katanya sikapku itu tidak boleh diterima olehnya. Klimaksnya pada malam semalam dengan bersahaja aku berseloroh, mengatakan kepada kawan supaya menyampaikan salam ku kepada gadis yang bergambar disebelahnya. Dr. Jiwa melihat semua kenakalan aku itu. Hal itu menjadi perdebatan antara aku dengan Dr. Jiwa. Aku faham perbuatan aku itu salah kerana aku seperti tidak menghormati dia. Adakala di hadapannya aku bergurau senda mengusik gadis. Namun bukan niatku untuk menduakan dia. Aku cuba memujuk namun sudah berkali-kali aku bersikap nakal. Setiap kali sikapku tetap sama. Apa gunanya?

Katanya tiada harapan lagi untukku. Aku selalu saja menyakitinya dengan kenakalanku. Aku relakan keputusannya. Sungguhpun aku sayang dia, namun terasa aku tidak layak untuknya. Sesungguhnya aku tidak mampu mengubah sikap nakalku. Namun bukan kerana itu, cuma aku tidak mahu menyakitinya lagi. Aku rela bersendirian walaupun hajatku tidak kesampaian. Sepanjang aku menulis hal ini , terasa aku beransur lega meluahkan segalanya. Aku puas menulis dan melalut di sini. Menarik juga lagu otai Let it be - The Beatles

36 Komen:

Fello Ariza berkata... [Layan!]

sasa..
huhu...
ssh nk ckp..
tp still nk komen gak..
bukan playboy, cme konflik dalam hati kot..huhu

░♥si lampu neon♥░ berkata... [Layan!]

PJG SGT, AKU LEPAK GULING2 DULU..HEHE

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

angkat dua2 sekali la...kuata ada 4

~aku_najwa~ berkata... [Layan!]

mcm 'disana menanti, disini menunggu', heheh.
takpe,takpe...
kot2 datang yg ke3 yang lebih baik..mana tau...

biskut berkata... [Layan!]

Sasa..Sasa...
ibarat pokok yang mana ditunjangi oleh berapa akar yang kuat.Akar itu perlu mendapatkan semaksima air yang mencukupi untuk mneyerap tenaga.Begitu lah juga dengan perhubungan..didasarkan oleh elemen yang menguatkanya.
Ada pepatah mengatakan "jangan ditinggalkan kekasih lamamu kalau kau belum betul2 terikat dengan kekasih barumu".Kita korbankan apa yang kita ada tapi berbaloi kah dan akhirnya apabila kita sedar kita rupanya tidak mempunyai apa2...
Pernah dengar lagu scorpion..."whats u give u get back".Nampak kan ada keadilan di situ.

little cart00n berkata... [Layan!]

kata org,kadang2 lebih baik berkawan dari bersama :)

jann sinuja berkata... [Layan!]

hurmmm~~~~

~NieZa~ berkata... [Layan!]

best juga baca ni..
isi masa lapang
(^_^)
smoga btemu jodoh yg ssuai..
dan bnykkanlah berbicara dgn YANG DIATAS..insyAllah..dpt ptunjuk
peace.....:D

Nyssa Nuar berkata... [Layan!]

kamu bukan playboy...
kamu jujur...
Nyssa phm situasi anda..
Sabar yek...

diana berkata... [Layan!]

sasa..
kamu sayang dr jiwa tapi kamu sebenarnye tak memahami dia..
dia juga tak memahami kamu..
kamu tak paham yanag dia seorang yang suka hubungan yang serius..
bukan main2.kamu berdua bukan lagi anak2 sekolah..itu yang dia pikir..
kamu pulak pikir dia seorang yang boleh diletak kan di mana2 situasi..
itu puncanya..kan???
kadang2 kita nak orang paham kita tapi kita tak belajar untuk memahami orang lain..
kuat cemburu??
dah tentu la dia cmburu kalau macam tu cara berguraunye..
letak kan pulak diri kamu kat tempat dia.
minta maaf mungkin jalan penyelesaian nye.tunjuk kan kesungguhan kamu dalam memujuk.mungkin boleh lembutkan hati dia.semoga bahagia milik kamu dan dia..

nurin adilla berkata... [Layan!]

nothing to say....
but if i put myself into cik cikgu shoes, i'm going to die....

Nasz berkata... [Layan!]

Bro,perempuan itu cemburu kerana dia tahu miliknya cuma boleh satu. Lelaki pula boleh 4. Jadi dia mahu perhatian, dia mahukan kebenaran. Walau sebenarnya cara engkau itu hanya berunsurkan jenaka, hati perempuan ini cepat sekali untuk ranap. Percayalah bro. Tapi kalau itu yang terbaik, kau masih tidak dapat ubahkan diri untuk dia, pergilah dari dia. Takut nanti, dia yang termakan lebih dalam. Tapi sebenarnya, dia juga perlu ketahui kau yang sebenar. Itu sifat engkau, makanya dia kena terima. Dia perlu cintai kekurangan engkau.

Takpelah bro. Kuatkan saja diri. (: Cari seorang. Jangan leka dengan perasaan.

nama aku snow!!! berkata... [Layan!]

aku xnk maki ko...tp aku rse cam nk sepak je ko...aish!!

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

aduiii..
susah wooo.

kalo kita nak berkawan, baik jangan bagi dia harapan macam nak couple. Kawan aku selalu kena macam tu.Dia layan orang baik gila. Bila pompuan tu nak kat dia, baru dia pening-pening.Kesian pompuan tu pulak.

Pompuan mana tak terasa kalo asyik duk sms je, kadang2 panggil sayang.
pelik kan.

hmmm..

Post Terbaru Ada Ke Orang Makan Sampah?

E.d.Y berkata... [Layan!]

bunga bukan sekuntum...huhu

iQaChumel berkata... [Layan!]

kau ni bila pula jd playboy?
bukan gay ke..?
hahaha

♦♦orked♦♦ berkata... [Layan!]

kalo ade jodoh x kemane,
kalo xde jodoh nak buat macam mane...

Catherine- berkata... [Layan!]

ermm....

just be urself ok...

aku tau ko budak baik...

nakal itu normal...

hanya org yg bijak saja tau menilai diri kita n menerima kita seadanya..bukan mengubah..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
entah la bro. dia kata aku playboy. memang aku playboy agaknya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan
tak terfikir mau buat gitu bro

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
adakah kita perlu kekal bersama orang yg kita tak cinta dan melupakan perasaan cinta dengan org lain? aku tak faham bro

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nyssa Nuar
tengs Nyssa sebab faham

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
memang cuba untuk berubah. tapi sikap aku semulajadi agaknya. terlalu mesra alam dgn cara tidak wajar agaknya.

aku berusaha memujuk namun adakala muncul kata2 yg buat aku kecewa dan lemah. bukan putus asa, cuma aku bukan jenis memaksa

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz
itulah anggapanku. aku bukan mempersendakan dia. aku melepaskan dia kerana aku tau aku takkan pernah boleh berubah menjadi seorang yg lain.

dr jiwa berkata... [Layan!]

terima kasih kak diana dan Naz.itu yg ingin aku sampaikan utk dia.aku x minta dia mgubah sikapnya cukup sekadar dia tahu apa yg dia patut buat dan x patut buat untuk jaga hubungan kami.aku saja yg perlu fahami dia?? siapa pula yg mau memahami aku?

lesungpipit berkata... [Layan!]

konflik mcm cornflake.

hmmm

E.d.Y berkata... [Layan!]

anda dicalonkan untuk "Blog Tutorial Pilihan" untuk Blog Pilihan Malaysia 2010

Link :

http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/11/daftar-senarai-blog-pilihan-sekarang.html

nurin adilla berkata... [Layan!]

dr.jiwa:
dlm satu phubungan kena ada kepercayaan.....

Nasz berkata... [Layan!]

Sasa Al-Sharif:
Bro, sepertinya kondisi kau sama saja seperti aku. Punya satu sifat yang enggan kita ubah lalu perkara itu yang memakan perhubungan kita. Sama bro. Sebenarnya kita ini ego. Ego untuk berubah dan melepaskan yang buruk itu. Kita kata itu kita, tapi dia tak boleh terima. Memang susah untuk berubah, tapi percayalah, sebenarnya perubahan itu yg terbaik bukan saja pada dia, tapi pada engkau juga. Jika tak mampu, jangan buat lagi. Tak perlu berubah.

Dr. Jiwa:
Maaf aku tidak tahu masalah kamu. Aku cuba fahamkan situasi. Tapi kak, bagi aku, dalam perhubungan kita harus sepenuhnya cintakan pasangan. Bukan pada jiwa dia, kebaikan dia, malah pada kekurangan dia. Kalau hanya kita saja yang mahu difahami, mana boleh kan? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

dr jiwa berkata... [Layan!]

nurin adilla:

maksud ko, aku x pcayakan dia??

dr jiwa berkata... [Layan!]

nurin adilla:
kalau aku x percayakan dia, aku x terima dia dari dulu

dr jiwa berkata... [Layan!]

Naz:

sbb ego dia buat aku mcm ni.smua yg aku buat slalu salah. aku x pernah mau mgubah sifat dia. cukup dia tahu apa yg patut dibuat dlm phubungan.aku jg rasa aku da bertepuk sblh tgn sbb aku sorg saja yg mjaga hubungan ini.aku cuba memahami dan percaya tp bagaimana untuk aku terus memahami dan mpercayai kalau dia slalu melukakan hati aku?? agaknya bila roh & jasadku da berpisah, baru akan ada penyesalan dlm dirinya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

mengaku saja kita sama-sama ego. aku ada jelaskan, kenakalan yang aku tampilkan bukan bermakna aku ingin curang, cuma itu sikapku.

dan adakah kata2 aku itu seperti di atas di anggap sebagai menyalahkan kau? maafkan aku. aku tidak berniat.

maaf jugak aku menegur, ruang ini bukan untuk kita berdebat seperti kebiasaannya, ibarat rumahtangga bergaduh di khalayak ramai. aku luahkan di ruang ni untuk aku legakan hati dengan nasihat dari sesiapa. aku tidak memburukkan sesiapa.

dan aku penat membela diri utk kau faham namun disalah ertikan sebagai menyalahkan kau dan kau kata aku ego kerana asyik betul

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

aku ingin berhenti menjawab setiap debatmu kerana aku tau, hatimu semakin sakit dengan segala kataku. sebab itu, kau anggap saja aku seorang playboy. aku bukanlah terbaik untukmu

white rose berkata... [Layan!]

hangat betul...

"CINTA ADALAH CINTA...CINTA BUKAN UNTUK DIMILIKI, CINTA JUGA BUKAN MEMILIKI...CINTA UNTUK SESIAPA SAJA"

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
tengs, lama aku renungkan maksud disebalik kata-kata tu. tapi aku tetap tak faham erti sebenar. dalam hati asyik fikir aku salah tafsir

aku salah tafsir