online counter

24 November 2010

22 Cara Menjimatkan Petrol

Aku kalau ada masalah memang konpem hilang mood untuk berkarya. Teringin jugak aku bersajak, bersyair di sini tanda monolog hatiku. Tapi rasanya kalau asyik layan perasaan, masalah akan sentiasa lekat di kepala otak. Maka hari ni aku bercerita benda lain yang langsung tak berkaitan dengan mana-mana perkara yang buat aku mengenang masalah.
Sekadar gambar hiasan - Encik Samdol (bukan pasukan power ranges) sedang mengkondemkan sebijik kereta
Terus masuk tajuk. Yang pertama elakkan pemanasan enjin berterusan. Maksudnya tak payah ambik masa terlalu lama. Konon nak tunggu meter panas naik, sungguh bongok. Kau dengar bunyi enjin dah stabil boleh la gerak.

Jangan menghidupkan atau mematikan enjin sesedap rasa. Budak kecik pun tahu benda ni. Pandai-pandai la berjimat. Petrol mengewap tau. Lagi satu, kau dah siap parking, dah tu free gear terus matikan enjin pun salah jugak. Setelah berhenti, legakan enjin sebentar kemudian barulah matikan enjin.

Jangan menekan minyak berlebihan terutama sebelum mematikan enjin. Tadi dah kata petrol mengewap kan. Minyak terbazir bila keluar dari dinding silinder. Dah tu bukannya nak jalan pun, pulak kereta dimatikan. Rugi kan?

Jangan terus memecut kereta dengan laju. Kadang-kadang aku buat jugak. Ala-ala lumba drag gitu. Beberapa saat aja kelajuan dah capai 100km/j. Adakala 180km/j bagi yang tak sabar nak mampus. Patutnya kena kawal meter rpm dengan meningkatkan kelajuan secara perlahan ketika menukar gear. Biasanya meter rpm tak melebihi nilai 3 ketika menukar tahap gear.

Dan petua best, isi minyak ketika suhu persekitaran sejuk. Sebab masa sejuk tu minyak tumpat. Kau agak la isi minyak sebelah subuh. Tengahari konpem rugi, musim panas tu. Sila rujuk buku teks subjek kimia.

Gunakan minyak pelincir enjin yang sesuai. Aku pernah merasa jugak, nak jimat sangat beli minyak pelincir Cap Cikai. Kereta jadi lembik, kelajuan rasa tak beza pun. Tapi bila naik bukit, kau akan sedar enjin dah jadi lembik. Nampaknya ada tekanan kan? Minyak kena push kan?

Itu aja yang aku tau dari budak-budak sini.. Adik aku kalau bab enjin memang terer. Ubah sana, ubah sini. Mengkondemkan enjin pun dia terer jugak.

22 Komen:

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. berkata... [Layan!]

uinaa.. info yg bagus neh dik.. hehehe.. kak guna minyak cap kapal angkasawan. siap beli minyak autoMax NanoTech Fuel Enhancer lagi tu dr cosway.. bikin save minyak.. kekeke..

white rose berkata... [Layan!]

wah...
bgus betul info ni ek...

adik ku pun mekanik di perodua...

bgus kan ade adik2 yang tere bab2 kete ni...

senang keje i...

miahaha...

tim berkata... [Layan!]

part timing isi minyak tu aku faham. yang len blur skit

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms..
komen kak shizan tu pun info jugak tu.. ceritakan konon kelebihan barang tu. hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
tu pasal. hehe..

adik aku ni pulak bukan mekanik tapi semua member dia yang kaki modified keta tu dtg suruh dia usik enjin diorang.

aku tak paham la budak2 sekarang ni. kereta boleh terbang macam jet mungkin baru nak berhenti ubahsuai enjin

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@tim
alahai mudah ja tu. ikut ja apa barang yang aku kasi highlight biru tu

biskut berkata... [Layan!]

betul tips2 Sasa nih.Kadang2 kita tak amik peduli pon tapi merungut lau keta cepat makan minyak.Tapi kita jugak penyebabnya.

teringat aku selalu isi minyak kena tarik hos dia panjang/ketat taknak menlendur jer sebab konon tak mau minyak bertakung.so kalau lurus jer hos tuh minyak straight masuk abih.dan pengisian plak mmg kena malam macam Sasa tuh bagitau ketika persekitaran dingin.Tghri minyak kena sejat beb,faham2 lar petrol.

Catherine- berkata... [Layan!]

Minyak terbazir bila keluar dari dinding silinder.

ko tau ka statement tu aku x dpt imagine langsung wpon aku sering pikir di luar kotak!!!

adoiiiiiiiiiii~

sbb aku sendiri x tahu d mana kedudukan minyak dalam kete aku..enjin lagi haram aku x tahu..tahu drive ja...hahaha!!

mampos aku kalo enjin ttba mati tgh hutan!

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
betul tu bro. aku kalau isi munyak kena parking jauh sikit supaya hos tak kendur. sedap saja semua minyak meluncur masuk tanpa ada yg bertakung.

petrol lebih cair ketika waktu panas, isipadu sama tapi ekceli suda terurai dan tak tumpat

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Catherine-
ada la part dlm enjin tu. ko try tuang petrol di ruang terbuka. cepat ja petrol tu kering kan. malahan kalu musim panas.

baik2 petrol lepak dalam tangki disejatkan pulak ke dalam enjin pastu bukannya ke mana pun. paham konsep tu?

diana berkata... [Layan!]

satgi malam akak nak suruh asben baca entry ni..
dia suka isi minyak time matahari tegak atas kepala..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
ahaha.. nanti akak tengok jgk komen si biskut pun satu cadangan best. jangan kendurkan hos minyak, parking jauh sikit supaya tiada minyak bertakung dalam hos.

agaknya boleh penuh sebijik botol air mineral jugak minyak bertakung tu

Faarihin berkata... [Layan!]

info yang bagus..
leh jadi panduan bila sy dah reti bawak keta la.. hehehe..

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

nak jimat petrol...pakai motor ketika mau gi sekolah..huuu ..jimat..dan tak susah nak cari2 parking...selit daja kat mana2

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

jangan mematikan enjin sesedap rasa..mcm aku je tu huhu..info yg membantu :).

cantik tone gambar ni :D..

iQa berkata... [Layan!]

haha pewittt..
teringin nak melihat en sasa
bersyair.haha.
peh....da di lantik jadi duta
minyak petrol ke..?
hahaha..bgs.
setuju tu beb

jann sinuja berkata... [Layan!]

jimat petrol eh?? emm bese jalan kaki je..takde transport pon..so jimat la petrol uh..bazir peluh jek..haha~~

IxoR@ berkata... [Layan!]

thanks for sharing....

apa pun terletak pada diri sendiri... nak jimat, sendiri mau ingat!

Kan ?

:)

♦♦orked♦♦ berkata... [Layan!]

"Konon nak tunggu meter panas naik, sungguh bongok." <-- statement of the year...

sungguh bongok<--- terbaek.. ekekkeke

btw, tq 4 da info! =)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@♦♦orked♦♦
sesedap kata aku ja kan.. ekceli di sini aku sedang sembang dengan member

me3rma berkata... [Layan!]

sangat suke info begini..mekacih

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@me3rma
welkem cikgu. hehe