online counter

22 November 2010

35 Canon 1000D vs Nikon D3000 : Pengguna Baru

Kau faham tak makna tajuk tu? Aku tak tau nak letak tajuk yang macam mana. Lama aku memikir sambil makan nasi goreng bujang. Entri ini khas untuk kawan-kawan yang dah mengidam dan masih kebingungan.


Aku bingung jugak nak suruh kau pilih yang mana satu. Di sini aku tak kata  jenama apa yang terbaik. Tapi sekadar nak intro model untuk beginner. Terkini Canon dan Nikon merupakan dua jenama yang dominan yang biasa digunakan oleh otai fotografer. 

Untuk entry level dan bajet DSLR adalah model Canon 1000D dan Nikon D3000. Masing-masing  dengan kelebihan sebenarnya. Harga sama dalam RM1700 -RM1800. Aku dah lama tak
cek harga terkini selalunya akan turun bila ada model baru.
  1.  Masing-masing mempunyai sensor 10 Megapixel
  2. Guide Mode - Nikon D3000 ada benda ni, sesuai untuk pengguna baru. Pengguna Canon boleh rujuk dalam buku panduan. Nanti kau dah pro tak payah pun guna benda tu.
  3. Live View - selain dari meneropong dari view finder, pengguna Canon 1000D boleh menggunakan skrin LCD untuk mengambil gambar. Berguna bila menggambar pada angle yang sukar paras tinggi atau terlalu rendah. (Kau tak payah tertiarap untuk teropong, tengok LCD aja macam digital kamera tu).
  4. Kualiti Gambar - Canon 1000D menghasilkan gambar noise pada ISO800, maknanya kualiti gambar tak cun pada waktu malam. Nikon D3000 mempunyai meter kualiti warna yang tepat. Namun gambar akan kelihatan neutral berbanding Canon yang menghasilkan warm tone yang lebih menarik.
  5. Titik fokus (Focus Point) - dimenangi oleh Nikon iaitu 9 titik fokus dan Canon 7 titik fokus. Untuk mempotret gambar, jumlah titik ni tak penting sangat sebenarnya. Tapi sangat penting untuk mengambil gambar bergerak, sukan misalnya.
  6. Canon 1000D mempunyai motor dalaman untuk fungsi autofokus. Nikon D3000 hanya bergantung kepada lens yang mepunyai motor autofokus, maknanya harga lens tu lebih cun jugak. Nak angkat lens baru pastikan ada motor ok. Kalau silap, manual fokus la jawabnya=gambar asyik nak jadi blur
Banyak lagi sebenarnya. Nak tengok hasil gambar Canon 1000D vs Nikon D3000 klik sini. Apa pun cakap banyak pun tak guna, gambar hasil lebih penting.  

Kalau ada bajet lebih, cuba jugak Nikon D3100, model entry level terbaru dalam RM2100. atau Canon 550D / Canon 500D dalam RM2500-3000. Agaknya dah lebih murah sekarang. Kau ajak seorang yang pro, tapi jangan terpengaruh dengan kata-kata dia. Kau cuba tibai sendiri, sampai 8 jam menguji pun best jugak. 4 jam sebijik. Ekceli kau boleh ikut kata kawan. Sebab nanti kau boleh pinjam lens dia, sama jenis kan.  Padan muka si kawan. Nombor-nombor model membingungkan? rujuk entri sebelum ini

p/s: Untuk jangka panjang, kau kena teliti betul-betul sebelum buat keputusan sebab bila dah jadi Nikonian kau tak boleh dah switch kepada Canonian. Begitu jugak sebaliknya.(sama jugak bila kau dah berguru dengan sorang pendeta akhirnya kau berpaling kepada musuh dia. Ilmu kau tak ke mana kalau macam tu). Sekarang model baru Nikon D7000 femes tau. Tapi aku sebagai Canonian tetap menganggap model baru Canon 60D tu menarik dan ada kelebihannya sendiri sebab aku Canonian. Shhh!! Sikret tau.

35 Komen:

biskut berkata... [Layan!]

Lau bab2 spesifik dan body sistem kamera DSLR nih memang bro mantap..siyes macam nak berguru plak ngan bro sasa nih.Tapi kena tunggu aku beli DSLR dulu lar ek..hehe

tim berkata... [Layan!]

5 tahun akan datang, insyaAllah aku ada benda alah ni.nanti ko ajar aku cara guna ar..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@biskut
tunjuk cincai2 boleh la.. aku tak pandai mana pun. masih belajar jugak. hehe

NazmiVDW berkata... [Layan!]

thnx for the simple guide...mmg lma dah mcri simple one mcm ni...tgk online xmmbntu lgsung...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@tim
hah 5 tahun? entah2 masa tu aku bosan suda

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@NazmiVDW
orait bro. harap entri ni membantu serba sedikit

nurin adilla berkata... [Layan!]

beginner kena pakai yang lain..otai kena pakai yang lain??
tak boleh ka kalau first beli tu terus beli yg otai pakai??



*alamak apa yg cuba sampaikan ni...wahahaha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
macam tu lagi best. baru belajar tapi pakai dslr yang ada mode expert. lebih komplikated. bajet harga mahal. tapi berbaloi sebab tak payah berkali2 upgrade

IxoR@ berkata... [Layan!]

kite pun dah berangan-angan nak memiliki nya....

ermmm.... nanti bole tlg ajar kan...

;)

white rose berkata... [Layan!]

thanks yeem info ni...
sangat berguna...

sy pakai nikon d80...
masih budak baru....

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

aku nikonian..shh secret ye.. hehe. yup aku dulu pilih sbb dah biasa dgn function nikon, jd mudah sikit. lagi kwn2 pun nikonian :).

afzan berkata... [Layan!]

rasa-rasa better beli body yang ada build-in motor. takdela menggaru kepala nak beli lens kelak

ejai_ej berkata... [Layan!]

hurm.. aku pon nikonian.. terperangkap ngan member jugak.. buat masa nih belom lagi la rasa nak berubah hati.. tp tatau la taun2 akan datang. hehehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@IxoR@
boleh, sebelum ni pun dah banyak buat entri pasal basic penggunaan dslr ni :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@white rose
orait. simple aja. salam kenal cik penggambar :) eh, cik kah encik?

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih
tak salah mengikut kawan. boleh belajar dan explore sama2. gear pun boleh uji kawan punya, rasa best boleh beli. pinjam pun boleh kalau kawan spoting :) rosak belikan untuk kawan yg baru. kita ambik yg rosak. haha..

jgn risau, aku simpan sikret tu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@afzan
aku sokong komen encik afzan tu. melabur utk body biar mahal cuma sekali. tapi lens selalu nak try yang baru. harga lens yg ada motor mahal pulak tu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ejai_ej
aku nasihatkan bro tak payah la switch brand. mungkin upgrade body tapi switch... nikon dan canon masing2 ada kelebihannya. cuma kita yg kena explore dan master kelebihan yg ada :)

tapi kalu banyak modal ok jugak. pakai dua jenis. hehe.. mana nak fikir lens lagi

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

Saya Mr.CANON dari awl hingga akhirnya..tetap takan berubah..hidup canon..huhu..semangat betul aku nie...aku pakai 1000D jer...tak mampu nak up lagi...ken tgu dulu..heheh

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan
cuma layan hobi bro. tak kisah la. pakai 1000D tapi hasilnya tetap cun jugak :)

Richard C. M berkata... [Layan!]

1st dslr sya canon 1000d.. then upgrade to canon 550d. so ada 2 camera.. personally sya suggest klu yg beginner ambil either one pun no hal ekceli. tp kena tgk la beli camera utk tujuan apa. klu utk cari mkn nak buat bisnes sampingan then baik beli 550d (klu ada duit lebih la, canon 450d pun ok jg tu pun klu masi ada jual.) tp klu saja2 utk kegunaan sendiri then 1000d cukup bagus dah..

p/s: ni utk yg brminat nak beli model canon la.. tp klu nikon pun xda hal.. mana brand lg best..? bg saya dua2 pun best..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Richard C. M
lelong saja yang satu lagi tu. hehe.. terus announce di blog. Entah2 ada WSB yg mau

lesungpipit berkata... [Layan!]

kau pun Canonian ke? sama ah kita ye!! haha.

-u-n-s-p-0-k-e-n- berkata... [Layan!]

go canon go! o yeah. eh. eh. bunyi mcm racism pulak.. shhh.. woot woot 60d *meleleh air liur*

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@lesungpipit
memang la. sebelum ni ada nmpk pic ko dgn dslr tu. ko dah remove agaknya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@-u-n-s-p-0-k-e-n-
haha... hidup canon!! haha.. ok la jugak. selaku geng canonian kita bagi happening sikit

LuLu berkata... [Layan!]

yeargh! kite bangga mnjadi warga canonian :DD

iQaChumel berkata... [Layan!]

peh..beb..ni la entry yg aku cari2.
serious bz weh.xsempat usha blog
hang.plus tenet bpkkkkk slow.
bengang.haha.
peh..harga dia di katakan murah..tp
bajet still xde meh.kesian kan =(
tengs br info..da keliru nak buat pe
ni.haha

Zura berkata... [Layan!]

salam ziarah

kami sekeluarga baru menjadi warga canonian nih..hehe..hubby lebih sker canon berbanding nikon..

kalau free jenguk2 la ke blog saya - untuk gambar2 hasil dari canon 1000D ni.. yup beginner yet to be pro :) not me but my hubby...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Zura
tengs. boleh jadi rujukan gambar output untuk semua yg ingin mengenali canon 1000D :)

efa berkata... [Layan!]

nice info...nk beli kamera dslr ni gak tp tak taw nk beli yang cmna..sb ada bca satu blog itu hari..beli kamera dslr kalo x slh 3 hari kot..bila snap pic tgk blik..jadi sebam...takut jd cmtu bila beli...huhu..cmna yg ok yerp

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@efa
baca blog mana? aku tak paham pulak kenapa boleh jadi sebam

efa berkata... [Layan!]

ni jadi mcm ni pi tgk sat...ak tkut plak nk beli huhu...tkut oit...
http://www.hanalovenest.com/2010/11/nikon-d90-rosak-lepas-3-hari-guna-apa.html

nominox crew berkata... [Layan!]

belikan aku 1....ko bayar..hehehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nominox crew
idea bijak. aku belikan kau 10 bijik gula-gula. dah. pi main jauh2