online counter

04 Oktober 2010

22 Photoscape Editor

Semalam tengah layan gila-gila conteng gambar dengan Photoscape Editor. Ekceli aku tak layan sangat software ni. Tapi semalam tergerak jari selit dalam entri. Pastu entri  kali ni pula khas untuk jawab persoalan seorang Cik Kak yang dah bertanya tu. Aku tak payah tag link dia agaknya, sebab nak suspen sikit.

Dia kata tak tau langsung camna nak ambik free benda ni. Benda ni memang free. Dah selit link malam semalam. Hari ni letak lagi sekali kat sini. 

Lagi satu, ada yang tanya best tak benda ni? Ekceli aku lebih prefer Adobe Photoshop sebab fleksibel tapi tak beerti Photoscape tak hebat. tengok ni Retro foto yang aku edit guna Photoshop dan Photoscape.
Ni Pic yang aku edit pakai Photoshop

Kemudian kat bawah ni gambar yang dah edit guna Photoscape....

Ni Pic yang aku edit pakai Photoscape

Nampak sangat pic kedua lebih jelas. Ekceli Photoshop edit buat seperti gambar kedua ni. Tapi Photoscape aku tak pasti kalau boleh edit seperti kaler kat gambar pertama tu.

Khas untuk Cik Kak,

1. nanti dah klik link tu akan muncul photoscape download area. Kat bawah download area tu pastikan OS dah betul (Windows XP, Windows Vista, Window 7 dll.). Rasanya laman tu akan auto detect OS komputer Cik Kak tu. Bila dah diteliti dan OS pun betul, Cik Kak boleh la klik kat link button Download Photoscape  for jenis OS PC Cik Kak.

2. Seperti biasa, akan muncul sebijik pop up mesej, Cik Kak cuma perlu klik yes untuk save. Selesai save dah boleh install. 

3. Nanti dah siap install, dah boleh buka Photoscape tu dan pilih Photoscape Editor untuk memulakan aktiviti menggodek gambar sesuka hati. Banyak Efek yang expres dan mudah kat situ. Enjoy!!

    22 Komen:

    Robot | Sakti berkata... [Layan!]

    photoscape ni lebih mudah bagi orang yang nak cepat dan tidak cerewet.

    edit ikut filter je kan?

    aku suka guna photoscape kalo nak edit gambar style retro and gambar yang banyak².

    Merapu tapi bukan Mengampu

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @Robot | Sakti, yes mapleh. ppaling simple bila guna film effect tu. semua dah tersedia. tak payah nak sibuk banyak2 edit itu ini

    Mahira's Photography. berkata... [Layan!]

    Nice! Love the retro/vintage vibe :D :D and the location makes it even better, keep it up! :D :D

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @Mahira's Photography, thanx.. finaly u came...

    nurr kasih berkata... [Layan!]

    Dapat ilmu di sini..Cantik pic ada shadow :)

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @nurr kasih, sharing is caring. nurr, ekceli perkara yg difokus di pic ni adalah shadow 2 orang tu. seorang fotografer yg ditemani oleh seorang yg lain :)

    ~zhAheIn zHa~ berkata... [Layan!]

    sasa : LAGUD SEBRANG TENOM! ;)

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @~zhAheIn zHa~, yes, tepat sekali jawapan tersebut. sila jangan menuntut hadiah. hehe

    nurin adilla berkata... [Layan!]

    alamak..tatau nk komen apa...huhuhu....

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @nurin adilla, haha.. tatau komen tp ada komen jugak. patut awin kata camni, no komen.

    nurin adilla berkata... [Layan!]

    ok....no komen :))

    diana berkata... [Layan!]

    oh..semalam saye ade download software tu dari blog sasa ni..
    ..tapi tak reti guna..
    pi blog cik tom dia ajar sikit2..
    anyway..terima kasih sangat2...
    eh!blog kamu banyk gambo cantik2 ye..

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @nurin adilla, bagus2. dengar cakap. patuh la sangat. hehe

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @diana, jangan takut godek sesuka hati. hehe.. nanti jadi jugak tu.. tq atas pujian akak tu :)

    E.d.Y berkata... [Layan!]

    good info..kureng sikit photoscape ni...

    lebih suka photoshop & lightroom

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @E.d.Y, yes bro.. aku pun lebih prefer photoshop & LR.. just kongsikan software yg tak cerewet sgt ni.. so, semua orang boleh guna.

    sue@p.l.e.i.a.d.e.s berkata... [Layan!]

    huh..truja2.. ;)

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @sue@p.l.e.i.a.d.e.s, thanx. walaupun tak la hebat mana. tp sudi jugak layan aku & menambah semangat ni utk sharing :)

    GRuNGe berkata... [Layan!]

    Mak aih, banyaknya benda yang aku tak faham. Nanti kalau ko ada nampak gambar dekat blog aku tu, maknanya aku nak mintak tolong ko komen sikit la. Skarang ni tengah sangap, takde duit nak beli Adobe Photoshop. Tunggu ada budget, baru beli.

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @GRuNGe, rilek la. ada fotografer yg x payah nak edit2 sebab memang dah lawa. tp nak buat kelainan memang benda ni perlu. setakat ko guna software free ni pun ok jgk

    Faarihin berkata... [Layan!]

    ooo.. yg gambar tu namanya retro eh?
    baru tau.. puas mencari nak buat camnalah nak dapatkan gambar camtu.. ada masa nak cuba terai testlah.. huhuhu..

    Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

    @Faarihin, ya. retro, vibe, vintage.. benda yang seumpama tu la. guna photoscape sangat mudah. kalau photoshop agak complicated sikit