online counter

28 Oktober 2010

26 Oi Follow Aku Woi, Kata Beliau

Hari ni kotak chating aku agak best, tiba-tiba ada beberapa Encik Blogger  yang datang dan kata "hai datang follow saya", ada pulak "jom ramai2 polo aku". Bahasa Mat Saleh pun ada, "hi, visit and follow me". Ekceli dulu pun ada jugak. Tapi hari ni luar biasa serentak beberapa orang.

Aku datang sebijik-sebijik blog diorang, tengok-tengok, best jugak, dah tu follow. Ada pulak follower  dia ada 3 orang aja. Lagilah aku follow, semangat nak support ni. Ekceli Encik Blogger tu tak follow aku pun, tak kisah lah. Ada yang baik jugak datang balik ucap terima kasih. Apa! terima kasih saja? Haha.. Aku gurau aja la. Keep in touch ya. Tengs sebab sudi jemput follow blog kau tu. Terasa macam YB pulak, siap dijemput walaupun tak pemes kan. Ya, aku tau lepas baca ni kau kata aku perasan. Aku gurau aja la.

Ada yang follow aku sambil info kat shoutbox, tengs aku datang follow balik dan salam perkenalan. Best jugak blog ni kan boleh buat ramai kawan. Harap suatu hari boleh jumpa.
Alahai, aku baru aja buat banner blog. Ekceli sebelum ni malas nak buat sebab nanti kalau dah banyak banner mesti masa loding blog jadi berat. Tapi oleh kerana tergoda dengan godaan otai-otai blogger yang femes tu, maka aku diracun untuk buat sekali. Tapi aku belum mengekscen banner aku dengan orang yang meracun aku tu, aku malu-malu kucing la pulak. 

p/s: aku rasa ayat kau tak cukup hebat la brader. kau patut tambah macam ayat bergaris  ni, "jom polo blog aku ramai-ramai, aku otai, kau tau?". atau "hai datang follow sy, blog sy hebat". Esok-esok kau buat la kat blog Kak Diana ka, Kata Kila ka. Kat red mummy pun best jugak rasanya. Diorang ni baik hati tau. (aku agak semalam mesti ada orang buat entri ayat macam ni tapi sebut nama aku. Aku agak aja la).

26 Komen:

Nik Nur Izzati berkata... [Layan!]

hahha. berlambak kot.
lpas ni, ko wat la plak kat blog lain. kahkahkah

diana berkata... [Layan!]

oh..
tu kira ok la ..
tak beban kan sangat..
setakat suruh follow je,ok lagi..
yang siap suruh letak link dia dalam blog list lagi la ramai..
tapi update seminggu sekali..
selagi tak letak,asyik tanye
"nepe tak letak link saye dalam bloglist akak..?"
aduhai..buat berat blog je tak kan nak letak dalam blog list jugak kot..
ha..!start dah nak membebl ni..
sekian lah..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nik Nur Izzati
eh aku pulak. aku dah lama polo cik lesung tau. cik lesung aja yang tak perasan. profil pic x sama dgn follower pic tapi nama tetap sama tau :)

Nik Nur Izzati berkata... [Layan!]

ngehehh. cik lesung comel lote dah lama tahu yang henck sasa gagah perkasa follow cik lesung. saje je cik lesung nak menyibuk. nak semakkan komen hencek sasa

Amirrah Zawani berkata... [Layan!]

bagus kamu ni..
rajin betul follow org.. heh! :)

nurin adilla berkata... [Layan!]

hoi hoi hoi <<<ayat otai....

anda wajib ke blog saya!!!

bertindak mengikut arahan...

drpada: otai awin...

hhahaha...jgn mara haaa

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana
akak ni, haha.. dah hampir siap satu entri tu. kak diana kan pemes, mesti la ramai yang nak tumpang link blog

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Amirrah Zawani
aku follow blog awek cun la. gurau ja.

aku follow blog yg aku suka. tp kes mcm ni, kalau masa free apa salah. 3x klik dah siap. tp paham2 la dpt follower tp reader blum pasti

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
baik la puan otai. aku dah datang :)

Lina berkata... [Layan!]

folo aku sbb aku cantik! atau wajib folo aku klu nda dlm masa 3 ari anda akan di timpa kesusahan (warning ala2 surat berantai)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Lina
gitu pun best jgk sis. follow aku sebab aku sangat hensem

E.d.Y berkata... [Layan!]

blog ni best..leh tambah2 kawan

tapi part suruh follow2 balik tu xsuka, aku follow blog xsuka kene paksa2..

|| a - j . E . E || berkata... [Layan!]

aku pon kurang kawan real sejak dok tercampak jauh kt labuan nih. mak apak kat johor. mak apak mertua kat kelate. isk isk tu yang aku cari kawan2 maya jek. sadis.

krole berkata... [Layan!]

hehehe biasa r tu bro...but nape dia x polo bro lik???memandai jew suru2 polow tp x polow lik...sabar yer bro...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@E.d.Y
haha, layan je bro. kalu paksa follow belum tentu jadi reader jgk. kesian :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@|| a - j . E . E ||
kawan-kawan maya di blog best jgk. kadang2 melalui penulisan kita boleh kenal hati budi diorang.. tapi kalau kawan kat chating tu susah diramal. penipuan pun ada kan?

|| a - j . E . E || berkata... [Layan!]

betol2.. sebab kalau blogger die macam jujur cerita apa yang die rasa. macam aku la (nak jugak kan?). aku tak berani nak chatting dengan stranger. seriau.. plus laki mak kuat cemburu okeh.. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@|| a - j . E . E ||
sebagai isteri, tak sesuai la chating lagi. chat dgn mak orang boleh la :)

aku kalau ada bini pun konpem jeles. tapi blog ok la, kita keluarkan idea & pendapat. chat tu banyak sembang2 aja

|| a - j . E . E || berkata... [Layan!]

tau takpe... hihi

Hanis Azla berkata... [Layan!]

mmg ramai yg buat pun.. then klu rasa blog tu mmg best akak follow ajerlah.. klu x best pun and follower pun tak ramai lg.. apa salahnya follow juga.. apa ada hal tolong kwn2.. betul tak.. tp smp hari ni tak pernah lglah minta org follow blog sendiri... segan wei.. and harapannya biarlah org follow tu seikhlas hati..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Hanis Azla
ya, aku sama mcm akak tu.. aku kalau follow blog orang kadang2 info dorang nak bagi eksaited. kadang2 aku follow diam2 aja.. tak kisah la kalu tak perasan kewujudan aku. aku saja support tu :D

annyss berkata... [Layan!]

wakakka..lawak gila la entri ni..best2~ ^^

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@annyss
gitu la hakikatnya wahai cik annyss yang cun

Nasz berkata... [Layan!]

Ouhhhhhhhh macam tu rupanya........
*pura pura blur*

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz,
hehe.. napa blur?

-u-n-s-p-0-k-e-n- berkata... [Layan!]

hahaha.. very the sarcastic