online counter

19 Oktober 2010

29 Kisah Jiwa Kacau

Rasa macam dah lama aku tak mengarut di sini.
Agak-agak camni la persahabatan aku dan Encik dan Cik Bespren masa sekolah dulu. Tapi tak la glamer macam dorang ni.
Aku sebenarnya tak suka cerita apa-apa masalah aku dengan sesiapa terutama dalam dunia realiti.  Tapi aku tengah jiwa kacau ni! Mula kisah masa sekolah, aku secara tak sengaja feel dengan Cik Bespren aku. Kisah pertama kali aku feel tahap sawan dengan seorang awek. Aku pendam, nak gila aku. Kat sekolah, hari-hari aku mengadap muka dia. Aku tak pernah nak kisahkan pasal perasaan aku. Nak kontrol rock konon, padan muka. Aku sangka cuma 'cinta monyet' macam yang jadi bahan buah mulut orang tu. (Ekceli aku rasa tak sesuai la. Ini di antara persahabatan aku, dia dan bespren yang lain).

Penyakit cintan tahap gila babi bila Cik Bespren pindah sekolah. Nak berfesbuk dengan dia pun tak boleh sebab fesbuk pun belum wujud lagi masa tu apatah lagi tenet langsung tak wujud kat rumah aku. Gila  betul, tiap malam nak nangis rindu dengan dia, nasib baik aku layan lagu hardcore sambil goncang kepala. Pergi sekolah pun dah jadi malas, mentang2 la masa tu tahun depan nak SPM. Sejak dia pindah, aku nak tau jugak khabar dia. Kau bayangkan sendiri macam mana jiwa sepi aku masa tu.

Bertahun jugak aku tak boleh lupa dengan dia. Hampir nak 10 tahun rasanya. Satu hal, aku pernah bagi chan dengan hati aku untuk terima awek lain. Akhirnya semua Cik Ex-Awek surender dengan aku sebab aku dingin sangat, aku mesti nak sikap diorang macam Cik Bespren. Aku minta maaf kat korang yang pernah kapel dengan aku. 

Aku ingat lagi masa kat U dulu, "kapel yang lama sikit". Kawan aku bakal cikgu  dah syok kat aku offer nak kapel. Aku kata kat dia yang aku takdak feel "tapi kalau kau nak aku bagi harapan, aku kapel dengan kau sekarang jugak". Ayat macam bangang! Dia setuju.  Arr.. aku risau dah banyak kali buat camtu aku gagal jugak, akhirnya aku bagi harapan palsu. Pastu ada seorang lagi, yang buat aku kesal sangat dengan apa aku dah buat.  Dia kecewa, dia sedih dengan harapan yang aku bagi..

Kali ni korang dah tau apa kisah disebalik semua kegilaan ni. Aku bukan buayapren korang sebab aku tak pernah sentuh korang melainkan sentuh perasaan korang. maafkan aku.. Perasaan tak boleh dipaksa walaupun aku cuba pupuk. Kita terus jadi kawan ok.

Hingga kenal seorang bespren yang aku panggil Doktor Jiwa tu. Taklah terlalu feminin. Akhirnya dia lah yang jadi kunci hatiku. Tapi.. Apa jadi kat Cik Bespren pulak? Aku dapat kontek balik dengan dia masa kat U. Dia dah kapel pastu kahwin, berbahagia selama-lamanya. Yeahh..

Kali ni aku nak ambik perhatian semua kawan-kawan sambil nak ucap terima kasih, ramai jugak yang prihatin. Aku hargai sangat segala nasihat dan sokongan semua. Aku cuba perbaiki sedaya yang boleh. Akhirnya aku dan Cik Awek dah berbaik semula. Cuma aku rasa kekok sikit. Aku tak tau kenapa. Lain kali aku akan ceritakan jugak di sini kenapa aku rasa macam tu.

29 Komen:

diana berkata... [Layan!]

boleh tahan jiwang jugak kamu
ye sasa..
siap rindu sampai nak nangis tu..
ni ade bulu dada ke tak de ni..???

Dayana Nasir berkata... [Layan!]

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
sasa beromen..eh2.silap.
berjiwang!!

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana,
kak diana, apa kaitan pulak dgn bulu dada.. nak nangis tp tk nangis jugak.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Dayana Nasir,
eleh, tk jiwang pun.. :P

Catherine- berkata... [Layan!]

ko layanlah lagu Dewi-Dewa19. ko tujukan pd dokter cinta ko tuhh...
konfem xda rs lain2 lagi!!

gud luck!

;) hehe

nurr kasih berkata... [Layan!]

nostalgia sungguh :)..anyway smga beroleh ketenangan.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Catherine-,
alamak, mana aku layan lagu jiwa2 gitu.. instrumental pun mesti lagu band brutal jgk. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurr kasih,
tengs, beberapa hari ni aku lari tajuk sikit. sory ya, maklum la jiwa tengah kacau ni. terkenang semua benda

Fello Ariza berkata... [Layan!]

steady ar bro.. kekalkan momentum anda.. apekah?..haha..

xpe2.. sila jiwang mcm saye..hehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza,
tengs bro, aku cuba jugak nak jiwang sikit lepas ni :)

E.d.Y berkata... [Layan!]

hua hua hua...jiwang siot sasa...dah tak sasa la ni

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@E.d.Y,
tu la pasal.. tiba2 dah transpom ni.. gila aku camni.. haha

Nasz berkata... [Layan!]

Haha~ baguslah kalau sudah okay. (:

Once upon a time, I was a playboy :p

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz,
bkn playboy la.. tekanan perasaan memaksa aku jadi camtu

Nasz berkata... [Layan!]

Betul betul. Pernah jugak buat macam tu. Tapi memang confirm confirm hidup dalam serba salah la.

Tapi kawan aku pernah nasihat sama aku;
"Naz, tak rugi untuk setia."

Dari situ aku rasa kenapa tidak aku. Kan? (:

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nasz,
memang dah kesal.. tp aku happy sebab masih boleh jadi kawan dgn diorang. cuma serba salah apa yg dah jadi.

aku sengaja kisahkan dari mula punca masalah ni sambil ambik kesempatan minta maaf dgn diorang :)

StellaClaire-Richard berkata... [Layan!]

you'll stick with your soul-mate one day.. trust me.. :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@StellaClaire-Richard,
thanks :)

Nik Nur Izzati berkata... [Layan!]

haha.
hencek sasa punya pengalaman macam saya lah.
cuma, saya x de lah sampai kahwin kan. tapi
bese lah, 'ter'jatuh cintan dengan hencek bespren.

E.d.Y berkata... [Layan!]

xpe..jiwang skali skala

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nik Nur Izzati,
jom cerita sikit. aku nak tau jugak kisah ko tu :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@E.d.Y,
haha.. orait.

si biskut berkata... [Layan!]

sama kita bro..aku cuba sedaya upaya supaya aku dapat pisahkan antara dunia blog dgn dunia realiti aku.Tapi akhirnya aku dikritik hebat oleh my own gf.teruk fight semalam.aduhai...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@si biskut,
haha, bro mcm tau pula aku dikritik oleh cik awek gara2 blog. memang sama. hidup seorang blogger :)

Nik Nur Izzati berkata... [Layan!]

hencek sasa nak korek rahsia saya!!??? oh no no no. hahah.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nik Nur Izzati,
kongsi cerita aja la. aku tunggu entri tu :)

arasewel berkata... [Layan!]

weee~
kejam. kejam . kejam.
jgn lah melukai hati wanita..uhuukk.
lau x syg, jgn ckp syg~

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@arasewel
sory, berlaku kekejaman dalam hidup aku :(

arasewel berkata... [Layan!]

huuhuu..xpexpe.asl kn ko sedar kekejaman tuh :)