online counter

31 Oktober 2010

29 Kisah Depth Of Field

Aku balik kepada asas. Sebelum ni ada yang tanya tentang benda Aperture ni. Walaupun dia tak sebut benda tu Aperture, ada pula yang menyangka  gambar yang dihasilkan daripada manipulasi aperture adalah hasil daripada komputer edit. Ekceli tiada kena mengena dengan edit-edit segala. Contoh hasil manipulasi Aperture seperti gambar di bawah ni. 
Benda ni orang panggil DOF (Depth Of Field). Kali ni Wani jadi mangsa bergambar. Harap ada la yang ambik dia jadi model kanak-kanak lepas ni. Neway dia bukan kulit gelap, Pic Style kat kamera aku yang buat macam tu sebab dah setkan hard color tone. Tambah lagi dengan aku tak terer ambik gambar.

Apa tu DOF? Mengikut yang aku faham DOF ni suatu jarak yang termasuk dalam kawasan fokus. Misalnya gambar tu, Wani berada pada jarak fokus (di hadapan). Budak-budak yang di belakang tu berada pada kawasan luar fokus atau istilahnya Out Of Focus. sebaliknya jika aku fokuskan budak-budak di belakang tu, wajah Wani pula yang  akan jadi kabur (Tiada gambar contoh, lain kali aku tunjuk ok).

Benda macam ni boleh dimanipulasi menggunakan lens. Bukaan aperture di dalam lens boleh dibesarkan atau dikecilkan. (Ekceli Focal Lenght pun mempengaruh jugak tapi bab ni tak payah cerita dulu. Nanti paham tak banyak). Kau nak tau lebih tentang benda canggih ni baca lagi kat bawah ni.
Dalam lens ada benda canggih macam ni yang dipanggil aperture

Bukaan aperture yang lebih besar menghasilkan kawasan luar fokus yang lebih kabur/ blur.
Bukaan aperture yang lebih besar jugak membolehkan ruang cahaya masuk yang lebih besar. Maknanya gambar lebih cerah jika menggunakan bukaan aperture yang lebih besar.
Begitu jugak sebaliknya, Bukaan yang lebih kecil akan mengurangkan kadar blur pada kawasan luar fokus. Gambar jugak semakin gelap. (Masa ni perlu disesuaikan dengan Shutter Speed dan ISO atau penggunaan Flash).

Bukaan besar aperture jugak boleh menghasilkan Foto Bokeh. Yang ni aku cerita lain kali. Aku nak BW blog kawan. Sekian.

29 Komen:

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

perfect pic ni i like...

Syam berkata... [Layan!]

Yup
I love deeper DOF
Senang lagi nak tonjolkan subjek =)

Fello Ariza berkata... [Layan!]

adehh..kurang arif pasal nih T_T

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan
tengs bro, tak la perfect mana pun :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Syam
kalau pakai aperture besar mcm F/1.2 tak payah deeper pun dah ok, konpem jadi bokeh kan bro

nurin adilla berkata... [Layan!]

sasa.....wani ada abang tak??

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Fello Ariza
sekadar info bro, etlis taklah tertanya-tanya :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
alahai awin tak habis2 tanya abang budak. haha.. abg blogger ramai di sini tau

elyana yazmin berkata... [Layan!]

wahhhh ko pandai jugak bab2 kamera ni ea.. aku tak reti pun nak buat macam tu. tapikan..tapikan..tapikan...
hahahaha
aku takmo belajar..
kau tau kenape?
sebab..kalau aku reti tangkap gmbr..nanti tak habis2 orang suruh aku amek gambar..
lepas tu..gambar aku takde..sadis jep ..hahahahha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@elyana yazmin
hah, aku tak peduli muka aku takdak. aku cuma nak berkarya. pelukis jarang lukis potret sendiri tau. dia lukis potret orang lain :)

Nurr Kasih berkata... [Layan!]

thanks sharing psl DOF. nice pic. cantik la tone gambar ni. ni pakai lens 50mm ka?

cintatehO berkata... [Layan!]

mmg cntk pic camni sbb sy pn pernah mencubanyer...erkk cam terpuji diri sndiri lak..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Nurr Kasih
tengs nurr. pakai zoom lens ja. jarang dah pasang 50mm tu sbb jarang jugak ambik gambar potret

nurin adilla berkata... [Layan!]

mana abg blogger...nk kenalan sikit boleyyyyyy.....hahahahahaa

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@cintatehO
best kan? :)

LuLu berkata... [Layan!]

tengs fr the info bro :D

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurin adilla
tu ramai abg2 yg komen tu.pilih aja :)

Syam berkata... [Layan!]

Yup
Sbab tu aku suke pakai lens 35mm f/1.8
Tak pnah cabut drpd kamera lagi ;)

si biskut berkata... [Layan!]

info yang bro bagi nie pon dah kira ok dah nie...suka tengok gambar2 yang kreatif dan penuh kesenian.bravo bro.

hasrul hassan berkata... [Layan!]

Salam bos...

bukan Dept of Field - cepat betulkan sebelum orang lain sedar :P

patutnya Depth of Field ... hehehee

DOF sesuai dan paling syiok dipraktikkan untuk amazing bokeh untuk potret.

aisya berkata... [Layan!]

wahhhhh ta sangke nie....

nk tanye opinion nikon dan canon mne yg baik.

thnks :)

haidi takeAfoto berkata... [Layan!]

saje nak tambah seket..kasik tmbah ajinamoto sket..hehe sukati aku je kan..

xpe kan..kite share2 knowledge yg ade..same2 belajar..

aperture ni luas bukaan 'blade' pada lense. Nombor F besar, bukaan blade tu kecik, so cahaya kurang masuk, gmbar jadi under expose la. dan cmtu la sebaliknya..


tips : nk amik gmbar potret, sila guna single focus point n aperture yg besar, nilai f kecik la

nak amik gmbar family amai2 kene aperture kecik la, nilai f besar.so sume muke family member akn sharp la

kene master 3 element penting ni la, shutter speed, iso n aperture..gear ni membantu jer..even pkai compact camera biasa pn gmbar leh cntik klu master 3 bende asas ni..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Syam
hehe.. aku takda benda tu bro. single lens aku cuma ada canon 50mm f1.8 tu aja :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@si biskut
tengs.. masih hijau lagi ni bro :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@hasrul hassan
hehe.. tengs bro. nasib baik bro perasan. aku dah lupa ejaan dia. nanti aku update lagi :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@aisya
benda ni susah nak dijawab. masing2 ada kelebihan. untuk beginner aku rasa canon lebih sesuai sbb semua ada motor yg bolehkan autofocus. autofokus ni sgt penting.

tapi aku pnah dengar org kata lense glass nikon lebih kualiti drpd canon. nak beli nikon, kena beli yg jenis semi pro terus

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@haidi takeAfoto
yes, dialu-alukan bro. camni aku lagi suka :) tengs..

nice info bro :)

diana berkata... [Layan!]

eh!dak wani ni pakai baju terbalik ke?ke memang leher baju sekolah dia macam ni..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana,
yang tu baju seragam budak prasekolah. ada unik sikit :)