online counter

08 Oktober 2010

27 Foto Noise

Sebelum ni aku ada kisahkan tentang Aturan ISO kepada kualiti foto. Foto akan lebih berkualiti dan kelihatan smooth ketika menggunakan Slow ISO Speed berbanding menggunakan High ISO Speed yang akan menghasilkan noise yang banyak pada foto. Nak dijadikan cerita, kali ni kisah tentang melanggar Peraturan Aturan ISO ni. 

Petang tadi aku dah hasilkan foto ni, sambil2 nak isi minyak kereta, sempat juga aku parking tepi jalan tu
Tadi ambik dari dalam kereta, malas nak keluar. Maka terserlah la ada gangguan cahaya di situ .  Bukan hasil yang menarik jugak, maklum la aku pun baru nak belajar tapi nak kongsi ni dengan kawan. Otai pun tak nak tunjuk, jadi datang sini berkongsi-kongsi kumpul ilmu. Korang tengok betapa sunyi pekan tempat aku posting ni.

Berbalik kepada Foto Noise. Foto berbintik, berbutir, foto comot.  Korang cuma perlu terbalikkan Photography Rule. Dalam keadaan cahaya  cerah petang tadi tu, setting yang sepatutnya pakai Slow ISO Speed, Standard Shutter dan Standard Aperture untuk lenskep. Agak2  boleh pakai Slightly Overcase la masa tu. (ISO100, 1/125, f/4.5) [*UPDATE] Siapa nak tau cara ejes meter ni angkat tangan.

Tapi aku nak Noise kan. So kena terbalikkan aturan. kat situ konpem dah setkan very High ISO Speed. Terpulang dengan korang nak berapa banyak noise (ISO3200). Kalau ada ISO6400 lantak sekali, kompem noise lebih. Dah pakai High ISO Speed tu faham2 la jugak, mesti cahaya dah lebih. So langkah seterusnya, aku gunakan High Shutter Speed, godek sampai capai Exposure Meter yang sesuai (keadaan tadi tu -1 yang sesuai). Aperture pula kompem la guna bukaan kecik, dah aku nak ambik gambar lenskep (f/16 pun dah jadik). Korang anggarkan Shutter dan Aperture tu sendiri, rujuk balik nota aku sebelum ni. kat sini aku nak tekankan ISO tu yang penting untuk buat noise ni.

Senang kan? jom break the rule.. p/s: ingat aku la, jarang aku letak framing ni.  Jadi kali ni aku letak frame hitam tu dan photo filter kaler perang nak jadikan gambar tu ala-ala filem, aku rasa sesuai la kan dengan noise tu? korang pun mula la mengkreatifkan diri okay..

27 Komen:

GRuNGe berkata... [Layan!]

Part ni aku agak merangkak. Macam part hari tu sedikit faham kerana ada meter yang ko tunjuk. Terima kasih kawan, sebab share ilmu.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@GRuNGe, owh, ok.. nti aku update lagi dgn meter2 sekali. nantikan.. sory malam ni agak sibuk sikit. so buat simple sangat

mantus boy kalumbiyan berkata... [Layan!]

kim slm lokasi pic ni buss~..

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

lawa gambar ni der.
tempat pom cam oldskool je.

ni macam pekan cina jek.

hehehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@mantus boy kalumbiyan, aku agak2 ni pekan ko la ni.. nanti aku sampaikan dengan aunty sing kuang tu. haha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Robot | Sakti , konpem pekan cina.. tak la old skool sangat. tp dah d bantu dgn efek kamera

iQaChumel berkata... [Layan!]

xpaham pape la bro.hee
tp nice la sisi pict ni.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@iQaChumel, alamak beb, nanti aku kena buat entri yang lebih asas lagi la kalau camni

nur berkata... [Layan!]

thanks.. tapi paham sikit2 ja.. bahasa fotografi agak berleluasa d sini.. hehe.. kalau basic kan sambil tunjuk demo.. mesti lg easy to faham..
thanks

ALL IN ONE

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nur, serius aku nak bagi paham cukup2 ni. aku tgh fikir camna nak tunjuk tajuk ni dgn demo yg lebih basic

nurr kasih berkata... [Layan!]

salam..kdg2 break the rule menghasilkan pic yg menarik juga wlu ada byk noise di situ.

selalunya pic yg byk noise, nurr x publish pn he. tp klu angle menarik, message pun ada, ok juga diguna kan? mcm pic ni menarik..mcm foto lama2 lps letak filter.

guna PS ye buang lens flare ye? :).

Faarihin berkata... [Layan!]

sila tunjuk ajar lagi..

hahaha..

selama ni main godek2 aje ikut suka hati..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurr kasih, ya. hehe, buang lens flare dengan PS.. sebab geram tgk x sesuai dgn tema ala2 muvi. tp foto mcm dah cacat pulak. nti aku update repair yg cacat tu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Faarihin, hehe.. its ok, asalkan jadi jugak. boleh la godek sukati.. lets break the rule

nurr kasih berkata... [Layan!]

ok apa..x nmpk apa2 cacat pn. klu x disebutkan, x tau pn ada flare di situ he. apapun perkongsian menarik.

oo ye..biasa standard f utk landscape f berapa? :) (byk soklan btl la huhu).

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurr kasih, sbb lenskep kita xmau ada out of focus kan paling sesuai pakai f kecik dalam f/4.5 ke atas bergantung dgn jarak. shutter x la laju sgt kn sbb lenskep tu kaku..

nurr bleh rujuk Sunny 16 utk cuaca cerah (ISO100, 1/125, f/16)
cuaca kurang cerah, kurangkn nilai f/11, f/8, f5.6, f4.. caranya kena tgk keadaan bayang2 kita masa tu. nanti aku hurai dalam entri ya. pjg sgt

nurr kasih berkata... [Layan!]

ok tq2 atas penerangannya :).

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurr kasih,
ok. rasa mcm aku dah melebih2 pula. kita sama2 belajar okay :)

Faarihin berkata... [Layan!]

hahaha.. betul2..

let's break the rule..

diana berkata... [Layan!]

akak bukan paham
cerita ambik2 gambo ni..

eh!!ade bukaan kecik besor ye.??
ingatkan masa besalin je ade bukaan2 ni..

A+z+i+E = AziE berkata... [Layan!]

i always fail my photography asemen. T_T

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana,
hahaha.. ingat cincai? tapi bukaan ni tk berkaitan dgn bab besalin. bab tu jgk yg aku tk paham

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@A+z+i+E = AziE,
eh, ada asemen photography?

en_me berkata... [Layan!]

baru je baca nikon d700 walopon ISO tinggi tp noise xde bahh.. ehehe

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@en_me,
wow best tu. musim cahaya kurang tk payah risaukan rough pic. terutama bila ada function kan bro. tq for the info :)

LuLu berkata... [Layan!]

okay dah paham! ;) ingat semua camera ada ISO6400. sobs. btw thankx fr the info. will improve my skill by just reading your blog ;)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@LuLu, haha.. orait lulu. teruskan menggodek Encik Canon tu ;)