online counter

06 Oktober 2010

22 Exposure Sebagai Light Indicator

Kali ni aku tak masukkan apa-apa gambar pun. Aku cuma nak tunjuk benda ni, Rajah kat bawah ni.

Seperti biasa nota aku tak pernah nak panjang. Pertama sekali aku dah pernah kisahkan tentang aturan ISO sebelum ni. So korang jangan salah faham dengan rajah tu. Misalnya ISO1600 bukan digunakan pada waktu cahaya cerah tapi maksud dalam rajah tu level ISO yang lebih laju akan mencerahkan output foto. Faham tak? Mesti la faham, asas sangat ni.

Aku ingat nak terangkan sebijik-sebijik dalam tiap entri tapi asas sangat ni. Kalau ada yang tak faham, korang tanya okay. Bagi yang dah biasa tu korang cuma tengok rajah tu mesti dah faham tanpa aku cakap banyak.

Aperture, terdapat pada lens. lubang 'teropong' yang boleh jadi besar (contoh F/2) dan kecik (F/32).  Bila bukaan lubang makin besar maka makin luas terbuka ruang cahaya masuk, so output foto pun cerah la jugak.

Shutter speed, DSLR boleh jadi sangat laju (contoh 1/1000) dan boleh jadi sangat slow (10"0) ketika menangkap gambar. Bila kita guna kelajuan, cahaya akan akan berkurangan, so output foto pun ada malap la jugak. Begitu jugak sebaliknya bila menggunakan slow shutter.

Part ni yang aku nak cerita ni. Exposure, sebagai Indikator korang. Bila nak tangkap gambar, standard level cahaya mesti kat nilai 0. terlebih dari tu maknanya foto korang terlebih cerah, terkurang maknanya foto korang terlebih malap.  Lagi nak tambah, Exposure ni kombinasi antara aturan Aperture dan Shutter Speed. Korang lebih faham bila guna (M) Mode.

Ekceli nilai 0 tu asas. terdapat sesuatu masa korang kena main sikit dengan exposure ni. tapi mesti lebih panjang entri aku ni nanti. Nanti aku akan cerita lagi la part yang ni.. Relaks kita buat slow2..

22 Komen:

LuLu berkata... [Layan!]

hehe nasib baik da phm skit da bnde ni :) smlm ade gak main2 tukar sume and tgk hasil die. best hee

GRuNGe berkata... [Layan!]

Best best, info ni berguna. Aku hari tu konpius macam mana benda2 alah yang ko sebut tu. Cuma aku masih tak nampak lagi indicator exposure tu. Kena belek lagi la jawabnya.

Robot | Sakti berkata... [Layan!]

gua kena beli dslr jugak ni.pastu gi nuntu ngn lu der.

gua baca camni, gua pening.
series gua xpaham.

+___+

der, tolong buang verification word ni.menyampah pom ade.

hahaha


Merapu tapi bukan Mengampu

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@LuLu, hehe.. korek pelahan2.. guna (M) mode terbaik. boleh tetapkan shutter & aperture secara manual.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@GRuNGe, yang tu ada kat lcd-light metering.. kalau guna(M) mode, bila kita setkan shutter speed dan aperture, otomatik meter exposure akan bergerak :)

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Robot | Sakti , haha.. kena buat perlahan2.. ada masa nanti aku buang anti-spam tu, aku alert jugak bab tu menyusahkan betul

dayya dayyanna berkata... [Layan!]

datang baca. wah, suka2! walaupon tanpa dslr saya tetap suka!

haih, bila la duit boleh turun dari langit ni? hahah

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@dayya, harap satu hari tercapai hasrat tu :)

Cayril Ikhwan berkata... [Layan!]

info yang sgt berguna...thanks bro...sy respect la bro nie...nanti leh bagi info DSLR lagi ye...

diana berkata... [Layan!]

sumpah ..
tak paham..
hehe..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Cayril Ikhwan, tq bro.. aku happy boleh kongsi

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana, tq, perhati jgk walaupun tk paham :)

a d r e y n i e e l i s y a berkata... [Layan!]

info yg best neyh..
;)

boley guna pakai2 nnt2..
haha, napa mst nnt2..
sbb nnt2 la bru ada slr...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@a d r e y n i e e l i s y a,
wah, sekarang semua nak ada DSLR kan. memang suatu fenomena la DSLR ni :)

E.d.Y berkata... [Layan!]

aku mmg xreti benda2 ni..main snap je...nasib la ada org kongsi info..tq2

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@E.d.Y, aku tak tau la kalau boleh pakai ni bro. teori ni aku main hentam ikut pengalaman aku.. hehe

nurr kasih berkata... [Layan!]

wah bagus ada gambarajah ni. mcm nota ringkas msa belajar..senang mau faham..klu tak tu skejap ingat skejp lupa. teruskan perkongsian :).

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nurr kasih, rajah rekaan khas utk kawan2 mudah fahami :)

aibaks berkata... [Layan!]

haha..best gak dpt belajar ilmu ni.. gambarajah tuh pun best gak..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@aibaks, tq.. rajah tu kononnya nak memudahkan ;)

Faarihin berkata... [Layan!]

hahaha..
selama ni saya buat ikut sesedap rasa aje.. bila baca sket2 adalah paham.. kena banyak menelaah lagi ni.. huhuhu..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Faarihin, utk pastikan output dgn cahaya yg cukup. ko kena tengok exposure meter sebagai panduan