online counter

03 Oktober 2010

10 Aku Berhenti Setakat Ni

Aku ni ibarat burung, terbang sana sini. Keja posting jauh-jauh, penat la sangat bila tiba masa nak balik rumah family. 
Korang boleh teka siapa budak hensem ni? Gelas mata pun semat tu, free ambik dari photoscape lekat kat pic tu. Konon nak menyamar. Muka boleh bagi licin dengan benda ni, tapi Encik ni kata jangan bagi licin muka dia, nanti hilang macho. Dia berkata dalam hati tapi aku tau, almaklum hati sebijik.  Ambik free Photoscape kat sini.

Tiap hujung minggu, hari Jumaat aku balik, agak-agak memakan masa 6 hingga 7 jam. Aku driving tu, penat la sangat. Duit minyak jangan cakap, kalau aku tabungkan hingga hujung tahun agak2 boleh angkat sebijik kereta projek racing Corolla DX. Tiba masa hari Ahad nak balik semula rumah kat tempat keja, fulamak berat tulang

Aku driving ala-ala pelesit, habbit ni aku latih sejak aku posting jauh ni. Mana tak, tengah driving tu aku dah angan2 bila sampai kat rumah amik bantal dan tido. Konon nak cepat sampai la tu. 

Penah jugak terfikir nak balik naik bas, tapi tak sampai hati rasanya tinggalkan Cik Kereta yang cun ni. Mesti dia sunyi tanpa aku meraba-raba dan membelai tiap hari. Yang ni jangan pecaya sangat, ekceli tak ada kaitan. Yang serius, aku takut jugak ada Encik Penyamun yang bercita-cita untuk menculik Cik Kereta. Dah la rumah aku tu tak berjiran. Sebidang kawasan privasi khas untuk membuat aku aman damai ++sunyi sepi serta kesepian.

Okey, mari aku mulakan sinopsis kisah 'Aku Berhenti Setakat Ni'. Berkisahkan tentang seorang budak yang bernama Sasa Al-Sharif (Bukan nama sebenar) yang tengah penat kerana baru selesai memulakan perjalanan yang jauh a.k.a driving selama 6 jam. Nak dijadikan cerita, beliau yang suka berbloging hingga lewat malam bercadang untuk berhenti rehat pada malam ini. Beliau turut meninggalkan serangkap kuotasyen yang berbunyi,  
"Salam sejahtera rakan-rakan blogger yang melawat di sini. Hari ni aku tidur awal sikit, so korang tinggalkan jejak, esok aku kerjakan blog korang habis-habisan. Nahas blog korang aku kasi up trafik sebijik2"

~sungguh lawyer baik malam ni~

10 Komen:

diana berkata... [Layan!]

photoscape??
eh..kamu boleh buat tak tutorial pasal photoscape ni?saye tak reti ape2 pun pasal photoscape ni.
nak ambik kat mana?
nak klik ape?
satu ape pun saye tak tau..
zero!!
tolong ye..
terima kasih..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@diana, okey. next entri sis, Insyallah akan dikongsikan. klik kat perkataan photoscape tu. dah add link utk download ;)

Gee berkata... [Layan!]

bah..ko tiduw la bos..bsuk sa tunggu aa ko dtg belog sa..hehe

sudah janji maaa...hahaa

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Gee, orait. kompem datang up trafic ko. haha..

Faarihin berkata... [Layan!]

wah.. menarik ni..
cam nak terai aje..
lebih2 agi yg ada spek tu kan.. hahaha..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Faarihin, try la. penat2 aku cari link ni khas utk member foto. banyak efek lain tau. malah lebih mudah & expres

aibaks berkata... [Layan!]

aku pun pki photoscape gak..mudah gak la dgn spesel editing yang die de..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@aibaks, aku jarang pakai photoscape ni. tp kadang2 bila bosan, aku layan jugak. provide link ni utk sesiapa yg berminat :)

nur berkata... [Layan!]

best ke photoscape?

ALL IN ONE

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@nur, kalau sudi try la ;)