online counter

08 September 2010

5 Cabang Seni Photography

Pertama sekali, aku bukanlah seorang jurnalis bertauliah atau photographer terer. Yang ni sekadar nak syer pemerhatian dan hasil pembacaan aku dan digabungkan serba sedikit ciri dan spesifik photographer. Rasanya ada banyak lagi. tapi cuma ni yang aku dapat. Anda photographer yang tergolong dalam golongan mana?
 
1. Life & Nature
Keindahan dunia luar, alam flora dan fauna. Malah mereka mengidamkan suatu keunikan alam dengan seni berimaginasi. 

Dunia luar yang tidak pernah dibayangkan oleh umum dirakamkan melalui lensa mereka. Mereka juga merupakan seorang pencinta alam. Berbeza dengan seni potraiture, adakala model manusia sebagai watak kedua manakala latar belakang(nature) adalah yang utama.

Kebiasaannya mereka ini terdiri daripada golongan penembak tepat jarak jauh (adakala terlalu dekat untuk rakaman mikro). Senjata faveret sudah tentu telephoto & macro lens.
Cons | Butterfly over Flower
Shatra | Sunset on Reflect
Jay838 | Crows Feed
Shatra | Macro Insect

2. Potraiture, Modeling & Passion
Fesyen, peragaan, potret kecantikan, maskulin. Keghairahan dalam mengejar dunia peragaan. Sangat  mahir mengayakan dan memperagakan sama ada sesuatu produk atau subjek itu sendiri (model) - Lebih berfokus kepada produk atau subjek (model). Ciri foto yang glamor gitu.

Kebiasannya Subjek adalah perkara utama manakala latar belakang adalah perkara kedua, sangat berbeza dengan konsep seni Nature photographer Mereka kurang passion kepada nature photography.

Skin touch up editing, menjadi salah satu daripada skill mereka, memperhalusi lagi primary output mereka. Namun segelintir yang lain tidak berminat kerana mengutamakan ketelitian, texture skin asli.

Mereka ni merupakan penembak jarak dekat dengan senjata utama potrait lens, zoom lens atau wide lens.
Irwan Mono | Fashion
Irwan Mono | Glamorous
















Some others sedang menunggu respon seseorang, Aku tak dapat tunjukkan sesuatu yang dia katakan passion sebab dia belum respon kebenaran memaparkan karyanya di sini. 



3. Moment & Memorial
Kenangan dan memori sebagai tanda ingatan. Mereka merupakan seorang yang tenang dan mengidamkan suatu saat yang unik. Kepekaan dan ketangkasan merupakan asas utama untuk merakamkan saat unik tersebut.

Mereka berusaha merakamkan saat yang mana akan diimbas kembali melalui foto. Adakala bagi yang telah terlepas merakamkan sesuatu saat tersebut, mereka akan berusaha memohon subjek untuk melakonkan atau mengayakannya semula.

Ciri-ciri output adakalanya serupa dengan photographer pertama dan kedua namun membawa makna berbeza disebaliknya. Adakalanya juga mempunyai makna tersirat yang hanya diketahui oleh photographer mahupun subjek. Saat perkahwinan, acara, hari jadi, potret keluarga dan seumpamanya.

Mereka ni merupakan penembak jarak dekat dengan senjata wide lens, ultra wide lens dan zoom lens.
Jay838 | Family Potrait studio
Jay838 | Family Portrait Studio
AKUisAKU | My friends Manja & wan
AKUisAKU | My Bro & Sis













Untuk foto wedding pun aku tengah menunggu respon seorang kawan. Terpaksa gunapakai foto yang aku tembak sendiri..
                                                                                     
3. Abstract
Hasil output yang sukar diterjemahkan oleh audiens. Adakala tidak membawa apa-apa erti bagi umum. Makna output hanya diketahui oleh photographer itu sendiri.

Water drop, kesan zoom, light bokeh, fisheye effect, light painting dan seumpamanya. Senjata yang mereka gunakan adalah pelbagai untuk menghasilkan output yang unik. Adakalanya senjata ganjil seperti lens baby digunapakai.
Shatra | Abstract Water
Shatra | Zoom Effect
Shatra | Abstract Words
Cons | Light Painting














4. Photojournalist
Yang ni aku terbaca di satu web tu, lupa pula. Kisah photojurnalist yang aku sendiri tak berapa faham. Ringkasnya ia berkaitan dengan kisah disebalik foto. Mereka merakamkan sesuatu keadaan yang membawa makna. Adakalanya mereka kurang berminat dengan output yang tak bermaksud.

Output mereka boleh jadi serupa dengan photographer pertama, kedua dan ketiga. Namun fokus utama mereka adalah kisah disebalik foto tersebut. Agaknya mereka ini boleh jadi daripada golongan wartawan, penyiasat, pengkaji, photographer bebas atau seumpamanya. Senjata mereka agaknya yang sesuai zoom lens & superzoom lens.


Tiada contoh, sebab aku sendiri susah nak bezakan. Output yang agak sama tapi dikatakan berbeza dari segi maksud. agaknya seperti kisah foto aku kan. Foto aku merayau-rayau, foto tengah lepak & foto aku tengah buat bodoh (perasan!).
Cons | Juara Ratu Sumandak ;))
Izha | Erti Hidup

Kisah di sebalik. Apakah & siapakah photojournalist? Aku masih tak faham..
Agaknya foto yang macam ni yang dikatakan hasil dari photojournalist. Tapi glamor juga, agak-agak ada moment jg.. (bengong, terpulanglah, apa pun tak kisah la. Janji cun).


Kesimpulan
Finally, korang dah lihat spesifik ni secara umum. Ada photographer yang meminati keempat-empat ciri di atas. Namun, pasti ada satu yang menjadi keutamaan kepada skill mereka. Rasanya banyak lagi cabang-cabang seni fotografi yang aku belum ketahui. Namun berharap dapat membantu sesiapa yang ingin mengenali bidang ni. ;)

Ops.. lupa nak inform, korang boleh klik kat nama-nama photographer  kat bawah foto-foto ni untuk mengenali hasil karya mereka dengan lebih dekat.. Thank to all for a good artwork..

5 Komen:

noor afzan berkata... [Layan!]

saya bukan photographer..

selamat hari raya juga daripada saya =)

nurr kasih berkata... [Layan!]

salam..
perkongsian yang baik. nurr biasa ambil gambar semua he tp hati cenderung pd life dan nature, sbg hobi :).
selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

Noor afzan: salam aidilfitri skali lg.

Nurr kasih: aku suka foto2 nature yg nurr amik. bleh tunjuk org keindahan alam kn. Slm aidilfitri jg bt nurr. wpn kta baru kenal, ampun maaf diucapkan :)

IR-MONO berkata... [Layan!]

bro..bgs artikel ni..tahniah.perbykn lg ttg pemahaman photogphy...

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

tq bro.. sharing is caring ;)