online counter

18 September 2010

8 Kenapa Nak Jadi Blogger?

Kehidupan yang tak berapa nak indah. Semuanya bermula dengan kisah Kematian. Aku masih kecik lagi masa tu. walaupun pada mulanya aku tak berapa faham apa dah terjadi. Namun kesan panjangnya, aku asyik tertanya-tanya kenapa dengan keluarga aku ni? Kenapa dia tak kembali lagi? Kenapa dengan semua orang ni? Kenapa kami begini? Lama aku cuba memahami.. Kisah yang aku tak suka nak ungkit..

Mula memBLOGing dan mengapa aku mula membloging? Bila menjawab persoalan ni, aku akan bertanya kembali kenapa orang menulis diari? Ya, ni la punca aku mula membloging. Mula dengan blog comot aku yang cukup berkualiti underground tu. Macam-macam aku dah tulis dalam tu. Semua tentang kisah pahit manis, kecewaan, kehampaan, kesunyian, kesedihan dan rasa cinta aku yang berjela-jelah mengalahkan ensiklopedia. Ok, tiada siapa yang tahu siapa pemilik blog itu. Tak boleh nak cakap banyak tentang blog yang tu. Kantoi pulak nanti.
Ni bukan Geng Award atau seumpamanya.. sekadar tatapan tentang aku. Tapi kalau ada yang nak, amik la dan mula buat entri tentang sorang budak sewel dengan belognya.. (kui. kui. kui.. lucu rasanya bila syok sendiri).
Ok, terasa aku dah terlatih untuk berjiwa seni sejak saat aku selalu bermonolog secara underground. Berbagai benda yang aku dah ceburi untuk melupakan masalah aku, geng dengan budak-budak gila ++sewel (weh, geng aku tu), jatuh cinta pula dengan muzik. Hingga menjadi seorang drummer yang selalu dicari dan digunapakai, walaupun tak terer dan tak boleh pakai sangat. 

Pendekkan cerita, tak boleh panjang sangat kompem orang meluat baca sampai nak muntah.. Mula jatuh cinta dengan Fotografi. Tapi yang ni aneh sikit. Hanya yang aku suka mentari merah, awan mendung, sosial jalanan (macam remaja otak mereng tepi jalan) dan prens serta pemili jugak..

Ala-ala nak jadi fotojurnalis ni, hingga terhasil lagi blog AKU is AKU.. (Tapi sekarang konsep macam nak lari sangat nih! Dah nak jadik fulltime blogger rasanya). Puncanya, aku mula rasa seronok menemukan kawan baru.

Walaupun wajahmu tidak kukenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku! Eh.. bukan, aku dah baca luahan hati korang hampir tiap hari.. Rasa dah macam kenal sangat pulak (lebih kurang camtu la). Hingga mendengar khabar pemergian seorang blogger glamer yang mesra tu terasa sedih sangat rasanya (dah buat aku memikir dan termenung).  Hanya melalui setiap entri seperti  benar-benar amat mengenali rakan blogger tu, itulah cetusan rasa dari hati. Al-fatihah buat beliau...

8 Komen:

GRuNGe berkata... [Layan!]

SASA, blogging memang best, masalahnya sampai satu tahap di mana nak menulis entry takde idea. Masa tu mmg lama la tak terupdate. Tapi apa-apa pun, Bloggers Rock The World. Hahaha.

P/S: Nanti ajar aku pasal setting kamera dan fotografi.

kata kila berkata... [Layan!]

setuju komen grunge.ekekeke

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@GruNGeorait kwn, aku bkn pro fotografer sekadar layan hobi di masa lapang. tp Insyaallah akan aku kongsikn semua yg aku tahu d entri akn dtg

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@ kata kila , tq, layann.. hehe

Unperfect Lass berkata... [Layan!]

adess.. aku disini kerana ajakan kawan. then , terpikir lak yang cara ni dapat mengurang kan tahap addictive nye aku pada dunia chat.. papepon, still new n there's a lot of thing to learn.. ngee~~

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@Unperfect Lass, blog sebagai cetusan rasa ku.. hehe.. x femes pn tkpa jnji ada hobi. kongsi ilmu pn best

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata... [Layan!]

tempat meluah perasaan kot...salam raya

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

@brutalsolo, salam raya jgk encik brutal. hehe